Tuesday, July 18, 2006

Buku Persandingan Siti-Dato' K

Adalah diramalkan buku yang mengandungi gambar-gambar persandingan Siti Nurhaliza dan Dato' K akan menjadi buku paling laris apabila ia diterbitkan nanti, mengatasi rekod jualan buku persandingan Erra-Yusri yang digosipkan laku lebih 100 ribu naskhah.

Apakah ciri-ciri buku jenis ini?

Buku-buku jenis ini amat singkat hayat pasarannya. Api yang cepat marak, cepat padam.

Jika saudara menulis buku berkenaan personaliti dan selebriti yang berkaitan dengan hiburan, jualan awal buku itu mungkin meletup tetapi ia tidak tahan lama dalam pasaran.

.

5 Komen :

At 8:19 AM, Blogger lutfi Berkata ...

soal siti dan datuk k ialah soal kecil dalam malaysia. lebih kecil dari tungau. malangnya, orang malaysia ini berotak tungau - jadi mereka suka perkara yang kecil. satu tragedi dalam kepala otak orang melayu.

 
At 1:46 PM, Blogger rastom Berkata ...

kurungan minda melayu beralih dari kurungan feudalisme (ya tuanku, ya YB, Ya Datok)ke tingkat pascamodernis, neo feudalis (ya diva, ya dewa, ya sensasi!)

 
At 11:37 AM, Blogger alang bidara Berkata ...

Kalau nak terbitkan buku sebegini sekadar nak 'cash-in' di atas 'event bersejarah' ini ok lah, tetapi apa kata kita interview bekas isteri Datuk yang diceraikan pada kadar yang sangat segera itu...???

Saya percaya beliau mempunyai cerita yang tak kurang juga darjatnya dari segi 'human interest' untuk tatapan masyarakat.

(alang bidara - 21/7/2006) - blog: http://alangbidara2.blogspot.com

 
At 7:41 PM, Blogger rastom Berkata ...

Certot: Dendam Perpisahan
Aku bertekad untuk memusnahkan siapa saja yang memisahkan aku dengan si Dia. Seribu satu idea menjelma. Pertama tama , mesti aku hubungi Datuk SA yang pernah bermusuhan dengan perampas suamiku. Akan ku lanjutkan kisah yang terkantoi ditengah jalan itu. Mesti!
Dia yan dulunya hanya kerani cabuk sebuah bank mesti disedarkan dirinya, siapa dirinya yang aku kutip dn gilap.......hehehehe tidak ad kena mengena dengan yang hidup atau mati, fisksyen semata mata

 
At 11:58 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

pn ainon, menurut halaman 251 tatabahasa dewan, memulakan ayat dengan 'adalah' itu SALAH.

 

Post a Comment

<< Home