Surat Terbuka kepada Puan Ainon Mohd (1)
mohd azlan idris wrote:
Assalamualaikum w.b.t.
Puan,
Baru-baru ini saya ada membeli novel Ros Oktober terbitan PTS One (Teen). Antara desakan utama untuk saya mendapatkan novel ini ialah penulisnya ialah rakan seangkatan saya di MPR dan komuniti esastera dot com.
Semalam, usai sudah saya membaca Ros Oktober.
Sejujurnya, sepanjang saya membaca novel ini, dari mula hingga selesai, saya amat terkejut dengan persembahan ceritanya. Saya cuba bersangka baik setiap kali menyelak helaian, bahawa akan ada iktibar besar dalam cerita ini disebalik lapis cinta yang dipaparkan. Tapi saya kecewa.
Dan kekecewaan saya memuncak apabila terjumpa babak Shaira disengajakan ditempatkan sebelah Azman di dalam kereta, di dalam panggung wayang, di dalam pizza hut, kecewa lagi saya apabila mereka berdua-duaan berjalan di kolej, berbual pada malam hari di tangga, makan bersama dan banyak lagi perbuatan-perbuatan yang pada saya amat tidak wajar diperkenalkan kepada pembaca remaja yang baru membesar dan bergolak hati mereka untuk bersama lawan jantina.
Saya sedikit keliru apabila mengingatkan dua sesi Puan Ainon yang pernah saya hadiri, bahawa di PTS, teori Surah Yusuf adalah wajib digunakan oleh penulis PTS di dalam berkarya. Tetapi, berlainan pula di dalam Ros Oktober yang saya baca itu. Adakah puan terlepas pandang, atau PTS One Teen dikecualikan daripada salah satu alternatif teori sastera Islami ini?
Saya harap, kekeliruan saya ini tidaklah keterlaluan. Saya amat menghormati puan, saban hari, saya mencedok setimba ilmu di blog puan. Semoga puan terus diberi kekuatan oleh Allah untuk membimbing kami penulis dan penggiat sastera yang sentiasa dahagakan ilmu-ilmu yang segar dan berkualiti.
Wassalam.
Mohd Azlan Idris (Amir Mukhriz)
.
91 Komen :
Ini komen daripada En. Meor Shariman Meor Shafie:
Saya amat tertarik dengan posting ini.
Sebagai seorang penulis, adalah wajar untuk dipaparkan realiti kehidupan dan apa yang disampaikan di dalam Ros Oktober adalah satu realiti. Pasangan remaja berdua-duaan, asalkan tidak dipaparkan mereka melakukan sesuatu yg keterlaluan dari segi agama, adalah ok bagi pendapat saya.
tak kanlah tidak boleh paparkan realiti hidup. pada pendapat saya, penulisan bercorak dakwah, perlu mengikut perkembangan semasa. apakah mahu penulis menulis sesuatu yg tidak benar? sesuatu yg kolot dan memberi pandangan bahawa remaja islam di malaysia ini terlalu terkebelakang?
apakah mahu penulis gambarkan semua remaja islam di malaysia tidak boleh berjumpa dengan kenalan yang bukan muhrim? dan jodoh perlu ditentukan oleh ibubapa?
Pada pandangan saya, adalah lebih elok realiti kehidupan ini dipaparkan. Malahan ia patut dipaparkan secara jujur tetapi ending cerita itu, perlulah digambarkan dimana watak utama itu kembali ke pangkal jalan.
pembaca remaja kini sudah pandai menilai mana yg baik dan mana yg buruk. Mereka membaca Harry Potter dan banyak buku2 bercorak tahyul daripada barat tetapi tak pula terdapat laporan2 mengatakan remaja malaysia memuja hantu atau menjadi ahli sihir.
Remaja kini dan dahulu amat berbeza minda mereka. remaja kini lebih mature dalam pemikiran dan jika dibantutkan pemikiran mereka itu dengan corak penulisan dakwah yang kerterlaluan, ini akan menyebabkan mereka menolak buku2 bercorak membina insan ini.
ini adalah pandangan saya kerana untuk menarik minat remaja kini untuk membaca, adalah amat sukar. mereka lebih suka memilih buku2 yg lain daripada yang sedia ada. Penulisan buku2 remaja di Barat berkembang pesat tetapi di Malaysia masih jauh ketinggalan mungkin kerana di Malaysia, penulis2 juga penerbit masih beranggapan cerita2 seperti Hardy Boys, Lima Sekawan dan nancy Drew masih digemari padahal ia sudahpun ketinggalan zaman di Barat. Malahan, siri2 tersebut sudah diberi nafas baru di Amerika.
Ini komen seorang yang menamakan dirinya En. Hakimi.
Assalamua'laikum,
Sukalah saya mencelah dan ampun maaf sekiranya kirabicara saya ini mengganggu situasi. Langkahan sulung saya ke Tmn Permata suatu ketika dahulu telah diberikan sejuta rangsang oleh Pn. Ainon dan krew2nya. Salah satu dari matlamat perjuangan PTS adalah untuk mengembalikan kegemilangan Ketamadunan Ilmu Islam. Pada sessi perbincangan saya juga ada menyarankan agar PTS menubuhkan satu jawatankuasa/badan Syaria'h. Badan ini sama fungsinya dengan Jawatankuasa Syariah di Bank2 yang mengamalkan sistem perbankan Islam. Tujuannya adalah agar PTS tidak lari dari matlamat suci mereka. Mungkin saya masih baru menjadi ahli PTS, saranan saya itu dikesampingkan. Di sini saya juga ingin sekali lagi mencadangkan agar cadangan saya itu dinilai semula. Jawatankuasa ini hendaklah terdiri daripada golongan yang mahir dengan penulisan berlandaskan syariah.
Mungkin penerbit di Malaysia masih tidak mempunyai satu panduan bertulis tentang Halal @ Haram dalam bidang penulisan. Namum pada pandangan kerdil saya, PTS boleh menjadi tunggak kepada 'pencetusnya revolusi' ini. Kalau bukan PTS siapa lagi?
Suatu ketika ada seorang sahabat yang datang bertemu Rasulullah. Sahabat itu mendapati rasul dalam kesakitan kerana sudah beberapa hari tidak makan. Maka atas daya usaha sahabat itu ia terus mendapatkan buah-buah kurma dari upah yang didapati dari kerja-kerjanya mengait buah kurma di ladang orang. Kemudian lantas dia memberikan buah-buah kurma itu kepada Rasulullah.
Rasulullah lalu bertanya kepada lelaki itu tentang perbuatannya. lelaki itu memberitahu, dia amat menyayangi Rasulullah. Dia tidak sanggup melihat rasul dalam kelaparan. Jawab rasul, sekiranya kamu benar-benar cinta dan kasih kepadaNya, maka tunggulah cabaran dan dugaan akan menimpamu sebagaimana air yang turun dari bukit.
Pengajaran dari cerita di atas ialah, PTS kemudian dari ini kenalah bersedia. Kerana PTS memperjuangkan Rasulullah dan agama Islam, tunggulah cabaran dan dugaan yang akan melanda.
Namun yang pasti itu semua akan lebih mendewasakan dan mematangkan PTS. Ia juga lebih mengharmonikan ketelusan perjuangan.
Semoga PTS tetap berjaya dalam setiap cabaran dan dugaan tersebut.
Pn Ainon,
Saya hanya penulis kecil, jadi saya pohon izin utk memberikan sedikit pendapat.
Secara dasarnya saya bersetuju dgn cadangan penubuhan Jawatankuasa Syariah (JS), tetapi apa yg saya nampak akan timbul sedikit masalah dr segi pelaksanaannya kelak. Sebagai sebuah sykt penerbitan yg meningkat naik, saya lihat PTS mungkin menghadapi masalah dr segi tenaga kerja dan kapasiti masa utk melakukannya. Ini adalah kerana dgn kesibukan kerja sekarang dan jumlah kakitangan yg terhad dan "buat semua kerja" (jack of all trades), sistem kerja yg memerlukan semua karya novel perlu melalui saringan JS pasti akan menambah bebanan kerja sedia ada.
Dari satu segi pula, JS tentu sahaja terdiri beberapa individu yg perlu menyaring setiap novel yg dicadangkan. Ini tentu akan mengambil tempoh pernerbitan yg lebih lama dan akan "mencekik" sasaran dateline yg ditetapkan.
Sebaliknya, saya suka mencadangkan diadakan satu Garis Panduan bertulis tentang pendekatan cerita yg dibenarkan. GP ini bertindak sebagai polisi panduan kpd semua penulis dan editor (sepenuh/separuh masa) tentang jalan cerita yg digalakkan. Cara ini sama spt yg diamalkan dalam industri perbankan dimana Bank Negara mengeluarkan GP bertulis dari masa ke semasa utk dipatuhi oleh semua bank. Di bawah cara ini, pemantauan awalan akan dilakukan di peringkat editor, seterusnya editor kanan dan ke peringkat yg lebih tinggi; yg mana saya percaya sama dgn prosedur yg diamalkan sekarang. Jadi para penulis dan editor tidak perlu mengubah prosedur amalan kerja sekarang yg mereka sudah biasa dengannya.
GP yg dicadangkan di atas tidak bermakna cerita2 cinta dan cerita2 pergaulan tidak dibenarkan langsung, tetapi akan ada satu polisi panduan yg jelas norma2 persahabatan yg dibenarkan oleh Islam.
Cuma cadangan 2 kupang saya, harap jangan ada yg tersinggung. Semoga PTS semakin berjaya dgn perjuangannya.
Assalamualaikum Puan,
Saya agak terkejut apabila membaca surat daripada pengirim yang memberi komen tentang Ros Oktober. Saya belum pernah membaca buku itu sepenuhnya cuma sempat membaca bahagian belakang buku itu.
Pada saya sekiranya jalan cerita itu tidak mendatangkan keghairahan atau menimbulkan rasa ghairah atau seumapanya itu, cerita Ros Oktober adalah satu cerita yang halal.
Adegan-adengan yang haram tidak dilukiskan atau dilakonkan dalam cerita itu. Apa yang diceritakan adalah realiti hidup remaja masa kini.
Kita cuma paparkan sahaja untuk contoh teladan remaja supaya mana yang buruk jangan dicontohi. Ambil yang baik-baik sahaja.
Bagi saya remaja yang suka membaca adalah remaja yang pandai menilai mana yang baik dan mana yang buruk.
Asalamualikum, Puan Ainon.
Dengan seikhlas hati, saya juga ingin menyatakan yang saya amat bersetuju dengan luahan dan kegusaran hati yang menimpa rakan penulis kita yang memberi teguran itu.
Di dalam suasana kritikal remaja Islam kita yang gemar berpeleseran dan bergaul bebas di antara jantina, saya rasa PTS mestilah mempunyai genre buku-buku untuk 'young adults' yang memberikan panduan dan tunjuk ajar secara halus akan adab-adab pergaulan dalam Islam menerusi buku-buku untuk remaja keluarannya.
Dan sememangnya saya agak terkilan dengan sesetengah buku remaja PTS dalam pasaran terkini... Ada satu buku itu.. saya beli, sudah tidak ingat tajuknya.. ada adegan watak perempuan memukul lengan watak lelaki... yang pada saya tidak wajar ada...
Walaubagaimanapun diharap PTS akan lebih hati-hati dalam hal ini pada masa yang akan datang... dan tidak menjadikan "terlepas pandang' sebagai alasan...
Sekadar memberikan pandangan..
Penulisan merupakan salah satu medium utk menyampaikan mesej kepada masyarakat.Justeru itu sesuatu mesej yg hendak disampaikan perlu dengan cara dan teknik yang menarik namun jangan sampai menyentuh sensetiviti masyarakat. Soal haram dan halal adalah satu persoalan yang tidak boleh diperlecehkan dan diambil ringan.
Saya sedikit bersetuju dengan pendapat saudara Meor Shariman bahawa realiti hidup harus digambarkan dengan keadaan sebenar.Ertinya apa yang berlaku dalam masyarakat perlu dipaparkan tanpa berselindung. Namun kita perlu ingat selama mana remaja kita hendak disogokkan dengan cerita-cerita cinta yang mengasyikkan sehingga perlakuan yang dibuat semasa berada di alam percintaan begitu menghanyutkan. Islam tidak melarang umatnya untuk merasai apa itu cinta tetapi bagaimana didikan agama dapat membataskan perlakuan kita semasa bercinta. Sesuatu novel itu perlu digarap dengan sebaik mungkin jika kita mahu mendidik masyarakat tentang hidup yang dituntut oleh Islam. Soal bagaimana kita hendak menarik minat remaja untuk membaca novel yang berbentuk Islam adalah cara bagaimana kita menyampaikan sesuatu cerita itu. Memang betul jalan berdua,berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan merupakan realiti hidup yg sedang berlaku dalam masyarakat dan mungkin di akhir cerita kita akan menulis tentang watak kembali ke pangkal jalan tetapi bagaimana persepsi sesetengah masyarakat yang menganggap tidak salah melakukan sesuatu kesalahan terlebih dahulu kerana akhirnya kita akan tahu akan balik ke pangkal jalan.Bukankah lebih baik menyedari terlebih dahulu akibatnya samada baik atau buruk jika ingin melakukan sesuatu?
Apa yang dimaksudkan saudara dengan menyatakan bahawa remaja islam akan dipandang kolot dan terkebelakang?Adakah jika sesuatu watak itu digambarkan sedang bercinta tetapi tidak boleh bertemu diantara satu sama lain dianggap kolot? Islam tidak pernah melarang utk seseorang yang berminat dengan seseorang dari bertemu tetapi dalam situasi yang bagaimana?Iaitu perlu ada bersama orang tuanya ataupun secara beramai-ramai.Ini bermakna jelas bahawa yang haram tetap haram tetapi yang halal tetap halal.Tidak boleh yang haram dihalalkan semata-mata untuk menarik minat orang lain pada sesuatu perkara.Berbalik kepada cerita sesuatu novel maka jika kita benar2 mahu menegakkan teknik penulisan cerita berdasarkan surah Yusuf maka harus dilaksanakan dengan bersungguh2.Sebelum ini penulisan novel tidak bersandarkan kepada cara teknik surah Yusuff di tulis kerana tiada lagi seseorang yang menengahkannya.Namun kini usaha yang dilakukan oleh PTS dan khususnya oleh Sifu PTS sendiri memberikan nafas baru kepada corak penulisan novel Islami yang sebenar.Memang sesuatu yang baru itu sukar untuk diterima oleh masyarakat pada awalnya namun kita perlu berusaha ke arah itu dan ini kita ambil sebagai cabaran.
