PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
Dimaklumkan PTS dan Mizan Group (Indonesia) telah selamat menubuhkan sebuah anak syarikat penerbitan dengan nama PTS Litera Utama Sdn. Bhd. beribu pejabat di Kuala Lumpur.
Kepentingan Mizan diwakili oleh Bapak Dr. Haidar Bagir, pengarah eksekutif Mizan Group, manakala kepentingan PTS diwakili oleh Puan Ainon Mohd., pengerusi PTS Group.
Misi PTS Litera Utama adalah mempercepatkan dan melicinkan proses lintas pelesenan buku-buku PTS dan buku-buku MIZAN antara Jakarta-Kuala Lumpur.
Buat masa ini perdagangan lintas lesen penerbitan antara Jakarta dan Kuala Lumpur jauh lebih menguntungkan Jakarta. Dengan penubuhan PTS Litera Utama, keadaan ini akan dapat diperbaiki apabila lebih banyak judul-judul PTS dapat dilesenkan ke Jakarta.
Dengan penubuhan PTS LU, para penulis PTS digesa supaya mengambil kira peluang buku-bukunya dilesenkan ke Jakarta apabila merancang isi kandungan buku dan gaya bahasa yang digunakan. Adalah matlamat kita membantu menaikkan perolehan royalti para pengarang PTS dengan memasarkan karya mereka ke Indonesia.
Mizan Group menerbitkan antara 80 - 110 judul buku sebulan, dan merupakan penerbit kedua terbesar di Indonesia selepas PT Gramedia. Lembaga pengarah PTS memilih Mizan sebagai partner berdasarkan misi Mizan yang sejalan dengan misi PTS, di mana seperti PTS, Mizan Group hanya menerbitkan buku-buku ilmu sahaja.
Mulai pertengahan Ogos ini Bapak Dr. Haidar Bagir akan berada di ISTACC, UIA selama 2 tahun sebagai penyelidik dan pensyarah. Dalam kesempatan ini beliau akan membantu membangunkan PTS Litera Utama. Beliau yang memegang Ph.D. dari Universiti Havard menubuhkan Mizan di Bandung sewaktu baru berusia 24 tahun. Kini Mizan Group terdiri daripada 17 buah anak syarikat dengan lebih 400 orang staf.
.
7 Komen :
Tahniah atas perkembangan PTS yang membanggakan! Kenapa Puan Ainon berhenti dari DBP? Jika Puan Ainon masih ada di sini, takkan jadi begini keadaan penerbitan di DBP. Kami ditindas oleh syarikat penswastaan. DAWANA ada kuasa menentukan buku apa yg DBP boleh terbitkan. Adakah ini bukan gila namanya? Tambah gila lagi apabila majalah Tunas Cipta pun akan diberhentikan bulan Disember depan. Sekarang ini penulis novel hampas pulak dipilih oleh pucuk pimpinan DBP mewakili negara ke Bogor untuk menjadi pembimbing MASTERA. Sekarang, kalau orang tanya, kami malu hendak mengaku kami bekerja di DBP.
Tahniah...
Tahniah kerana pengabungan ini. Saya juga ingin meminta agar saudara Syed Nasir saya pohonlan agar saduara bersabar diatas dugaan itu, kami penulis-penulis yang ada di luar ini pun sebenarnya kecewa, sama-samalah kita berdoa agar DBP, Insyaalah mendapat mandat dan penghormatannya semula sebagai badan yang membela.
Tahniah di atas penubuhan PTS Litera Utama. Semoga lebih banyak buku-buku kita juga mengalir ke sana, bukan hanya sehala seperti sekarang.
Puan,
Langkah perkasa telah dimulakan.
Laluan buku Malaysia ke Indonesia pasti tak terhalang. Selama ini hanya buku-buku Indonesia saja yang deras masuk. Pembaca dan karyawan kedua negara mendapat manfaatnya.
Tahniah dan selamat Maju Jaya.
puan, boleh tau kriteria buku yang akan ke sana?
Puan, mungkinkah PTS LU membuka cawangan di Jakarta?
Post a Comment
<< Home