Wednesday, July 12, 2006

Hakcipta: Teladan dari Han Su Yin

Puan Han Su Yin adalah salah seorang pemenang Hadiah Nobel dalam bidang kesusasteraan. Ada sebuah novelnya yang tidak akan dapat dibeli lagi sampai bila-bila di kedai-kedai buku, melainkan pembeli hakcipta itu mengizinkannya. Tajuk novel itu "The Four Faces".

Hakcipta dan hak penerbitan karya Han Su Yin itu dibeli oleh penerbit filem 20th Century Fox dengan janji ia akan difilemkan. Berdasarkan cadangan itulah maka Han Su Yin bersetuju menyerahkan hakcipta novelnya itu.

Centry Fox kemudian membatalkan rancangannya hendak menerbitkan filem berdasarkan novel tersebut. Pada waktu yang sama ia tidak pula menyerahkan karya itu bagi diterbitkan oleh pihak lain.

Ibrah dari kes ini: Apabila hak penerbitan sesuatu karya itu diserahkan kepada pihak ke-2, baik buat sementara ataupun buat selama-lamanya, dengan tidak ada klausa 'escape route', maka tragedi The Four Faces akan berlaku.


.

13 Komen :

At 4:45 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Hmmm.... bahaya juga benda nih! Ya tak ya jugak... Saya sain 15 tahun, kalau besok editor yang benci saya tu yang naik pulak jadi GM.... (bila GM sekarang dah pencenlah, GM sekarang ok dgn saya), mampuslah saya... editor musuh saya tu memang pandai ampu big boss, bila dia berjaya duduk kerusi GM tentulah dia ada sepenuh kuasa tak mahu ulangcetak novel2 saya sebab dia tak mahu saya dapat banyak royalti, maklumlah editor yang satu nih memang benci saya.... (matilah aku macam nih) Nak tarik balik pun dia takkan bagi sebab dia memang tak ngam dengan saya. Dia mesti kata padan muka saya! Silap besar saya... baru sekarang saya terfikir benda2 macam ni. Silap... Silap...

 
At 5:01 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Cik Rekha, jangan gubra! Awak ada 2 pilihan. Berdoalah banyak2 GM tu tak pencen 15 tahun lagi, selamatlah awak. Ataupun awak cari jalan supaya editor yang benci awak tu dipecat oleh GM sekarang (yang ok dengan awak).

 
At 7:02 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Cik Rekha, lain kali jangan bermusuh dengan mana-mana editor. Awak baik dengan GM saja mana cukup, awak mesti ngam dengan semua editor. Editor perempuan memang emosional dan kurang rasional, sekali dia benci awak, sampai mati dia benci awak....

 
At 8:15 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Amboi! En. Mesin Taip Buruk ni tak patut betullah, kalau nak beri nasihat, takkanlah dengan menyuruh Cik Rekha gunakan hubungan baiknya dengan GM sekarang supaya pecat editor yang tak ngam dengannya pulak! Jahat betul awak ye!

 
At 5:07 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Betul jugak....

 
At 11:58 AM, Blogger Wan A. Rafar Berkata ...

Saya bernasib baik mempunyai buku tersebut. Buku itu diterbitkan oleh Dell Publishing pada tahun 1965, tetapi copyrightnya pada tahun 1963 oleh Han Suyin.

Tetapi setahu saya, Han Suyin bukan seorang pemenang Hadiah Nobel.

 
At 10:35 PM, Blogger rastom Berkata ...

Han Suyin, satu contoh baik untuk dijadikan model kisah cinta, bukan semata mata kisah cinta klise yang biasa biasa tetapi disulam banyak "pengalaman" manusia dalam talam sejarah hidupnya yang hidup di dalam dua alam budaya - Barat dan Timur...oh Love Is a many Splendored Thing!

 
At 10:39 PM, Blogger Imran Yusuf Berkata ...

Moral of the story: "Be safe and stick to PTS"...??? Tak payah susah-susah nak hadapi risiko sebegitu.... Maaf kalau komen ini tak relevan.... (Alang Bidara - 16/7/2006)

 
At 3:06 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Hai... ada orang baru masuk blog Puan Ainon nampak gayanya. En/Cik Alang Bidara ni bukan main sokong PTS. Macam dah kenal sangat dengan PTS. Buku apa karya anda?

 
At 3:26 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

En. Alang Bidara, setakat nak beritahu saja, dlm blog Sifu jangan tulis dalam bahasa Inggeris, mesti tulis dalam BM Tinggi.

 
At 5:41 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Wan, saudara betul, saya silap, yang menang Nobel Prize itu Pearl S Buck. Terima kasih.

 
At 1:22 AM, Blogger Imran Yusuf Berkata ...

Sdri Kak Wan Assalamu'alaikum, setahu saya tak semestinya BM tinggi yang diterima, kerana setakat ini Bahasa Kelantan Tiggi pun ada jugak.

Jadi utuk oghe ye make budu mace ambo ni gak ada la jugok peluwe nak nu'lih guna Bahasa Kelate tinggi.

Jadi kalu sikit-sikit masuk kalimah oghe putih tu tak apa la, buke nu'lih buku, nak komen kot Kelate po buleh la jugak, dok keneh adik kakak??

 
At 10:29 AM, Blogger stenote Berkata ...

Blog yang menarik, semoga terus maju.... Saya juga penggemar Pearl S. Buck, ia menulis di The Good earth: ‘Namun mereka akan kelaparan kalau tanaman kelaparan.” Benarlah bahwa hidup mereka begitu tergantung pada tanah."

Saya mencoba menulis blog tentang dia , semoga anda suka; http://stenote-berkata.blogspot.com/2019/01/wawancara-dengan-pearl.html

 

Post a Comment

<< Home