Realiti kehidupan yang berlaku dalam masyarakat perlu dipaparkan tetapi perlu ingat!Biarlah apa yang realiti itu disulami dengan didikan sebenar menurut Islam. Apa salahnya kita katakan contoh ayat:"Jika diturutkan hati mahu sahaja Rashid menggenggam tangan Rina kerana ingin menunjukkan kasih sayangnya namun dia menyedari antara dia dan Rina masih tiada ikatan".Ayat ini jelas bahawa setiap yang bercinta memang berkeinginan untuk melakukannya dan itu realiti yang sedang berlaku namun sebagai pencerita kita perlu bijak menyatakan bahawa perbuatan berpegangan tangan tetap salah dan jelas bahawa kebijaksanaan perlu ada bagi seorang pencerita atau penulis untuk menyampaikan sesuatu realiti kehidupan dalam masyarakat dengan tidak melupakan untuk menyelitkan unsur didikan.
Soal haram atau halal bukan sahaja dipandang dalam soal makanan sahaja tetapi dalam penulisan juga ia perlu diambil kira. Jika benar mahu memperjuangkan teknik menulis secara Islami berdasarkan surah Yusuf maka itu yang perlu dipegang. Jika ada novel2 yang mungkin tidak selaras dengan teknik surah yusuf ini mungkin ianya terlepas pandang tetapi untuk masa akan datang ianya boleh diperbaiki. Ini adalah sekadar pandangan tidak semestinya ia boleh diterima oleh semua pihak.Hanya pandangan dari seorang insan kerdil yang masih merangkak dalam bidang penulisan ini.
Asalamualikum, Puan Ainon.
Berani saya katakan, PTS akan pergi lebih jauh apabila mendapat dokongan dan sokongan dari seluruh pencinta Islam. Cuma PTS perlu mempunyai sandaran dan sedia terbuka menerima teguran. Sandaran yang dimaksudkan ialah tempat rujukan. Tujuannya agar landasan kehidupan yang kita longsori ini tidak tergelincir. Sementelahan akhir zaman, yang punya segala 'mehnah' yang kerap kali mengaburi dan menyilaukan pandangan mata hati.
PTS juga punya prinsip tersendiri yang begitu saya kagumi.
Mengubah minda bukan kerja mudah. Menukar 'Nabi' kepada 'nabi' sudah boleh menterbalikkan akidah kata mereka.
Teruskan usaha2 yang dilakarkan itu, cuma ianya perlu 'istiqamah'.
Para nabi dahulu juga bukan sedikit darah dan air mata mereka yang tumpah. Malah mereka turut dihina dan dinista. Sedangkan mereka adalah kekasih Allah. Perjuangan mereka juga buka sehari dan dua hari untuk menukar tamadun.
Teruskan perjuangan! Saya dan seluruh warga penulis PTS pasti bersama puan!
Wassalam
Saya bersetuju dengan Amir Mukhriz. Bukan sebab dia betul dan Puan salah. ATAU. Bukan sebab Puan betul dan dia salah... Saja je nak sokong dia! Ekekekekekeke...
Psssttttt, Lan, maggi mi macam biasa, tempat biasa... Kau belanja! Boleh?
Ha ha.
NOTA: Dan, saya syak, selepas membaca komen saya ini - Panah Arjuna akan panah saya bertubi-tubi! Ha ha. Bunuhlah aku berulang, Hideyoshi, bunuhlah aku berulang! Ha ha.
Saya hendak mengulas tulisan Meor Shariman, yg setahu saya dia penulis filem Main2 Cinta (maaf kalau saya tersalah orang) yg katanya filem itu tidak pulang modal pun. Penerbitnya rugi teruk.
Pendapat Meor yg mengatakan apa yg realiti patut dihidangkan dalam novel, filem dan tv adalah pendapat orang yg terikut2 perkembangan budaya hiburan Amerika. Bagi golongan ini kalau Amerika boleh, kita pun boleh. Ini pandangan orang yg sesat lagi menyesatkan. Media massa kita sekarang diterajui oleh orang2 yg satu puak dengan Meor Shariman, orang2 yg sesat. Tengoklah apa yg dihidangkan dlm siaran tv sekarang.
Meor kata remaja kita lebih matang sekarang, kalau lebih matang mengapa makin banyak jenayah berat melibatkan remaja. Mengapa lebih setengah juta remaja Melayu menjadi penghuni pusat serenti? Mengapa lebih 60 ribu anak luar nikah dilahirkan oleh remaja2 kita?
Pegang-pegang tangan, duduk berdua-duaan, bukankah itu perbuatan yang mendekati zina? Tak baca hadiskah?
Kepada PTS, teguran yg dikirimkan oleh penulis surat itu adalah ikhlas dan dengan niat mahukan supaya novel2 terbitan PTS ikut apa yg Sifu PTS ajar dalam kursusnya dan dalam blognya. Jangan Sifunya kata lain, anak buahnya buat lain. Kalau Sifu PTS tak boleh betulkan kerja-kerja anak buah sendiri, macam mana nak betulkan orang lain....
Saya cadangkan kepada Sifu, sebelum ambil editor, mereka kena duduk ujian kefahaman Surah Yusuf. Ijazah saja tak cukup.
Jangan marah Sifu.... nanti kena jual!!!
Setelah membaca apa yang disampaikan oleh penulis buku itu saya membuat satu kesimpulan terhadap isu ini. Kita baca buku itu dahulu tidak kiralah beli atau pinjam dari halaman ke halaman. Kemudian kita beri komen secara objektif....insy allah...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ida, saya baru belek buku tu di MPH, belum tergerak lagi untk beli,sebab biasanya saya akan beli dan bagi adik saya baca.
Walau apapun, tafsiran sesetengah orang mungkin berbeza antara satu sama lain. Nak berdakwah itu bukannya kerja mudah dan juga bukan kerja susah. Tak semua orang boleh terima sesuatu yang kita buat walaupun benda itu benda baik. Apa yang penting sekarang ni, PTS dah membuka satu senario baru dalam industri buku. Saya dah perhatikan lama tentang perkembangan buku-buku tak sihat di Malaysia. Setelah ada PTS, banyak syarikat lain cuba mengekori jejak PTS. Syukurlah, PTS ibarat peneraju revolusi industri buku di Malaysia.
Nak memberi kebaikan bukan boleh di tunjukkan terus jalannya. Kalau nak beri ayam makan, kita kena panggil dia dulu. Kalau kita terus tabur jagung, mula-mula dia lari, lepas tu dia tengok, dan perlahan-lahan baru dia datang dan makan.
Saya tak pasti analogi ini betul atau tidak, tapi buat Ida Munira, teruskan berkarya.
Assalamualaikum Puan Ainon. Minta maaf kalau saya menyusahkan puan, tapi sebab puan pakar sastera Islam, jadi saya rasa puan dapat menjawab kemusykilan saya. Sebagai penulis baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan, saya mohon puan terangkan adakah babak-babak remaja lelaki dan perempuan makan berdua dalam restoren, sambil berbual-bual berpandangan mata senyum berbalas senyum, tengok konsert pop berdua, naik LRT berdua, walaupun tak bersentuhann dan terdapat ramai org di sekeliling, bolehkah babak2 seperti itu digambarkan dalam novel Islami? Maaf puan kalau soalan saya nie macam soalan bodoh. Dalam blog puan persoalan ini belum diterangkan. Mungkin lepas ini puan boleh terangkan dengan lebih terperinci babak2 yang tak boleh digambarkan dalam novel Islami.
Saya budak baru belajar....
Saya fikir isu yang ditimbulkan amat remeh temah. Kalau buku remaja tak ada pergaulan anatra rakan sebaya remaja (pergaulan di sini masih dalam batasan susila kita) tak menariklah ceritanya.
Apa salahnya berjalan berdua-duaan di kolej, berbual di malam hari (tempat terang dan ada orang lain juga), minum bersama, duduk sebelah Azman dalam kereta (sebenarnya bukan berdua tapi berlima), makan bersama (sebenarnya ada lagi teman-teman lain- berlima sebenarnya) tapi tidak melakukan apa-apa yang salah di sisi agama.
Senario ini kan amat biasa. Kalau terlalu banyak larangan, ceritanya tidak lagi original.
Kalu kita terlalu dikongkong dengan soal remah temeh, (ada lagi isyu besar dalam agama) kita sepatutnya tak boleh lagi menulis atau menerbit cerita fasal remaja.
Kita terbit buku agama sahaja, bincang fasal hukum halal haram, dan segala larangan.
Kita sepatutnya melihat kepada moral cerita ini, iaiutu pasal persahabtan di kalangan remaja bukan bercinta. Dalam cerita ini, Bila dah rasa suka, si minah dah pindah ke kolej (UITM). Jadi apa masalahnya.
Tak kan dalam cerita aspek persahabtan yang bermoral dan jujur tidak boleh diketengahkan. Inikan asam garam dunia remaja dalam menjalin poersahabtan di kalangan mereka, baik lelaki atau perempuan.
Kalu ini dijadikan isu, kita tak boleh terbit buku fasal alam remaja. Wataknya mesti semua lelaki atau semua perempuan. Kan tuhan suruh saling berkenalan lah antara umatnya, aku ciptakan manusia ada perempuan dan lelaki, itu fitrah Allah.
Sekian pandangan daripada Tuan Haji yang moden dan tidak kolot. Terima kasih dan wasalam
Selepas membaca komen Haji Moden, saya hairan, betulkah dia ini dah menunaikan rukun Islam yang kelima? Macam haji Islam Liberal saja.... Pengikut Gus Dur agaknya.
Mengapakah PTS sebuah penerbit yang amat saya hormati selama ini sekarang terikut2 dengan trend menerbitkan novel2 cinta yang murahan? Adakah PTS sudah hilang arah? Di mana perjuangan PTS? Adakah PTS sudah terbawa2 dengan matlamat mencari untung wang semata2? Adakah PTS pun nak jadi mcm Alaf? Saya harap Puan Ainon betulkan haluan PTS yang nampaknya dah ada tanda2 lari drpd landasan yang diwarwarkan. Selama ini saya amat kagum dengan PTS, tetapi sebagai seorang pendidik saya mula hairan dan kecewa melihat ada novel2 remaja PTS yang terbaru seperti novel picisan. Sepatutnya PTS banyakkan novel mcm Impian Harlina dan Askar Berjalan Kaki. Sekian, maaf kalau kata-kata saya menyinggung perasaan Puan Ainon yg saya hormati.
situasi membuat karya remaja lebih sukar dari situasi karya kanak-kanak ye.mungkin saya akan tumpukan berkarya pada kanak-kanak dulu,semoga bila depa besar depa tak buat laa mende2 lagho dan jadi pejuang islam insyaAllah.
sokonglah usaha saudara anda kerana hendak menongkah arus perlu juga kayu sokongan untuk menjayakan tongkahannya...mm betul ke ayat aku ni?
This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.
Assalamualaikum warahmatullah.
Sedikit penjelasan berkenaan letak duduknya perkara ini.
Satu) Surat ini asalnya ialah e mail saya kepada Puan Ainon bertajuk "Keliru dengan babak-babak haram di dalam Ros Oktober."
Dua) Jika diteliti keseluruhan surat saya, yang saya mohon penjelasan daripada Puan Ainon ialah keperluan menggunakan teori alternatif sastera Islami iaitu teori Surah Yusof di dalam karya-karya PTS. Puan Ainon memberi respon yang sangat positif dengan pertanyaan saya. Tetapi malangnya, kebanyakan yang memberi komen terhadap kandungan surat ini nampaknya sedikit tergelincir dari landasan.
Tiga) Berkenaan contoh-contoh yang saya kemukakan untuk diberi perhatian, saya yakin dengan contoh-contoh yang saya bawakan. Walaupun pasangan itu bersama sekumpulan rakan-rakan yang lain, perbuatan mereka yang di'kenen' untuk duduk sebelah menyebelah(di kedai makan, di panggung wayang, di dalam kereta), serta beberapa contoh lain, pada saya tidak wajar di dalam karya yang beracuankan teori sastera Islami yang dipromosikan PTS.
Empat) Tiada niat saya untuk mengkritik mana-mana penulis novel, editor atau penerbit buku di dalam surat tersebut. Jauh sekali ingin menikam dari belakang. Saya cuma mahukan penjelasan dari penerbit(dan Puan Ainon seperti yang saya katakan di atas, memberi respon yang sangat positif, terima kasih).
Lima) Kepada mereka yang terpaksa bekerja lebih hasil kekeliruan saya, saya mohon maaf, dan anggaplah tugasan saudara itu sebagai satu jihad dalam memperkasakan PTS sebagai sebuah syarikat penerbitan yang memartabatkan teori sastera Islami di dalam karya-karyanya.
Selamat maju jaya.
Wassalam.
-Mohd Azlan Idris (Amir Mukhriz)-
1515, Advencer Si Peniup Ney, Detektif Indigo (Faisal Tehrani), Cinta Madinah (Abu Hassan Morad), Sesegar Nailofar, Rona Bosphorus (Zaid Akhtar), Mencari Locus Standi (Nisah Haron). Kesemuanya adalah novel remaja yang mengikut lunas-lunas Islam. Tetapi meraih hadiah sastera Utusan. Fikirkanlah...
