Friday, July 21, 2006

Sayembara Nobel Sejarah

Hadiah sayembara nobel sejarah (SNS) anjuran Yayasan Warisan Johor (YWJ) adalah pertama RM35k, kedua RM 25k, dan ketiga RM15 dan 3 hadiah saguhati RM5k setiap satu. Sayembara ini akan diumumkan tidak lama lagi.

Berikut adalah maklumat penting bagi saudara yang berminat menyertai sayembara ini.

1. Novel itu hendaklah tentang sejarah negeri Johor, baik sejarah Johor lama mahupun sejarah Johor moden.

2. Semua maklumat sejarah mestilah tepat dari sudut sejarahnya, seperti tarikh, nama-nama orang, peristiwa dan lain-lain.

Satu lagi bengkel mungkin akan diadakan bagi mereka yang serius mahu menyertai bengkel bagi menerangkan dengan lebih jelas konsep novel sejarah yang dikehendaki oleh YWJ.

.

4 Komen :

At 10:26 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

letakkan nama saya sebagai peserta bengkel puan itu.
JUWITA.

 
At 10:32 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Juwita,

Bengkel itu akan diadakan oleh YWJ!

 
At 1:41 PM, Blogger Nazhatulshima Nolan Berkata ...

Puan,
Saya adalah antara orang yang berminat untuk menulis novel sejarah kerana saya mempunyai bahan yang dah lama saya ingin ketengahkan dan saya amat berminat untuk mengikuti bengkel lanjutan. Saya tidak dapat hadir untuk bengkel novel sejarah yang baru sahaja selesai kerana tugasan lain. Beberapa tawaran Puan di blog ini juga amat menarik minat saya. Saya pernah disarankan oleh Puan Nisah untuk menghubungi Puan kerana saya mempunyai beberapa idea untuk penulisan buku tetapi tidak mendapatkan no telefon atau emel Puan. Jemputlah ke blog saya http://www.nazhatulshima.blogspot.com/ (versi Melayu) atau http://www.nazhatulshimanolan.blogspot.com/ (versi Inggeris).

Bagaimana saya boleh hubungi Puan? Emel atau telefon?

Sekian,terima kasih.

 
At 2:14 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Shima, emel saya ainon@pts.com.my

 

Post a Comment

<< Home