Wednesday, July 26, 2006

Korelasi antara Kursus dan Kejayaan

Entri ini ditulis untuk saudara yang hendak menjadi penulis....

Jumlah penulis PTS sehingga hari ini adalah hampir 200 orang penulis. Analisis data bayaran royalti bagi tahun 2005 yang kita lakukan menunjukkan seramai 20 penulis berkongsi 70% daripada jumlah total royalti yang dibayar.

Semua 20 orang penulis itu mempunyai lebih daripada 3 buah buku tiap seorang.

Kita juga melakukan analisis korelasi antara jumlah kehadiran kursus dengan royalti. Didapati penulis yang lebih kerap hadir kursus menerima royalti yang lebih tinggi.

Begitu juga didapati penulis yang lebih kerap berinteraksi dengan editor-editor PTS menerima royalti yang lebih tinggi.


.

3 Komen :

At 12:04 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

puan, kalau strategi berbaik2 dengan editor sahaja menjadi ukuran untuk mendapatkan royalti, bermakna syarikat puan ini tidak betul2 ikhlas membantu penulis.
saya sendiri pernah berurusan lama dengan penerbit yang terunggul di negara ini, tiada tolok bandingannya dalam mengeluarkan bahan bacaan sekolah/ umum. kalau dikatakan berbuat baik, itu sudah semestinyalah. akhirnya apa yang saya dapat, semasa memberi projek / tugasan, saya ditatang, bila saya tuntut bayaran, seribu satu macam alasan diberikan. inikah keuntungannya kalau berbaik sahaja? apa yang penting, kalau hendak membantu penulis, editor juga perlu ada komitment utk memasarkan buku2 itu, baharulah buku itu boleh laris. penulis memang menulis tetapi pengurusan & marketingnya dari mana? bukan ker dari syarikat penerbitan? memang patutlah kalau penulis sudah lari menerbit buku dengan sendiri, sebab publisher kebanyakannya penipu besar...maaflah, tapi saya tidak bermaksud mengatakan syarikat puan. saya sendiri ingin berkongsi karya di syarikat puan. harap maaf jika tersinggung & terkasar bahasa. tapi itulah realitinya yang kami penulis2 tanggung, puan.

 
At 1:44 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Bagi maklumat semua, editor-editor PTS tidak ada kaitan dengan kerja-kerja pengiraan royalti dan penyediaan cek-cek royalti. Di PTS pengiraan royalti dilakukan secara berkomputer oleh Jabatan Kewangan, yang juga bertugas menjalankan proses pembayaran royalti.

Yang saya istilahkan dengan "berinteraksi" dengan editor bukan bermakna "berbuat baik".

Membaca web rasmi PTS, web anak-anak syarikat PTS, membaca blog-blog saya, hadir pelbagai acara promosi PTS, menghantar kemajuan buku yang ditulis untuk mendapatkan feedback, hadir kursus-kursus2 PTS adalah bentuk-bentuk interaksi yang penting, dan berkait rapat dengan kualiti buku, langsung jualan buku, justeru jumlah perolehan royalti.

 
At 4:13 PM, Blogger Ariyatna Adri Berkata ...

rasanya saya kurang interaksi iaitu tidak menghantar buku yang ditulis untuk mendapatkan feedback walaupun selalu datang ke kelas.

Rasa macam kena ketuk dengan tukul kayu Speaker Dewan. Maaf ya puan.

 

Post a Comment

<< Home