Asalamualaikum Puan Ainon, terebih dulu sy minta maaf kalau apa yg saya tulis ini puan tak suka. Sy terbaca perkataan 'shit' dlm novel Amnesiac, muka surat 80. Sy tak sangka PTS boleh membenarkan perkataan 'shit' yg maknya 'tahi'. Bagi sy perkataan spt itu sama jugak dengan mencarut. Patutkah ayat2 yg mengandungi perkataan2 kotor dihidangkan kpd remaja? Spt pengunjung yg bernama Hamdan, sy pun mula kecewa dengan mutu buku-buku PTS sekarang. Adakah puan tidak pedulikan kualiti lagi sbb mengejar keuntungan?
Sy minta maaf terpaksa meluahkan rasa kecewa sy di sini.
Salam.
Perbincangan ini dah semakin luar dari topik. Kepada yg lain-lain yg mengkritik novel Ros Oktober tu dah baca ke belum novel tersebut? Bulan lepas buku PTS - Biografi Muhammad bin Abdullah di ulas di Ikim.fm. Ada beberapa yg memberi kritikan pedas tapi belum lagi membaca novel itu.
Kpd pengkritik atau penyokong boleh lah sama-sama berikan cadangan GP (garis panduan) menulis novel Islami. Bolehlah meringankan tugas tim Pn Ainon agaknya..
p/s: Saya tak berani menyokong atau mengkritik sebab belum baca lagi novel itu. (peminat blog UTPTS)
yang komen-komen, kritik-kritik ni dah ada ke karya saudara/i? cakap memang senang, tulis memang pandai, hentam memang mudah, -tapi, bagi komen biar berpada-pada, saudari pengarang kita baru nak bermula, perjalanannya masih jauh. kritikan biar membina, bukan menjatuhkan. berlaku adillah kepada pengarang dan penerbit. walaupun saya tahu ramai yang sayang kepada PTS. bukan ini caranya.
kpd gil in da box, takkanlah nak jadi pakar kanser kita mesti sakit kanser dulu! Logik awok tu tak betul... Ada orang kerjanya menulis novel, ada orang suka baca saja, ada orang jadi profesor sastera wlpn tak tulis novel, tapi dia banyak buat kajian, masing2 orang ada tugas masing2. Terimalah pandangan dan teguran dengan fikiran positif. Macam pn ainon, dia sanggup kena kritik. Itulah sikap yg betul.
Askm wbt. PTS sepatutnya menjadi "Captain" dlm dunia buku2 remaja bukan jadi "Follower" sebab dlm PTS ada tokoh pemikir yang hebat macm Pn Ainon dan suaminya Pr Abdullah. Kenapa masih ada mentaliti "me-too". Alaf 21 buat novel cinta tebal utk dewasa, PTS ikut juga tapi dgn buat novel cinta mini untuk budak2 sekolah. Alaf 21 buat buku cinta di mana watak2nya orang dewasa, PTS buat novel cinta yg watak2 terdiri dr budak2 remaja. Watak2 novel Alaf 21 berasmara di coffee-house, watak2 novel PTS berasmara di tangga kolej. Kalau inilah jenis novel PTS sekarang, nampaknya PTS sudah jatuh tarafnya lebih rendah dari Alaf 21. Mungkin Puan Ainon "terlepas pandang". Tapi belum terlambat, masih boleh diperbaiki. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
Assalamualaikum.
Saya bersetuju dengan saudara Mohd Azlan. Saya fikir kita semua menyedari bahawa jauh di dasar 'kekeliruan' saudara, sebenarnya ada pegangan yang tulus dan kejap terhadap agama.
Saya juga tertunggu-tunggu karya yang digarap berdasarkan tori surah Yusuf. Lalau bukan PTS sendiri, siapakah lagi yang dapat merealisasikan sastera islami yang berdasarkan teori itu? Kalau bukan penulis PTS memikirkan bagaimana hendak mengaplikasikan teori sastera Islami berdasarkan al-Quran, penulis mana lagi yang sudi melakukannya?
Persoalannya di sini bukan sekadar kritikan pada Ros Oktober semata-mata. Persoalan yang dibawa oleh saudara Azlan ialah tentang wawasan sastera Islam yang membina jiwa ummah, untuk mengahadapi cabaran hidup di dunia dan bahagia di akhirat.
Ros Oktober akan berkembang dengan lebih cantik berseri dalam udara Islami. Ida Munira jangan patah semangat!
Polemik tentang sastera Islam sudah lama berlangsung di negara kita. Ada macam-macam versi dan konsep pandangan dari sasterawan dan pengkritk sastera tanahair.
Kini Puan Ainon Mohd pula membawa satu pandangan baru tentang sastera Islam. Bukan sahaja Islamik, tetapi harus rigid mengikut Surah Yusof.
Teori surah Yusof dikumandangkan di blog ini, dan bagai jadi prasyarat wajib untuk penulis novel PTS.
Saya berpendapat teori penulisan berdasarkan Surh Yusof semata-mata nampak rumit dan mungkin boleh membataskan kreativiti penulis.
Saya belum membaca novel ini, sebab saya tak minat kisah cinta remaja. Dah tua. Namun, saya minta kalau boleh Puan Ainon ulas novel PTS ini berdasarkan teori surah Yusof. Mana tahu kalau boleh menambat hati saya untuk membelinya.
Saya terpanggil utk ikut memberi pandangan. saya sokong apa yang Rafidah tulis, iaitu hal halal haram jangan dihadkan kpd makanan sahaja. isu ini penting bagi difikrkan oleh penerbit macam PTS yg ada wawasan Islam. kalau dalam sebuah buku itu ada ayat2 ataupun babak2 yang boleh menimbulkan kesan buruk kpd pembaca, buku itu haram dijual. satu titik khamar dalam 1 tempayan, maka seluruh air dlm tempayan itu haram di minum. 1 ketul daging khinzir dlm 1 kawah rendang kerbau, maka semua yang ada dlm kawah itu haram di makan. Wallahua'lam.
Puan Ainon, di DBP semalam baru saya nampak wajah puan yang sebenar. Saya tak sangka puan pandai juga berlawak apabila bercakap atas pentas! Saya sudah lama meminati buku2 puan, saya juga membeli buku2 motivasi PTS. Tentang puan dan PTS kena kritik di sini, saya percaya puan akan kuat semangat memperjuangkan idealisme puan dalam sastera Islmi. Syabas!
semua cakap macam bagus saja, buatlah satu novel. baru tahu senang ke susah. tak salah nak kasi komen, tapi kena tengok limit dan situasi. oh ya lupa, memang itulah sikap orang-orang kita. kritik dan kritik, dengan emosi. tanpa ada resolusinya. semua nak tunjuk saya paling pandai dalam teori ini teori itu. saya rasa lebih baik kita tunggu apa resolusi/penyelesaian daripada Puan Sifu kita tentang isu ini. Beliau lebih arif. Tak gitu Puan Sifu?
p/s: vrempire, nak tau saya reti tebar roti canai atau tidak, kena datang kedai saya he3.
Salam.
Saya nak bersuara sikit. Bukan tentang Ros Oktober, tapi tentang perbincangan disini.
1. Perbincang disini sudah mula byk mengkritik individu bukan perkara. Komen seharusnya kpd novel RO atau tekniknya, bukan kepada peribadi penulis. Juga apabila membalas komen org lain, bukankah lebih baik/matang jika tidak menyentuh pribadi sesorg? Tak perlulah pertikaikan haji etc. Kritikan sebegitu tidak membangunkan sebaliknya menbina sikap defensif dan menyinggung.
2. Hukum Allah tetap hukum Allah. Walau dimana jua berada. Realiti atau fantasi. Mana-mana perselisihan pendapat tentang hukum atau cabangnya terutama yg samar-samar lebih baik dirujuk kpd pakar. Jgn ghairah menegakkan pendapat tanpa rujukan, nanti takut sampai mempersendakan hukumnya. Tak nak buat tak apa, tapi jgn menentang. Tak semestinya kolot apabila ikut undang-undang Allah, tak semestinya moden apabila menentangnya.
3. Saya pernah hadir beberapa bengkel PTS. Setahu saya teknik surah Yusof aplikasinya nanti dalam novel PTS Fortuna yg dijangka keluar tidak lama lagi. PTS one seingat saya tidak terikat sepenuhnya dgn teori tersebut 100% (Pengurus PTS1 tolong betulkan saya). Novel PTS One bukan picisan. Dulu DBP pernah (byk) keluarkan novel kanak-kanak dan awal remaja. Saya ada beberapa novel DBP yg boleh dilabelkan picisan jika mahu. Ruang vakum ini diisi oleh PTS. Munkin kita boleh cadangkan 'GP' utk difikirkan oleh tim PTS.
4. Pendapat saya, teori kreatif S. Yusof ni lebih baik dinamakan Teori Penulisan Kreatif PTS. Kalau dinamakan Islam, cepat sgt org melatah apabila ada kesilapan etc. Tidak semestinya nama perjuangan Islam perlu diletakkan nama Islam. Lumrah org memang cepat nak kritik orang lain. (Berfikir kritis adalah mengatakan kita benar dng cara membuktikan orang lain salah - Pn Ainon -) Ini teknik yg diajar di sekolah & IPT.
Wassalam.
P/s : Teringat kata Pn Ainon - Hanya pohon yg manis buahnya dibaling batu.
Assalamualaikum.
Rasa2nye saudara anonymous di atas ini adalah orang PTS sendiri..... hehehe..
Saya sudah baca Amnesiac, memang betul perkataan SHIT ada dalam buku itu. Bagi saya Amnesiac memang taraf SHIT. Bahasanya buruk, banyak salah tatabahasa, bahasanya langsung tak ada nilai sastera, bahasa rojak, cacamarba, banyak ayat Inggeris, dia ni nak tulis buku Inggeris atau buku Melayu, entah apa mesej dan falsafah sastera yang nak disampaikannya. Maaf cakap, Amnesiac memang buku SHIT!
Puan Ainon, tengok2 sikit kerja editorial PTS sebelum guru2 sekolah hilang kepercayaan kpd bahasa PTS. Bukankah Profesor Abdullah Hassan ahli linguistik yang tersohor dan ada menulis buku tatabahasa? Adakah editor PTS sudah diajar tatabahasa?
saudara anonymous (orang PTS kot) saya rasa janganlah orang PTS defensif, baca sajalah apa peminat buku2 PTS kata dlm blog Puan Ainon ni. Ikut sikap Puan Sifu sendiri, dia diam saja/baca saja. kalau orang PTS cuma nak dengar emel2 yang memuji-muji PTS, tak mahu dengar kritikan/teguran pelanggan, nanti PTS sendiri yang kehilangan pelanggan setia. Jagalah customer satisfaction. Citarasa peminat PTS tak serupa dengan citarasa peminat Alaf 21/Akademi Fantasia.
Tentang Pak Haji Moden tu, memang bila kita baca pemikirannya, dia tu Islam Liberal... semua boleh kononnya asal dalam buku tu tak melanggar kebiasaan dalam masyarakat, maknanya kalau dalam masyarakat orang muda dah biasa naik motor berdua, berpeluk atas motor... mak bapak sendiri pun tak marah, apa salahnya dalam novel PTS pun babak itu dipaparkan... itulah pemikiran Pak Haji Moden, yang macam sealiran dengan Islam Gus Dur (saya ingat lagi, dulu ada suratkhabar siarkan gambar perempuan muda duduk atas riba Gus Dur yang pakai songkok. Gus Dur tu haji moden.)
Assalamu'alaikum wbth.
Nama saya Faris Hasbullah, pegawai promosi dan pengurus penerbitan PTS P&D (Islamika). Antara lain tugas-tugas saya adalah memantau laman web PTS dan menyalurkan komen etc kepada pihak yg berkenaan di PTS.
Berkenaan dengan siapa anonymous, saya tidak pasti siapkah dia. Saya sudah bertanya kepada kakitangan editorial PTS dan tidak ada antara mereka yg terlibat dalam perbincangan disini sehingga komen ini ditulis.
Pihak PTS menyediakan ruangan ini untuk mendapatkan komen dan maklumbalas dari pembaca sekalian secara umum. Sekiranya ada sebarang pekara / komen / rasa tidak puas hati terhadap editorial, pentadbiran etc atau mana-mana individu di PTS, boleh email kepada saya faris@pts.com.my atau cadangan@pts.com.my untuk tindakan lanjut.
Pada masa ini kakitangan editorial PTS hanya membaca kritikan dan cadangan yang dipaparkan di blog ini, dan tidak mengambil bahagian dalam perbincangan yang semakin hangat ini. Setiap pandangan, teguran dan cadangan tuan-tuan kami ambil perhatian.
Terima kasih.
Assalamualaikum...
saya sudah membaca buku amnesiac, dan sememang saya akui terdapat perkataan "SHIT" tersebut pada muka surat 80 pada baris ke 11. Seperti yang dilanjutkan oleh Saudara Mesin taip buruk. Saya mendapati amatlah tepat penggunaan perkataan tersebut yang menjelaskan dengan tegasnya "SHIT" itu di tujukan kepada najis dadah seperti ganja yang disebutkan di baris sebelumnya.
Saya menganggarkan Saudara Mesin taip buruk sebenarnya hanya mengambil mesej yang tersurat dan ianya jelas tertulis. Cuba dalami isi yang tersiratnya pula. Dan saya pasti jika "SHIT" itu tidak membawa apa-apa makna tersirat semestinya ia telah di buang oleh editor PTS.
Saya bukan menyokong atau membangkang tapi cuba menjelaskan pendapat saya. Dan saya dapati buku ini sebenarnya amat hampir dengan jiwa remaja yang berada didalam kecelaruan identiti.
Disini saya ingin sarankan kepada Saudara Mesin Taip Buruk supaya ulang membaca buku Amnesiac dan cuba cari apa mesej yang tersirat didalamnya.
Elok sungguh bahasa mesin taip burok ya... seperti mengajar ketam mengajar anak berjalan lurus...
Yang baik jadikan tauladan, Yang Buruk di buang ke laut seperti mesin taip itu...
Sekian.
Asalamualaikum semua, saya mohon maaf sekiranya telanjur bicara. Setelah membaca komen-komen di sini, saya juga terpanggil untuk menukilkan pandangan saya yang tidak semestinya disukai oleh semua orang. Sekiranya saya tersalah bahasa, saya menyusun jari sepuluh.
Saya pernah mengikuti kursus Sifu di mana beliau menerangkan tentang Bahasa Melayu Tinggi. Saya dapati beberapa novel PTS One yang terbaru tidak mematuhi manual yang Sifu ajarkan kepada kami. Saya pun tertanya-tanya adakah antara editor-editor PTS yang menolak atau menentang ajaran Sifu PTS sendiri? Adakah manual yang Sifu sediakan itu dibakulsampahkan sahaja oleh editor PTS yang mengedit novel-novel itu sedangkan kami penulis di bawah bimbingan Sifu bersusah payah belajar mematuhi manual tersebut. Pada pendapat saya yang kerdil ini kalau ada editor PTS yang menentang mazhab rasmi PTS, secara etikanya dia mesti cari kerja dengan penerbit lain, jangan jadi gunting makan dalam lipatan, jangan jadi orang kepercayaan yang menikam dari belakang perjuangan murni PTS. Kalau tidak mahu menjadi umat kepada ajaran Nabi Nuh, jangan naik kapal Nabi Nuh. Cari kapal lain.
Saya simpati dengan Sifu yang terpaksa membaca berbagai kritikan pedas yang ditulis berkenaan kelemahan dalam novel-novel PTS sejak akhir-ahir ini. Kelemahan editor-editor PTS tetap dianggap sebagai mencerminkan kelemahan Sifu sendiri sebagai peneraju PTS. Saya harap editor-editor PTS ambil iktibar daripada apa yang ditulis oleh peminat dan penyokong-penyokong PTS dengan sikap terbuka dan berusaha menjaga maruah Sifu sebagai tokoh dan pejuang bahasa yang dihormati masyarakat.
Sekianlah sahaja pandangan saya yang kerdil ini. Wassalam.
Assalamualaikum,
Izinkan saya mencelah. Nampaknya perbincangan semakin hangat. Komen pun semakin panas dan pedas.
Saya berpendapat adegan dalam Ros Oktober (sebagaimana yang dijelaskan oleh penulisnya) tidaklah keterlaluan. Masih dalam batas yang sepatutnya. Kalau makan beramai-ramai, berkongsi kereta beramai-ramai dan duduk-duduk di tempat-tempat awam pun tidak boleh diadakan, adegan cinta bagaimana yang dibolehkan? Atau barangkali diharamkan terus buku-buku berunsur cinta remaja. Saya pernah mendengar pendapat yang cinta remaja itu lebih menuju ke arah maksiat. Ustaz saya, lulusan sebuah IPTA pernah bercerita kepada kami mengenai percintaannya dengan isterinya sekarang. Beliau juga dikenenkan oleh rakan seUnya. Mereka pun berjumpa-jumpa juga tetapi ditemani rakan-rakan. Malah isteri ustaz saya itu memakai purdah. Nampaknya ustaz saya itu songsanglah. Saya ini rupanya murid songsang juga sebab belajar daripada ustaz songsang (nauzubillah).
Selagi adegan itu tidak mengghairahkan dan merangsang pembaca kepada perkara negatif, apa salahnya adegan itu diadakan? Kalau semuanya tidak boleh, apa yang hendak ditulis? Apa yang hendak diceritakan? Apa panduan untuk remaja dalam mengharungi zaman yang semakin mencabar ini? Zaman semakin mencabar, syaitannya juga semakin besar...
Pada pendapat saya, buku yang tidak wajar diterbitkan adalah buku-buku seperti 40 Lukisan Hati. Saya pernah membaca novel itu. Banyak unsur negatif. Dendam, mengandung luar nikah (walaupun bukan watak utama), pergaduhan, berdua-duaan lelaki perempuan dan bertepuk-tampar. Tetapi saya faham kerana buku itu adalah edisi terawal buku-buku teen PTS. Barangkali ketika itu PTS kurang pengalaman. Lagipun ketika itu PTS baru terlibat dalam menerbitkan karya kreatif (sebelumnya lebih kpd buku ilmiah).
Daripada pemerhatian saya, buku-buku teen PTS memang agak longgar dari segi aplikasi teori Surah Yusuf. Saya fikir perkara ini memang disengajakan bersesuaian dengan kelompok pembaca sasar. Apa yang saya tahu, teori Surah Yusuf itu benar-benar ditekankan untuk bacaan dewasa (mungkin akan datang dalam buku teen juga).
Seingat saya teori Surah Yusuf baru diperkenalkan. Sedang dicarigali, sedang dibangunkan dan sedang dieksperimentasi. Sudah tentulah masih ada kelemahannya. Sabarlah wahai saudara semua. PTS pun masih setahun jagung menerbitkan karya kreatif, masih berhingus (maaf Pn. Ainon). Kita dulu pun keluar dari perut ibu bukannya terus pandai berlari, bukan?
Saya harap kita semua sama-sama memberikan cadangan untuk mencari GL yang sesuai. Jangan hanya pandai mengkritik dan menjatuhkan sahaja. Atau mungkin yang mengkritik itu hantarlah sebuah manuskrip yang boleh dijadikan rujukan. Bercakap memang mudah, melaksanakannya belum tentu...
Kepada IDA MUNIRA, janganlah kerana insiden ini adik terus patah semangat. Kalau takut dengan kritikan dan pandangan negatif orang, alamatlah satu kerja pun kita tidak buat.
Kepada AMIR MUKRIZ, saudara teman lama IDA MUNIRA. Lain kali berilah komen kepadanya dahulu. Walau bagaimanapun saya puji saudara kerana rajin bertanya.
Wallahua’lam.
p/s: IDA dan AMIR jangan gaduh-gaduh. Mula-mula gaduh-gaduh, lama-lama jadi suka tahu! Ekekekeke....
cik/puan roslili & mesin taip burok ni nak jadi editor PTS ke? saya pun pernah berangan-angan nak jadi editor PTS, tapi belum ada rezeki.dan tak adalah saya nak kutuk2 editor PTS. janganlah keras sangat serang peribadi editor2 PTS. mereka pun manusia biasa. mungkin cik/puan roslili & mesin taip burok boleh hantar resume memohon jawatan editor PTS. kita tengok pulak hasil kerja cik/puan/encik berdua. paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih...jangan maraaa yerr nanti kena juall daaaa...
Girl in da box, saya bukan hendak jadi editor PTS, saya ada jawatan lain. Ini soal prinsip. PTS ada manual editor, setahu saya manual itu untuk semua editor dan penulis PTS, iaitu Bahasa Melayu Tinggi, tidak ada yang dikecualikan. Itu yang Sifu terangkan kepada kami yang hadir kursus. Kami diberi manual menulis novel Islami yang ikut Surah Yusuf dan manual kesalahan bahasa. Jadi saya tertanya-tanya macam mana Sifu suruh kami buat lain, tapi buku keluar lain. Karya kami Sifu periksa dengan teliti sampai teruk kami terpaksa betulkan, bukan sekali tetapi berkali-kali. Apa yang Sifu kata salah, mengapa dalam novel-novel PTS One yang terbaru boleh pula? Itulah sebabnya saya terfikir adakah editor PTS sengaja menentang ilmu Sifu dan membakulsampahkan manualnya. Adakah mana-mana pihak dalam PTS yang menganggap ilmu bahasanya lebih tinggi dari ilmu Sifu dan dia boleh ketepikan sahaja manual yang disusun oleh Sifu. Kalau macam itu nanti karya kami yang ikut ajaran Sifu mungkin akan ditolak oleh editor itu, mana tahu, sebab dikatakan tidak ikut gaya bahasa editor itu. Saya harap girl in da box faham kemusykilan dan kebimbangan saya ini.
Puan Ainon, saya cadangkan PTS adakan sayembara menulis novel remaja Islami. Jadi sudah tentu PTS dapat manuskrip yang ditulis oleh penulis2 yang ada 'kelas' dari segi mutu sasteranya. Boleh juga kriteria penilaiannya berpandukan teori Surah Yusuf. Tak payahlah bergantung pada karya yang ditulis oleh penulis2 yang macam penulis Ros Oktober dan Amnesiac. Untung-untung Faisal Tehrani, Zaid Akhtar, Nisah Haron dan Abu Hassan Morad akan menghantar novel mereka. Ini cadangan seposen saya....
WAH! WAH! Semua nak menjadi Tuhan mengatakan ini sahaja cara terbaik menulis novel. Saya tak tahulah kalau ada wahyu yang mengatakan bahawa teknik yang terbaik. Cuma pada pandangan saya ini salah satu cara sahaja dalam menulis karya kreatif Islami.
Semua orang dah menjadi Tuhan mengatakan ini satu-satunya yang terbaik. Satu lagi saya nak tengok gak orang-orang yang kata begini ni keluar tak karyanya. Pandai mengomen saja karyanya tak keluar gak. Apsal takut kena komen ke? HAHAHAHAHAH! (Gelak Syaitan)
Assalamualaikum warahmatullah. Nampaknya Puan Ainon dan teori novel Islami yang didasarkan kepada kajiannya ke atas Surah Yusuf semakin menarik. Pada awalnya saya ragu-ragu tentang teori beliau tetapi selepas membaca analisis demi analisis yang dihasilkannya dalam blog sasteraislami, saya dapati hasil kajian Puan Ainon layak diberi perhatian serius oleh ahli-ahli akademik dan sasterawan yang berminat tentang sastera Islam. Namun saya ragu apakah pakar-pakar teori sastera yang ada sekarang mahu menilai pemikiran Puan Ainon kerana di kalangan mereka belum ada seorang pun yang melakukan apa yang dilakukan oleh Puan Ainon iaitu kembali kepada al-Quran sebagai sumber pembangunan teori dan teknik penulisan novel Islami. Tahniah kepada Puan Ainon yang saya kagumi komitmennya kepada sastera Islam. Semoga Allah meringankan kepayahan yang puan alami dalam perjuangan puan. Teruskan kajian puan yang amat berguna kepada kemajuan dunia penulisan Islam.
Sesungguhnya apa yang haram itu jelas dan apa yang haram itu juga jelas. Orang-orang yang tidak yakin kepada al-Quran sahaja yang mengada-adakan alasan untuk tidak mahu mematuhi al-Quran.
Tafsirlah Lagu ini juga...
Wahai jiwa-jiwa yang tenang
berhati-hatilah dirimu
kepada hati-hati yang penuh
dengan kebencian yang dalam
Karena sesungguhnya iblis
ada dan bersemayam
di hati yang penuh dengan benci
di hati yang penuh dengan prasangka
*
laskar cinta…
Sebarkanlah benih-benih cinta
musnahkanlah virus-virus benci
virus yang bisa rusakkan jiwa
dan busukkan hati
laskar cinta…
Ajarkanlah ilmu tentang cinta
karena cinta adalah hakikat
dan jalan yang terang bagi semua
umat manusia
Jika kebencian meracunimu…
kepada manusia lainnya
maka sesungguhnya iblis
sudah berkuasa atas dirimu
maka jangan pernah berharap
AKU akan mengasihi
menyayangi manusia-manusia
yang penuh benci seperti kamu..
wahai jiwa jiwa yang tenang jangan sekali kali kamu
mencoba jadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi
bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya
serta kekuatan untuk menentukhan kebenaran yg sejati
bukankah kita memang tercipta laki laki dan wanita
dan menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda
bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati
bukan untuk saling bercerai-berai dan berperang angkat senjata
HAHAHAHAHA!!!!! Makin menarik, saya setuju dengan pandangan perlu dibuat kajian mengenai Al-Quran mengenai sastera Islami. Cuma jangan hanya tengok Surah Yusof, tengok keseluruhan Al-Quran baru betul. Kalau hanya tengok satu surah tak menggambarkan keseluruhannya.
HAHAHAHA!!!! Macam tengok kat satu bahagian dalam tubuh badan, nampak badan telinga tak tengok, nampak telinga hidung tak tengok. Sama je macam sesat keseluruhannya..
Last-last Syaitan lagi pandai, menghasut semuanya agar bergaduh dalam blog ni. Semuanya jadi macam syaitan. Buat perkara yang menghancurkan umat. HAHAHAHAH!!!!!
sedangkan peraturan dalam quran pun ramai yang susah hendak ikuti seperti tutup aurat,solat dan poligami. ini kan pula nak menyuruh penulis mengaplikasikan Teori Surah Yusuf dalam manual dan karya2 PTS? teori surah yusuf cuma salah satu kaedah daripada ribuna kaedah yang. memang secara teorinya amat bagus, tetapi berbalik kepada realiti. dah namanya manusia, ada tersalah sana dan sini. tak sempurna. sedangkan Tuhan ampunkan hambaNya...
sdr LimahLempok, jangan kaitkan apa-apa antara Amir dan Ida. Amir itu baru saja jadi tunangan orang..
Roslili macam kepanasan je apabila Girl In Da Box bercakap. Ini tanda-tanda macam ada syaitan yang berada di hati, apabila dijentik dengan benih iman terus menggelabah dan melatah.
Jangan-jangan memang betul syaitan di hati yang mengapi-apikan, Hasutlah-hasultah. Katalah-katalah. Roslili ni macam faham sangat hal ehwal PTS, orang dalam PTS kot? HAHAHAHAHA!!!!!
Ke main agak je memang. Jadi macam syaitan betul lak bila mengapi-apikan syak wasangka Puan Ainon terhadap editor-editor dia. Wah memang macam syaitan. HAHAHAHAHA!!!
Jangan main cakap je jika tak tahu. Kita ni kalau main agak-agak je tanpa tahu hal sebenar mana boleh berkata-kata. Nanti jadi fitnah! HAHAHAHA!!! Jadi syaitan lagi
Suruh orang naik kapal lain lak tu, lagi syaitan! Banyak betul syaitan di hati. Jangan melaga-lagakan orang nanti jadi syaitan betul nanti. HAHAHAHAHAHA!!!!
Apabila ada syak wasangka yang berat ni menunjukkan kemunafikan yang nyata. Lagi jadi syaitan HAHAHAHAHAHA!!!
assalamualaikum...
memula..sy mmgla tak baca lagi buku RO tuh..tp drpd komen2 yg sy dah bace ni dpt la gambaran skit ttg ape yg dibincangkan...
pada sy...kepada mereka yg tak bersetuju dgn adegan2 yg dipaparkan bolehla kirenya memberikan solution or other alternatives to replace or remove the scenes...not only in the novel but also in reality...
ok...we have to face the reality that as human being we want to love n being loved...sng ckp nak ade awek or pakwe lah kan...seterusnya mudah-mudahan berkahwin n melahirkan zuriat yg soleh n solehah...kalo tak bercinta pun kite ramai kawan lelaki dan perempuan..
ok in reality..(i believe Islam is realistic n democratic)..cara yg macam mana Islam ajar kite untuk berkomunikasi antara lelaki dan perempuan?
ok...touching,cannot,body language yg mislead cannot,suara yg macam nak menggoda cannot,jumpe tpt2 yg 'suspicious' cannot...so kalo kite dapat jaga sumer ni i mean avoid from doing these things..how can it goes against Islamic teaching in akhlaq n moral?
hmm...terpikir gak...cane nak cakap kat org2 kat luar sana yg suke tgk wayang dgn awek/pakwe/kawan2..tak kan nak kate jgn tgk wayang...ataupun kite nak bgtau ok you nak tgk wayang tgk tp jgn buat 'wayang sendiri'...
or...bg yg suke makan2 lak...nak cakap...jgn pg makan kat cafe or mamak stall...or kite nak tunjuk yg kalo nak pg makan2 ok tp jagala adab...no tepuk tampar..no gelak kuat2...
i support novels yg potray reality...so to PTS kalo lepas ni nak buat adegan2 yg 'real' happen kat luar..ape yg sy bole cadangkan mungkin disertakan 'p/s' kat bawah cakap this act is not encouraged or against moral(since the readers are not only muslims)...u know kind of reminder...even kat kotak rokok pun ade peringatan kan merokok membahayakan kesihatan...tp disebabkan reality org suke isap rokok tak bolela nak stop jual rokok...
apepun...insyaAllah lepas saye dah bace RO...i ll come back to give my view...
wassalam..
sama jugak dengan Ida. Ida pun baru saja jadi tunangan orang. jangan laga-lagakan tunang-tunangan orang ni. tak baik tau...
sama jugak dengan Ida. Ida pun baru saja jadi tunangan orang. jangan laga-lagakan tunang-tunangan orang ni. tak baik tau...nak laga-lagakan saya tak ape, sebab saya single dan available. he3...promote sikit diri. dahla tebar roti canai pon pandai...he3...
Salam,
Saya ingat rancangan MELODI sahaja ada cerita-cerita sensasi..
Saya yakin buku itu akan laris dengan berita ini!
Saya ada pendapat saya sendiri..tapi kena sembang berbincang sambil minum-minum baru menarik untuk lebih difahami.
Selamat berkarya!!
ps: SiNaganaga..jom minum-minum petang Ahad 18 Jun 2006 nanti kat Taman Permata. Panah ada sekali,manalah tahu boleh bincang-bincang Ayah Kita Boss siri 2 nanti.
Alamak, sorilah. Kak Limah tak tau. Niat Kak Limah ni baik. Tak nak orang gaduh-gaduh. Maaflah Ida dan Amir. Ada sesiapa nak mengisi kekosong GIRL? Biar Kak Limah tolong iklankan.Ekekeke.
Kepada Roslili,
Awak tu bakal penulsi PTS juga, bukan? Jadi janganlah buat tuduhan melulu kepada editor PTS. Tentu mereka sedang tersinggung dgn tuduhan awak tu. Awak akan hantar buku awak dan terpaksa berhubung dengan mereka juga, bukan. Awak tak malu ker? Jangan lupa, buku awak tu nanti mereka juga yag edit. Belum apa2 awak dah singgung perasaan mereka. MAcamnana awak nak bekerjasama dgn mereka?
Awak tak tau hal pengurusan. JAdi tidak adil awak buat tuduhan begitu.
Kepada pihak yag dikritik, harap jadikan ia sebagai pedoman.
Kepada yang mengkritik, ingatlah manusia tak blh lari dari kesalahan. Cakap memang mudah...
Kepada Ida, insiden ini adalah promosi juga untuk Ros Oktober. Semoga terus sukses.
HAHAHAHAHA!!! Aku suka engkaulah Limahlempok. Berani mengaku kesalahan dan bukan cari kesalahan. Kira kuranglah syaitan pada hati engkau. HAHAHAHAHA!!
Aku tak rasa si Roslili ni nak berkarya dengan PTS, sebab tu kerja dia nak melagakan orang. Banyak syaitan di hati HAHAHAHAHAH!!!!!!!
Korang di PTS tak perlulah ambil kain buruk macam si Roslili ni, kain dia dah tak laku cuba cari publisiti kat sini. Buat je kerja korang tu HAHAHAHAHA!!!
Kadang-kadang orang pandai berkata-kata je, bukan dia tahu apa yang dia kata. HAHAHAHAHAH!!!
Keep up the good work! Buat Puan Ainon, pandangan saya mungkinlah tidak hebat dan bagus macam orang lain. Tapi apa yang Puan buat pada pandangan saya baik. Cuma ia bukanlah satu-satunya cara menulis terbaik untuk sastera Islami. Mungkin ada yang lebih baik.
Semua yang baharu ini tidak abadi sebab akan ada lagi yang baharu. Hanya apa yang diturunkan oleh Tuhan sahaja yang kekal terbaik. Walaupun ini katanya daripada Surah Yusof tapi tetap ciptaan manusia. Mungkin betul mungkin salah.
Kepada lain HAHAHAHAHA!!! Ada ke lagi yang nak komen. Aku suka tengok komen HAHAHAHAHAHAHA!!
Assalamualaikum.
Rasa2nye si syaitan suci ni dah terlalu lama dibiarkan bebas di dunia... Dah tiba masa kena humban ke neraka ni.... hehehe...
Jonos,
Ahad 18hb - kalau Cikgu Kalam ada sekalik - best jugak ek!!!!
Nampaknya apa yang dipaparkan di sini kebanyakannya sudah tergelincir dari apa yang perlu dibincangkan. Blog ini seakan-akan menjadi medan mana-mana individu mencari kesalahan orang lain.
Jangan cepat melatah menuding jari menyatakan kesalahan orang lain.Isu sebenarnya adalah mengenai teknik menulis sesuatu cerita. Kasihan kepada penulis yang telah bertungkus lumus memerah otak untuk menghasilkan karyanya. Mencari kesalahan orang lain memang mudah tetapi sebelum itu perlu muhasabah diri sendiri dahulu.
Kritikan yang diberi haruslah bersifat membina bukan menjatuhkan.
Kepada penulis bernama Ida Munira sedikit pesanan untuk direnungkan: Untuk menjadi seorang yang berjaya bukan mudah,ranjau dan duri adalah rencah kehidupan dalam kehidupan seorang bernama manusia.Teruskan berkarya.Mana-mana kritikan yang bersesuaian,ambil ia sebagai teguran untuk membina dan abaikan kritikan yang sekadar untuk melemahkan semangat untuk saudari terus berkarya.Apa yang penting perjuangan perlu diteruskan!"
Saya belum dapat membaca tetapi tertarik dengan ulasan. Namun tak adil jika tak baca nak terus beri ulasan. Boleh tak saya mendapatkan novel ini...mana tahu ada rakan-rakan di sini sudi memberi pinjam.
Asalamualaikum Sifu dan kawan2 penyokong PTS! Wah nampaknya ada 2 block penyokong, satu sokong teori Surah Yusuf, satu tolak Surah Yusuf. Kita ebaiknya tunggu apa kata Sifu sebab dia juga pengerusi PTS.
Sifu, kenapa senyap sahaja? Kami tak sabar nak dengar apa pendapat Sifu.
Hey there, My friends call me Lady Magdalena , I lived in Beaufort, Sabah, but sometimes I fly to KL just to see my Mum and Dad. Some kind of business+family trip reason. I’m writing here is because I’m a fan of all Pts Professional and Pts One books, but the most I like, is the Pts One book, especially the book entitled “40 lukisan Hati,” written by Armie Zafran. To be frank, I love those book especially 40lh because of the strong idea of love, devotion, and friendships .I’m even a bit influence about his ‘smart ass preaching’ message that were brought through out the book!, the only thing that lack in that book is just the ‘stupid drawing’ that appear in the beginning of every chapter. The drawing doesn’t fit the books, 40lh should been drawn by the one who draw in ‘Ros Oktober’. Than it’s fit. Luckily, me and my friends are a kind of reader that doesn’t judge a book by it’s cover, I read many Malays book but sadly to said that not even one have a close touch to my heart even a great ideas in advertising their ‘stories’ and ‘ideas’ as what I’ve been found in 40lh. Sometimes the book I read give me a headache and make me want to vomit,
I get this reading ‘habit’ a couple years ago, when I befriend with a dozen of Malay girls that love to read and chat about books and the only think that keep me amused about these girls is because they defend each writer when I draw a nasty assumption towards Malay writers, similar to this ‘one girl’ that you guys keep ‘hitting’ day by day. The only different in my case, I lose every time cause they have a solid idea in defending those Malay writers, but thanks to you guys, especially limahlempok, rozie, umi, ular lidi, adinda and Ustaz Pondok,I think I can used some of your ‘ideas’ to crack them in the future. he he he he he. I’m also surprised to know that the writers have been hit and trash like their books were somekind of big blasphemy. Jesus Christ!, are those books were that bad? (According to your religion?). Anyway I just want to congrats Armie because of his book and hey, I’ve been to your blog. Is that your pic?, Wow, you are one hot dude, and if ‘they’ don’t want you, how about get along with us?, anyway it’s your call.
Aduhai,
Bila membaca komen-komen di sini, saya teringat semula kepada pesan Tuhan dalam al-Quran kepada orang-orang Islam, yang telah dinyatakan oleh Ustaz Arief. Kalau kamu bercanggah pendapat, rujuklah kepada al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad (salam sejahtera kepadanya).
"Psst! Hendak rujuk kepada dua sumber itupun kena ada ilmu juga. Sebab itu mencari ilmu mesti berterusan sampai akhir hayat. Bertanya kepada yang pakar."
Semua kitab suci yang diturunkan kepada nabi-nabi bertujuan memberi panduan kepada orang-orang yang hidup pada zaman nabi tersebut. Kalau disimpan dan dibaca semata, kemudian panduan kita gali dari sumber lain, hilanglah fungsi al-Quran itu.
Jangan terkejut kalau ada orang yang mengaku beragama Islam tetapi ragu bahawa al-Quran itu datangnya daripada Tuhan yang mencipta alam semesta. Ada sahaja hujah yang dikemukakan. Bagi mereka, akal fikiran adalah segala-galanya. Dengan orang-orang begini, usahkan hendak menerima teori surah Yusuf sebagai panduan penulisan, tentang aurat tentang sembahyang pun mereka pertikaikan.
Kalau akal sudah memadai, apa gunanya al-Quran apa peranannya nabi-nabi. Syarat hendak mendapatkan kebenaran, hati mesti ikhlas hendakkan kebenaran itu. Teringat juga saya kepada kisah seorang bekas paderi yang memeluk agama Islam. Kalau dilihat kepada sejarah hidupnya, dia memang asal berniat ikhlas. Tiap-tiap malam beliau berdoa supaya orang-orang Islam diberi hidayah. Akhirnya beliau bermimpi supaya belajar tentang agama Islam. Beliau mengambil kursus perbandingan agama dengan ikhlas. Sebuah al-Quran terjemahan dalam Bahasa Inggeris dihadiahkan oleh seorang rakannya. Apabila beliau mengkaji al-Quran, beliau mula berfikir dan membuat perbandingan. Alhamdulillah, beliau akhirnya memilih agama Islam.
Apa salahnya kita cuba praktikkan teori surah Yusuf ini. Kita perbaiki dari semasa ke semasa. Kita lihat hasilnya. Kita hormati kehendak dan wawasan sifunya terhadap PTS. Kalau tidak hendak, kita boleh hantar manuskrip kepada penerbit lain.
P/S: Syaitan mendapat laknat daripada Tuhan, tidak suci. Harap saudara cari nama lain yang lebih sesuai untuk menyamar sekalipun. Itu pesan Nabi Muhammad, mencari nama yang baik!
:-)
Asalamualaikum wbh. Tulisan Ustaz Anonymous itu betul. Wahai Syaitan, tukarlah namamu. Muliakanlah dirimu dengan memanggil diri sendiri dengan panggilan yang mulia.
Salah satu identiti tentang keislaman seseorang itu ialah namanya. Dengan nama memudahkan pengenalan awal tentang siapa diri orang itu.Di samping itu dengan nama yang elok itu mudah-mudahan akan memberi kesan yang baik kepada bentuk peribadi seseorang itu.Tolong jangan kotorkan blog ini dengan nama yang kurang elok seperti saudara/i SS.
Mana Puan Ainon? Kenapa senyap dan membiarkan orang lain bersengketa kerana isu yang anda sendiri timbulkan. Janganlah baling batu, sembunyi tangan.
Asslamualaikum,
Hello, semua geng-geng yang ada kat sini, sorry la kan aku nak mencelah, yang korang kutuk-kutuk penulis pts cam abang Armie (penulis buku 40 lukisan hati) ni apa hal, korang best sangat ker?, apa dosa yang abang Armie ni dah buat sama korang?, aku tengok abang Armie ni diam jer, tak ada kata apa-apa pun, aku gi blog dia, dia masih gak cita pasal buat skrip sama buat cerita jer, dia tu tak marah ke?, diam aje aku tengok. Korang ni pulak apahal kutuk-kutuk dia ni?, dia orang ada buat pasal sama korang ke?
Aku ni dulukan,kira trash babe ler jugak , aku member sama budak pengkid, selalu kita orang lepak-lepak kat Central Market, akak-akak Ustazah ni soma pandang kita macam la kitaorang ni jalang jual badan. Kita orang ada matlamat hidup la wey, aku suka sama cerita 40 lukisan hati tu, sebab kerana cerita tulah, alhamdulillah, hari ni aku dah pakai tudung, walaupun tak der la pakai cam tudung ustazah, tapi alhamdulillah tak ade la pulak pakai tudung tapi nampak pusat, nampak bentuk badan semua. Antara yang bukakan hati aku nak pakai tudung ni, adalah antara sebabnya buku, 40 LH tu la, Aku betting (haram tu) dengan bakal laki aku, (sebelum tu aku tak kawin lagi, kira cam balak persinggahan la,), kalau dia dapat kerja lagi bagus dari aku, aku akan berenti merokok, aku akan pakai, tudung, cuba-cuba la idup sebagai pompuan soleh, tapi bila dia dah dapat kerja manager ( aku kerani jer), aku dah mula cuak, dia diam lagi, lepas dua bulan dia tengok aku tak berubah-ubah jugak, dia pun mula la start sound aku. Pedih oi!, Aku dah panik, nak ngelat la konon,lari sana lari sini,sekali pakwe aku tu bagi buku 40 lh pada member aku. Dia pesan kat member aku tu suruh aku baca, lepas tu dia suruh aku pikir masak-masak, kira macam kata dua la kan. Lepas aku baca buku tu, baru la aku tau macamana perasaan dia pada aku, Alhamdulillah, sekarang ni, kita orang dah jadi pasangan yang sah, mula-mula tukan aku ingat, suami aku ni la abang Armie tu ( nama laki aku Suhaimi) rupa-rupanya bukan, kuang, kuang, kuang, Tapi kan, aku happy la wey, dia pun handsome gak, cam abang Armie, Aku ada nampak abang Armie kat pesta buku, tapi masa tu dia tengah duduk dengan A Samad Said, dan sebelah dia ada Ustaz mana tah selalu masuk TV ceta Al kuliyyah tu, segan la pulak aku ngan laki aku nak dekat, anyway aku nak ucap terimas la kat abang Armie pasal buku 40 lh tu la aku alhamdulillah dah banyak dapat berubah hari ni. Teruskan menulis buku cam ni abang Armie, buku-buku kau tu, ramai pempuan-pempuan macam aku ni suka, okay sampai sini aje la kot, kirim salam la kat akak.( aku tak tau nama isteri abang armie)
nak pesan satu saja, sila dapatkan novel Ros Oktober dengan pembelian yang original saja, membeli itu lebih mulia daripada meminjam-minjam...chow...
Khas itu setan suci.. Dah lama dah, dah ada orang tegur tetapi degil,
Saya tak suka setan... Saya kira hampir kesemua yang melawati blog ini tak suka nama itu.. Kalau sudah dinamakan setan, setanlah juga akan dikatakan. Ubahlah nama itu sebelum orang mengubah nama sdr/i dengan dibin/dibintikan kepada emak sdr/i. Taubatlah.
Ex Tomboy, sayang... tak de sesiapa pun yg kutuk novel dan Abang Armi 40LH tu. Kita cakap pasal haram n halal dlm novel ROS OKTOBER. Sayang X Tomboy dah salah faham nampaknya. Cuma ada beberapa persoalan yg tidak sesuai dihidangkan kepada pembaca remaja dalam 40LH tu. Kalau persoalan2 negatif tu tak ada dlm 40LH, novel itu adalah novel yg baik. Kepada penulisnya, teruskan berkarya. Ini adalah kritikan yg membina. Bukan hendak menjatuhkan.
Saya bersetuju dengan saudara anonymous. Kenapa Puan Ainon mendiamkan diri sahaja?
1. Dahulu, perkara editor rasuah ditimbulkan tanpa memberitahu secara jelas siapa dan editor mana yang buat angkara. Ramai yang meminta Puan Ainon menamakan editor dari penerbit mana yang berbuat demikian tetapi Puan Ainon hanya mendiamkan diri.
2. Kemudian, serangan berbau peribadi terhadap penerbit2 kecil yang dikatakan tidak mampu membayar penulis kerana gagal dalam perniagaan pula ditimbulkan sedangkan ramai penulis menyebut2 nama Rhythm yang lewat/tidak membayar penulis. Puan Ainon hanya mendiamkan diri. Tiba2 ada penulis yang menerima nasib sebegitu tetapi kerana bukan PTS atau Rhythm yang buat, cepat sahaja Puan Ainon meminta penulis tersebut memberitahu nama penerbit agar penulis yang lain tidak tertipu. Bukankah ini dinamakan 'double standard'?
3. Sekarang, perkara ini pula.
Saya seorang pengikut setia blog ini ingin bertanya: Kenapa Puan Ainon hanya mendiamkan diri?
Asalamualaikum wbh semua. Apa halnya nak tahu apa kata Sifu kita dan pasal apa Sifu diam saja? Cuba pikir sikit apa sebab Sifu terbitkan surat Ustaz Arief Salleh Rosman? Takkan tak boleh baca apa sebabnya? Maknanya Sifu suruh kita semua ikut fatwa Ustaz Arief. Bukankah dalam kursus Sifu kita sudah beritahu kita semua Ustaz Arief tu penasihat rasmi hal-ehwal agama kepada Puan Ainon dan PTS? Pandai2lah baca apa yang tersirat....
Alaikumsalam kpd Syukriah. Saya juga mempunyai anggapan yang sama dengan Cik Syukriah, di mana Puan Ainon menerima fatwa Ustaz Arief itu. Selaras dengan itu sudah terjawablah persoalan apa yang patut dibuat dengan Ros Oktober, iaitu apabila novel itu diulangcetak, babak-babak yang tidak selaras dengan fatwa Ustaz Arief, hendaklah diperbaiki, kalau perlu ditulis semula. Mudah-mudahan kesilapan dalam Ros Oktober tidak dipanjangkan, sebab ia melibatkan perjuangan PTS iaitu melahirkan penulis novel Islami yang sejati. Setiap perkataan yang kita tuliskan itu pahalanya ikut kita masuk kubur.... begitu juga dosa2nya, melainkan apabila kita bertaubat, menyesal dan membetulkan kesilapan kita. Allah Maha Pengampun. Wallahua'lam bissawab.
Asalamualaikum wbth. Saya sokong 100% pandangan bernas Ustaz Zainul Fitri. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
Kpd girl in da box, apa salahnya pinjam buku? Yg beri pinjam dapat pahala....
** Ini adalah selingan dan tiada kaitan dengan topik perbincangan **
Saya suka 40LH kerana Zafran kata karektor saya macam Rozana 40LH. Walaupun hakikatnya 'Akulah Wanita Melayu Terakhir'.
Selepas beberapa detik komen ini ditulis, pasti saya akan menerima sms yang berbunyi, "Nape ko go public?" Saya pasti akan menjawabnya, "Suka hati jari akulah nak taip apa." :P
** Komen ini ditulis dengan niat menumpang glemer Zafran **
Elok rasanya tuan punya blog ini padamkan sahaja apa-apa yang ditulis oleh syaitan suci. Buat menyemak sahaja. Dia mengatakan semua yang ada di sini bodoh-bodoh belaka.
Kita sebagai manusia yang intelektual harus berfikiran rasional dan bukannya emosional sehingga mengeluarkan kata-kata yang kurang enak seperti bunuh,firaun, sombong dan bodoh pada orang lain. Kita harus berbincang dengan fikiran yang matang utnuk mencari jalan penyelesaian dan bukannya berperang antara satu sama lain.Kembalilah kepada Al-Quran ,sunnah dan hadis Nabi...wahai orang berkenaan yang mengelar dirinya syaitan suci tetapi hatinya tak ada syaitan..cerita Pak Pandirlah..Pandarisme
Mengenai teori sastera islami, sila rujuk juga
1. surah an Naml, ayat 7-14
2. surah an Naml, ayat 15-44
3. surah Maryam, ayat 41-50
4. surah Thaha, ayat 47-82
5. surah asy Syuara, ayat 10-68
6. surah asy Syura, ayat 3-42
7. surah Yasin, ayat 13-32 dan lain-lain ayat
Teori sastera Islami mestilah
1. mengajak manusia mentauhidkan Allah serta menjauhi syirik
2. mengajak manusia menjaga solat
3. mengajak manusia memahami serta menurut panduan al Quran dan sunah dalam segenap aspek kehidupan
4. membawa manusia kepada iman dan takwa dan sebagainya
Laris atau tidak barang dagangan termasuk novel islami bergantung kepada kehendak Allah setelah segala macam usaha dilakukan dengan wajar. Larisnya barang dagangan adalah rezeki Allah. Meniadakan adegan-adegan tidak wajar tidak akan mencacatkan novel, lebih-lebih lagi mempengaruhi larisnya novel tersebut.
Kekuatan sebuah novel bergantung kepada
1. premis novel
2. paparan yang realistik
3. sekurang-kurangnya 50% daripada novel didasarkan kepada fakta sebenar
4. antagonis dan protagonis (agak kelam dalam novel The Eagle Has Landed karya Jack Higgins tetapi ia masih menjadi best-seller)
5. deskripsi terperinci mengenai karakter utama, peristiwa penting, dan objek yang berkait dengan karakter utama
Banyak perkara cinta boleh dipaparkan kepada pembaca tetapi cinta kepada Allah dan Rasul lebih utama. Soalnya, bagaimana penulis dapat mengisahkan dengan baik bagaimana cinta kepada Allah dan Rasul dilaksanakan. Cinta berasaskan hawa nafsu walaupun sekadar jalan bersama, makan bersama, dan sebagainya tidak membawa banyak manfaat kepada memperkasa bangsa
kepada boy in da box, kalau semua orang suka pinjam buku orang, bila nak kembangkan industri buku tanah air? macam mana penerbit dan penulis nak cari makan? urusan jual beli itu pun pahala, mungkin lebih besar daripada urusan pinjam meminjam. kalau kita sokong industri buku dengan MEMBELI BUKU bukannya meminjam, kita insya allah dapat pahala lagi banyak. kita tolong editor, tolong penulis, tolong pengedar, tolong org2 yang kerja di kilang printing, kilang kertas, banyaklahhh orang yang boleh kita tolong...kita tolong circulatekan ilmu pengetahuan...kalau semua org suka meminjam saja, x mau beli buku...terlingkuplah industri buku...sekadar pendapat daif...sob sob sob...vrempire tak nak backing saya ke :P
Cikgu Kalam tidak hadir SiNaganaga..Pastinya beliau bertugas pada hari Ahad kerana hari Ahad di Terengganu jatuh pada hari Jumaat.
Dan...
SiNaganaga pun tidak muncul-muncul..
Dan...
Kami hanya minum-minum berbincang topik-topik menarik bersama yang lain-lain..
Dan...
Kami pun gelang si paku gelang..
Panah,
Wei sorry la bang , aku dah coba nak email hang, tapi email company dok tendang aje email, aku nak sms hang, hp aku pulak problem, la ni dah seminggu hp dalam bengkel wey, jadi mau tak mau aku terpaksa la ceta kat sini.
Yang sebenaq-sebenaqnya, masa pre eleqtion buku tu, boss bawa balik 13 buku je, pts 4, karangkraf 4, creative 4 dan buku mamat ‘p’ tu 1. Boss bagi arahan dekat Ayu mudah aje, - mula-mula dia suruh Ayu baca soma 13 buah buku tu, Ayu apa lagi, ibarat marka mengantuk di sorongkan bantal la, bos bagi dua minggu, lima hari dia dah habih baca soma, lepaih habih baca tu, bos suruh pilih lapan buah aje untuk dibuat skrip, Ayu bersama-sama dengan aku,Ratih,Omaq,Lan dan Bibah pilih 4 buku pts (buku ‘ros’ tu ada), 1 Karang ( dia ni aku tak kenai siapa), 1 creative (buku sabariah, kalau tak salah aku) dan 1 gi buku Mamat ‘P’ tu. Lepaih buat election, bos suruh cabut ‘3 memorable scene’ dari setiap buku dan kemudian pas pada kami semua, 36 orang animator ni, tujuan bos buat macam tu, hang pun tau la, sebab bos tak nak kesan ‘harlow’ tu mempengaruhi pembaca, dalam kes ni animator yang bakal buat prop,setting dan apa soma tulah sekali. 3 Memorable scene untuk each book tu, Ayu yang buat pemilihan, tapi scene hang yang aku paling ingat, scene yang dia marah masa kat taman bunga, scene depa bergaduh masa kat rumah kampung tu dan yang last sekali scene masa dekat menara tu, masa dia buat pameran lukisan tu. Scene mamat ‘p’ pulak Ayu pilih scene yang kat stable kuda, scene kat Bukit Bintang dan Scene kat club golf. Buku-buku yang lain aku tak berapa nak ingat scene dia. Lepaih bagi kat kami soma, dalam 36 tu, 3 pilih sabariah, 5 pilih buku mamat ‘p’ tu , buku karang, 7 orang, the rest pilih buku ‘Pts tu’. Jadi hang tau-tau lakan berapa ramai yang pilih ‘buku tu’ kan?. Masa mesyuarat final selection lagi best. Masa scene kat menara tu, hang bayangkan Ayu punya brilliant, Dia kata nak masukkan sfx lagu ‘winter sonata-hazami’ masa scene buat pameran kat menara. Bos dengaq senyum wey!, terus tak nak tengok lagi dah yang lain-lain tu. Bos dah happy, kita orang lagi happy la, Bibah ‘dengan pantasnya’ menaip semula karya pts tu ke dalam format Final Draft, siap letak effect lagi tu, hahaha, kami memang minggu tu enjoy la buat kerja, memang full commitment la, Kak Eisha pulak, dengan begitu bersemangatnya membuat black and white, kami coma nak tinggai dengaq tiga patah perkataan bos yang sakti tu, ‘ready ,set ,go!’ maka dengan pantasnya la kami akan berada terpacak di depan pts.
Tapi yelah, tohan punya koasa, bos pulak tiba-tiba sakit, dua minggu tak mai ofis, aku dah gharu kepala, alih-alih pulak, bila dia dah sehat dan nak masuk kerja hari pertama, mamat ‘p’ ni pulak pi call Sharliza ( F.O kami ) suruh Liza sambungkan dia dengan bos. Aku tak dak kat ofis masa tu, meeting ngan client, mana la aku tau apa-apa. Liza yang dok sms kat aku, bagitau aku yang depa ni sembang bukan main lama. Tup,tup bos kata nak review balik buku tu, lepaih tu Liza kata bos tak keluaq-keluaq ofis dah dalam tiga empat jam. Aku dah ketaq dah, aku pun apa lagi sms la si Ayu, merangkap inspektor Aliza pi menyiasat keadaan. Aduh, ghopa-ghopanya si mamat ‘P’ dah potong line hang pulak dah, dia suh boss tengok komen-komen kat sini la, aduh!, kena pulak hari yang dia tengok komen tu, Limah apa tah, ada bagi komen. Bos kami ni hang tau la, waraq sat sat, sat dia mai dia punya waraq.., kami soma telungkup kena penyepak!.
Lepaih tu yang jadi executive decision tu!,seminggu lepas tu, hang tau bos cakap apa?. ‘Ayu! Hang stop soma job berkenaan ‘ehem’ ni, tok sah proceed’. Pull stop!, tak dak nak bincang-bincang, nak mensyuarat apa dah. Bibah apa lagi, dari winter sonata zuppppp terguih pi hujan lebat!, dok berendam ayaq mata, Ayu pulak jangan cakap la, dia tu sebenarqnya, teringin sesangat nak jumpa hang tu!, bila bos kata no way, dia pi carik Kak Eisha. Minta surat black and white hang tu. "Aku nak buat kesat ayaq mata"-kata Ayu. Projek ni besaq wei, tapi bos punya pikir, aku tak tau la, kalau tak nak buat, tok sah la buat dari awal-awal pun, kat situ pun kita dah rugi kos masa dah, kita buat la projek lain, hang tau projek winter sonata tu dah sampai tahap mana?,senarai pelakon dah confirm woi!, surat panggil mai audition pun dah siap dah!, mujur tak pos lagi!. Kalau dak, sah-sah Wardina, Fahrin, sama Zul mai terhangak-hangak kat opis kami.
Itu satu hal, bila bos tak nak buat, esok lusa tu, mamat ‘p’ pulak dok terpacak depan opis kami, konon-kononnya nak mempromosikan kembali material dia yang di reject tu. Amboi-amboi, Ayu apa lagi!, member pun dengan lemah gemalai tetapi kejam, mengeluarkan satu demi satu kelemahan yang ada pada semua novel-novel tu!, prop mahai la, dialog kughang 30 percent la, cerita tak menunjukkan premis yang membina la, skrip writer tak berminat la, macam-macam la, sampaikan muka mamat ‘p’ bertukar jadi ‘m’ – mergah kena penampaq jepun!, hahahaha…aku kat dalam kepala aku masa tu boleh terbayangkan si Ayu tengah ‘tomoikan’ mamat ‘p’ ni macam dalam ceta ombak tu!, hahahahaha..pueh hati aku!.
Untuk pengetahuan hang panah, aku berkemungkinan besaq, akan berhenti dari kompeni ni, kompeni ni baguih, dari segi kemudahan semuanya lengkap, gaji pun, insyaallah, aku boleh bertolaq ansur la jugak, memandangkan kami ada bonus untuk projek yang berjaya. Cuma dari segi ‘tulah’ aku sebenaqnya tak berapa setuju. Oghang beniaga ni kena smart wei, bukan semaq!, aku punya niat ni kalau diikut-ikutkan dah lama, kes hang ni hanyalah pencetus saja, aku banyak la belajaq dari bos aku ni, macam yang hang cakap la, memilih pendirian sebenaqnya antara satu kemahiran yang sangat penting bila bekerja, nak-nak pulak bila kita dah buat business, kalau tak jadilah macam kami soma ni, hang bayangkan, projek Disney dah depan mata tinggal nak sain saja lagi, pun kami boleh terlepas, ini kan pulak ceta hang ni. Aku tau, hang cool aje pasai perkara ni, tapi aku rasa bersalah, aku even contact adik hang pasai kes ni, Aku tak tau pulak Mona kenai sama boss, dahhhh, satu hari suntuk kami kena lecture dengan bos, pasai ‘amanah’.
Ceta hang boleh la di katakan berjaya dalam keseluruhan syarat untuk di tukaq menjadi skrip, coma watak minah yang kena ‘ngap’ tu mungkin kurang logik, kalau dia di katakan dengan mudahnya terpengaruh dengan si Rizal womanizer, dari segi masa aku rasa, perkenalan depa tu singkat sangat, dan minah tu pun tak akrab sangat dengan si womanizer tu. Lain la kalau mamat womanizer tu pakai ‘minyak dagu’ ke minyak seher ka, benda-benda tu memang ada terjadi. Seingat aku Nabi pun pernah kena seher, tapi Nabi terselamat sebab baca ayat Al Quran, surah apa tah aku pun tak tau, tapi yang aku ingat Nabi kena waktu subuh.
Aku selagi tak cakap ni, aku akan rasa bersalah pada hang, jadi aku mewakili budak-budak studio minta maaf la pada hang, kami memang salah la. Kalau hang balik ke ghumah tok di Kodiang nu, call la kami, nanti kita pi makan kat kuala na?, on me.
Ok, hang sabaq ja…aku yakin rezeki orang berbakat macam hang ni akan tiba juga, hang bukan saja berbakat tapi aku tengok karya hang tu ada ciri-ciri briliant, Wey ! Lady Magdalena ni tu sapa ha?, wahh..hang ni dalam diam-diam ja.
Ok ..,cool brader.
Aku sebenarnya malas la nak tulis kat sini, kang panaharjuna riak pulak, tapi kalau dah Ezy studio kasi review yang cam tu, kira dia memang best la kan, 1 out of 13, Tak tau la 13 ghost ka, atau the 13 warior, tapi kira best la. Kira best tahap tapir la. Sudah la Ezy!, kita orang soma tau la, novel apa yang kau cakap tu, novel 40 Lhkan? (ha mula la nak riak tu!) di tambah pula dengan muka yang handsome, dan sifat pendiam ala-ala kucing waraq tak tergoda dengan ayam KFC. Ceh!, bla la woi!, aku rasa panaharjuna ni pun womanizer tahap James Bond jugak, mana la tau mamat ni rupa-rupanya risik khas bahagian womanizer kat Bukit Aman ker. Korang mana tau?, Korang tengok dia ni cam cool and steady la konon.tak balas apa-apa orang kutuk dia kat site. Piiiiiiraaaah!!!, hehehehe aku baru aje nak kutuk bab yang dia cakap pasal Syakila kena ngap dengan Rizal tu. Wei aku baca la buku tu. Aku kutuk-kutuk mamat ni aku beli la buku dia tau, murah tahap hampeh. RM 13 jer,( mahal lagi kasut aku, wargh,wargh,wargh!) yang tang kena ngap tu aku memang bersetuju sesangat la dengan Ez. Timeline Syakila tu boleh di persoalkan, nak-nak pulak dia tu bukannya MESRA sesangat dengan Rizal tu, lainlah kalau Si Panah ni basekan pengalaman Rizal ni dengan pengalaman yang dia belajar dari sapa tadi?, James Bond Bukit Aman?,wargh,wargh,wargh,wargh! Di tambah-tambah pula panaharjuna ada tulis pasal Act1, Act2 dan Act3 kat Blog dia. Aci kerat jari, mati hidup balik aku tak percaya kalau orang yang tahu pasal Act1, Act2 dan Act3 tak tau pasal Timeline. Lagi aku tak percaya pasal sebelum ni si panah ni ada letak pos pasal Kad dan Jalan Cerita tu. Cik Ez, tolong baca suma nota panah berkenaan script writing tu betul-betul. Ini cara orang kedekut nak bagi ilmu mahal letak pos. Kalau kau nak tau timeline yang aku cakap tu adalah Jalan Cerita yang si Panah jenama buaya Arjuna tu katakan. Dia saja tak nak cakap macam ni, Storyline = Timeline = kau memang bengap kalau tak tau!. Tak ke cam tapir perangai cam tu?.
Sudah la wei!, korang jangan la nak kenen Panah ni lebih-lebih. Panah ni pemalas kau tau tak, kau tengok lukisan dia kat dalam 40lh tu, ceta cam best, tapi lukisan, allah…,lukisan caveman kat dalam piramid giza pun aku rasa lagi cantik la, cam lepas batuk di tangga tau!. Wei!, aku member pelukis ramai la, dari house comicus sampai la yang lukis tepi jalan, dia orang semua orang cakap lukisan dia kat dalam 40lh tu, lukisan orang malas tau!.inking cam hampeh!.
Cukup la, aku komen sikit-sikit dulu pasal Mat Boya ni, kang tak pasal-pasal pulak Panah suruh Bukit Aman trace IP adress aku.
Callllow!!!!.
Saya merasa terpanggil untuk berbicara di sana sini kerana saya merasakan nama saudara Cenderawasih Ulung ( ini gelaran saya untuk saudara panaharjuna) sudah di cemar dengan cara yang tidak sewajarnya. Malah ikut terlibat nama dan ofensi saya di pergunakan di sini. Sebelum berbicara mengenai saudara panaharjuna, saya rasa wajar kalau saya menceritakan sedikit sebanyak pengalaman saya dengan beliau.Perjalanan dari hidup dikampung, membawa ke kampus malah akhirnya disini. Saya mengenali saudara panaharjuna, kurang lebih lima belas tahun yang lalu. Ayah beliau Allahyarham Ustaz Abd Mutalib, adalah seorang guru agama di URESS.( Undang Rembau Secendory School). Arwah Ustaz Mutalib ( ayah Panaharjuna) adalah seorang guru agama yang murshid. Kerana itu walaupun dia adalah pekerja iktisas, beliau seorang yang cenderung menentang ‘sistem’, dengan cara yang bijak. Acap kali orang-orang yang ditegurnya, akan terdiam yang bodoh. Saya tahu kerana ayah saya adalah orang di dalam ‘sistem’. Nama ayah panaharjuna ini terkenal di serata negeri sembilan, beliau belajar sepondok dengan Ustaz Harun Din dan mudir beliau adalah Allahyarham Ustaz Fadzil Nor. Maklumat ini saya perolehi bukan dari saudara panaharjuna dan bukan juga dari Allahyarham Ustaz Abdul Mutalib sendiri, melainkan dari orang-orang kanan ayah saya. Saya melihat saudara panaharjuna memiliki beberapa sifat yang di punyai oleh ayahnya itu. Tetapi di dalam banyak perkara, sifat memberi keputusan dan sifat ber ‘bicara’ melalui tulisannya adalah warisan yang saya lihat terwaris di dalam darahnya. Darah seorang pemberontak.
Kerana itu saya tidak hairan sangat jika saudara panaharjuna memenangi sayembara penulisan cerpen Anugerah Sastera Siswa Bank Rakyat itu ( seperti yang di ceritakan di website beliau). Beliau memang mempunyai bakat. Sayangnya, pada usia mudanya beliau keliru antara kebolehan dan cita-cita, saya mengagak masalah yang di hadapi oleh saudara panaharjuna sangat serupa seperti masalah yang di hadapai oleh Romantis Selatan, Didalam kes panaharjuna, beliau adalah seorang penulis yang terperangkap di dalam pemikiran seorang jurutera. Dan saudara panaharjuna membayar harga yang mahal di atas ‘kekeliruannya’ itu. G4. Saya adalah salah seorang jiran kolej yang membantu saudara panaharjuna mengemas biliknya sebaik sahaja sessi hukuman G4 itu di putuskan.
Panaharjuna mengambil masa yang agak lama juga untuk menyakinkan dirinya kembali, jarak masa di antara masa gagal dan mengambil ‘pendirian’ baru itu, saya rasa ada didalam julat sekitar sembilan ke sepuluh tahun. Ditambah pula dengan penyakitnya, saya rasa, kalau dia memilih untuk ‘hidup’ semula diatas pendirian baru, ia memang benar-benar memerlukan satu kekuatan pendirian yang luar biasa. Kekuatan itulah yang saya gunakan keatas gelarannya, Cendrawasih Ulung. Namun panaharjuna tidak suka di panggil dengan nama itu. Ada sifat tohan!- kata beliau.
Saya sebenarnya banyak membuat keputusan penting dengan nasihat beliau, malah keputusan membuka pejabat kedua di Utara tanah air juga sebenarnya adalah atas nasihat beliau, memandangkan pada ketika itu saya mempunyai krisis kecil dengan keluarga mertua saya. Alhamdulillah, nasihat beliau itu telah banyak menyelamatkan rumah tangga saya.
Malah berkenaan hal penolakkan skrip beliau itu, mungkin ramai yang terkejut jika saya mengatakan bahawa beliau sendiri sebenarnya yang meminta agar skripnya jangan di terbitkan. Segalanya terjadi selepas tiga hari saya terjatuh pengsan di bilik air. Doktor mengesahkan bahawa saya mengidap penyakit ‘3 beradik’, usai seminggu di tempat tidur, saya resah hendak bertemu saudara panaharjuna berkenaan hal hitam putih skripnya itu, lalu saya menyuruh isteri saya menetapkan pertemuan kami di Kuala Lumpur. Selepas berjanji setuju, saudara panaharjuna memilih untuk bertemu di rumah abangnya di Selayang. Panaharjuna agak terkejut juga ketika bertemu saya, beliau mendesak untuk tahu, dan isteri saya menceritakan segalanya.
“Sudah!,” kata Panaharjuna sambil mengoyakkan hitam putih yang saya sediakan, “sakit kau ini dulukan!, kau ada anak, ada isteri, beringat sedikit!” marah Panaharjuna. Saya cuba berkeras dengan panaharjuna berkenaan hal skrip itu, memberikan alasan bahawa kami sudah bekerja separuh jalan, namun saudara panaharjuna yang marah-marah pada ketika itu, tidak mahu lagi bercakap mengenai soal itu lagi.
“Aku pun sakit Man, kau akan perlu pada kewangan yang besar nanti, tengoklah!” panaharjuna memujuk saya sebelum kami berpisah pada hari itu. Saya pulang semula ke rumah dengan membawa satu salinan pendua yang masih belum bertanda tangan dan perasaan yang sebenarnya agak kecewa dengan jawapan panaharjuna itu. Setelah berfikir panjang, saya akhirnya membuat satu rancangan untuk menggunakan salah seorang lawan penulis panaharjuna yang di kenali dengan nama mamat ‘P’ itu untuk memancing kembali keputusan nekad panaharjuna. Sengaja saya menyuruh mamat ‘P’ itu menghubungi saya di pejabat pada seawal-awal pagi di sekian-sekian hari buat menimbulkan syak wasangka di kalangan bawahan saya yang baik dengan saudara Panaharjuna itu, malah ketika mamat ‘P’ menghubungi saya, dia turut ‘membantu’ dengan mengkhabarkan berita mengenai karya Panaharjuna yang di kritik di sini. Saya menggunakan keadaan itu dan hubungan bawahan saya untuk membentuk pitching keatas keputusan akhir saudara Panaharjuna itu. Sayangnya Panaharjuna tidak termakan umpan itu, walaupun saya memberinya seminggu lagi untuk mengubah fikiran.
Berita itu turut sampai ke telinga Mona. Salah seorang bussineswoman yang baik dengan saya, yang juga merupakan adik kepada Panaharjuna. Namun Mona adalah seorang businesswoman yang tidak mudah melatah, beliau malah menyuruh saya bertenang kerana hal itu telah pun di khabarkan oleh Panaharjuna kepadanya.
Saya mengharapkan agar setelah perkara ini selesai, janganlah ada sesiapa lagi dari pihak Ez studio yang menambah rumit masalah saudara Panaharjuna. Saya menghormati Panaharjuna kerana sepanjang masa saya mengenali beliau, saya mendapati dia adalah seorang lelaki yang berpendirian teguh.
A man who talks the talk and walks the walk.
Kuli Dewan says,
Aku rasa soal ni biasa aje sebagai penulis, kalau tak sanggup dilanda helikopter, jangan berumah di tepi lapangan TUDM!. Aku rasa budak Ida Munira ni keputusan akhir dia Cuma ada dua aje, samaada dia drop dead, atau dia drop dead beautiful. Hahahahaha.. Tang mamat 40lh tu pulak, wei apasal dia terlibat ni?, aku malas la nak cakap pasal orang yang aku tak kenal, kita fokus kat awek aje dah la, amenda la korang. Tapikan, nama mamat 40lh ni cam familiar tau….
Ez Studio sama bos dia dua-dua memang sial! .Panah tu pun dua kali lima!. Fuck off and die la korang!.
Saudara mamat P, tolong berbicara yang sewajarnya ya, bicara saudara selaku seorang penulis tidak memperlihat adanya timbangan pribadi yang membena dan mulia. Saya kesal kerana tuntas memilih karya saudara untuk menentang karya panaharjuna !.
Ada Apa Dengan Cinta?
"La yu'minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu li nafsihi"
"Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya."
Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ini adalah antara hadis-hadis pendek tetapi banyak memberikan kesan kepada kehidupan manusia seluruhnya sekiranya ia dihayati sepenuhnya.
Cinta itu adalah kasih-sayang. Cinta itu merupakan elemen motivasi yang paling kuat dalam hidup manusia. Orang yang hidup tanpa wujudnya perasaan cinta di dalam dirinya kehidupannya adalah kosong dan sia-sia.
Kalau kita ini pembaca komik-komik kungfu Cina, kita akan dapati seorang hero itu akan melakukan apa sahaja demi menyelamatkan kekasihnya dan orang-orang yang dicintainya. Dengan semangat cinta itu juga dia berjaya mencapai kedudukan tertinggi dalam ilmu persilatan yang dipelajarinya.
Kerana cinta jugalah, kita mendengar kata-kata, "Lautan api sanggup ku renangi demi untuk membuktikan cintaku padamu." atau kata-kata, "Ambillah kapak dan belahlah dadaku ini." Orang yang tidak bercinta tidak akan sanggup mengeluarkan kata-kata yang membunuh diri seperti ini.
Seseorang itu adalah menipu sekiranya mengatakan dirinya tidak memerlukan cinta. Kerana cinta itu satu perasaan luhur anugerah Allah kepada semua hamba-hambanya. Orang yang bercinta merasakan hidupnya berwarna-warni dan sentiasa merasakan keseronokan kerana dilamun perasaan cinta.
Maka alangkah ruginya sekiranya dalam diri kita ini tiada langsung apa yang dinamakan perasaan cinta dan kasih sayang.
Cintanya Nabi saw kepada umatnya tidak pernah padam. Hatta sehingga saat sakaratulmaut pun, Nabi saw masih mengingati umatnya. Nabi begitu kasihkan kita sebagai umatnya sehingga umat akhir zaman ini dimohon diberikan pelbagai nikmat dan rahmat.
Umat terdahulu seperti kaum 'Aad telah dimusnahkan akibat keengganan mereka tunduk kepada ajaran Nabi Hud a.s, kaum Sadum pula telah diterbalikkan bumi mereka kerana mereka engkar kepada ajaran Nabi Lut a.s, kaum Nabi Nuh pula telah ditenggelamkan semua mereka yang menolak ajaran baginda.
Namun, disebabkan doa Rasulullah, umat akhir zaman ini diberi peluang untuk bertaubat sehingga ke hari Akhirat, malah di dalam bulan Ramadhan, dikurniakan pula satu malam yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Umat akhir zaman ini masih belum dimusnahkan walaupun sudah seribu satu maksiat berleluasa di muka bumi ini.
Cinta para sahabat kepada Rasulullah tiada taranya. Kisah perang Uhud membuktikan tujuh sahabat Nabi termasuh seorang wanita, sanggup mengorbankan nyawanya dengan membentuk perisai bagi melindungi nyawa baginda.
Cinta Saidina Abu Bakar kepada baginda pula, sanggup membiarkan ular mematuk tangannya ketika sama-sama bersembunyi di gua Thur. Cinta Saidina Umar terhadap baginda, hinggakan beliau tidak dapat menerima hakikat pada peringkat awalnya ketika wafatnya Nabi saw, cintanya Saidina Uthman kepada Nabi sehingga beliau sanggup membelanjakan keseluruhan kekayaannya demi perjuangan Islam. Cintanya Saidina Ali, beliau sanggup menggantikan tempat tidur Nabi saw dalam peristiwa hijrah walaupun itu adalah pilihan untuk mati.
Muazzin Rasulullah, Bilal b Rabah terus jatuh sakit dan akhirnya menyusuli kewafatan Nabi saw apabila beliau diberitahu yang Nabi saw telah tiada lagi di muka bumi. Ini semua adalah sebahagian kisah cinta generasi sahabat kepada Nabi saw.
Cinta generasi sahabat sesama mereka pula, juga dinukilkan dalam peristiwa Hijrah. Tanyalah diri kita pada hari ini, siapakah di antara kita yang sanggup menceraikan salah satu dari isteri-isterinya untuk diberikan kepada sahabat yang dicintainya? Tanyalah kepada diri kita, siapakah yang sanggup membahagikan hartanya kepada 2 demi untuk sahabat yang dicintainya?
Sedangkan cinta golongan Muhajirin dan Ansar itu, golongan Ansar sanggup menceraikan satu isteri-isteri mereka untuk menjadi pasangan saudaranya dari golongan Muhajirin. Golongan Ansar sanggup membahagi 2 harta kekayaan mereka demi cinta mereka kepada golongan Muhajirin.
Adakah cinta kita sudah menyamai cinta mereka? Berapa ramai di antara kita yang medermakan barang-barang yang paling disukai untuk diberikan kepada pelarian-pelarian perang yang seagama dengan kita? Adakah baju dan pakaian yang kita dermakan itu pakaian yang buruk dan lusuh ataupun masih cantik dan masih disukai oleh kita sendiri?
Berapa ramaikah yang sanggup memberikan derma sehingga kita sendiri tidak dapat makan untuk sehari? Sedangkan itulah yang dilakukan oleh Nabi dan para sahabat, mendermakan semua rezeki yang mereka dapat pada hari itu kepada golongan yang lebih memerlukan.
Cinta itu suci. Tetapi ia menjadi kotor bila kita sempitkan cinta itu hanya untuk cinta lelaki dan perempuan. Cinta lelaki dan perempuan itu suci sekiranya ianya telah disambung dengan ikatan pernikahan.
Sedangkan cinta itu luas. Cinta kita kepada Allah Yang Maha Pencipta, cinta kepada Rasul, cinta kita kepada ibu bapa dan cinta kita kepada saudara-saudara Islam yang lainnya.
Umat Islam hari ini telah kehilangan cinta dan kuasa cinta. Umat Islam hari ini hanya mengenal cinta yang dicorakkan oleh musuh-musuh Islam iaitu cinta asyik masyuk, iaitu cinta Valentine itulah. Cinta yang dibaluti oleh nafsu yang melesukan.
Umat Islam yang cintakan saudaranya tidak akan membenarkan negerinya menempatkan pengkalan-pengkalan tentera untuk menyerang saudaranya.
Umat Islam yang cintakan saudaranya tidak akan menggunakan undang-undang yang zalim untuk menindas saudaranya itu.
Umat Islam yang cintakan saudaranya akan bangkit menyahut seruan jihad bila saatnya telah tiba.
Tidak menyahut seruan jihad bererti kita tidak cinta kepada Islam. Menghalang seruan jihad menunjukkan kita sudah hilang perasaan cinta itu dalam diri kita. Takut-takut untuk menyokong gerakan jihad menunjukkan kita masih lemah imannya.
Ini semua menunjukkan cinta kita adalah cinta kepada dunia dan takut kepada maut. Tidak pernah memohon untuk mati syahid, bererti kita lebih mencintai neraka dari syurga.
Love is a verb. Maka buktikanlah cinta kita melalui perbuatan. Islam tidak akan tertegak sekiranya perbuatan kita masih tidak berlandaskan syariat.
Islam akan terus tertindas sekiranya kita masih belum memboikot barangan pemodal kapitalis-kapitalis Yahudi.
Islam akan terus dizalimi, sekiranya kita masih belum mahu bergerak dalam gerakan Islam, menyokong dan mengundi parti-parti Islam.
Islam akan terus diperintah, sekiranya ayat-ayat Quran itu hanya tercetak cantik di mushaf-mushaf dan tersusun di rak-rak.
Islam akan makin dipersenda, sekiranya kita masih menyakini kata-kata intelektual kuffar berbanding nasihat para ulama' pewaris nabi.
Islam akan terus berpecah, sekiranya kita masih diselebungi semangat kebangsaan tidak bertempat yang akhirnya menutup usaha membina khilafah yang satu.
Maka didiklah diri kita ini untuk mencintai Islam sepenuh hati kerana hati yang cinta kepada Islam sahaja yang akan terus hidup dan bersemangat untuk memastikan ketuanan Islam akan ditegakkan kembali.
Wallahu'alam.
Wah, tak sangka Ros Oktober mencetus kontroversi. Tak dinafikan penulis punyai tanggungjawab sosial. Tetapi penulis juga punyai tanggungjawab kepada penerbit iaitu menulis buku2 yg berpotensi utk laris di pasaran supaya penulis dan penerbit boleh meneruskan penulisan dan penerbitan.
Saya masih berpegang kepada prinsip saya iaitu, selagi penulis tidak menulis sesuatu yg keterlaluan dan secara terang2 diluar batas2 agama islam, ia adalah ok.
Dan penulisan buku2 teens dan adults sangat berbeza. Kerana itu, buku teens yg saya tulis, tidak mempunyai unsur2 cinta yg keterlaluan. Manakala buku2 adult yg saya tulis, tidak sesuai dibaca oleh remaja bawah usia. Bukan kerana ia mempunyai unsur2 keterlaluan, tetapi ia mungkin disalah ertikan oleh remaja2 melayu yg masih belum mature.
Ya, yg dosa tetap dosa tetapi ada juga pentingnya sebagai penulis, kita gambarkan aksi-aksi yg dosa itu (asalkan tak keterlaluan), kemudian dijelaskan dengan daya kreatif penulis, bahawa ia dosa dan haram dilakukan.
salam
Sdr Meor Shariman, nampaknya anda menggunakan istilah "tidak keterlaluan" tanpa menerangkan kayu ukur yang spesifik. Apa maksud "tidak keterlaluan" itu?
Ukuran anda itu adalah berdasarkan akal logik dan citarasa anda seorang. Kalau anda sendiri suka duduk rapat-rapat, renung biji mata dan curi-curi memandang bibir girlfriend anda, berbual-bual di tangga kolej dengannya, maka tentulah anda akan anggap perbuatan2 begitu tidak keterlaluan.
Kalau anda sendiri menulis babak-babak macam itu dalam buku anda, atau skrip filem anda, tentulah anda akan kata itu tidak keterlaluan. Sikap anda tentu membela dan mempertahankan perbuatan2 anda sendiri. Tetapi bagi sesiapa yang menjaga kesuciannya, ia adalah keterlaluan.
Sebagai penulis Islam, anda tidak dibenarkan membuat hukum ikut logik akal saudara meskipun hanya untuk kegunaan dalam buku-buku tulisan sdr sendiri. Anda tidak boleh mengatakan naik kereta duduk bergesel badan dengan girlfriend anda, sebab kulit anda tidak bersentuhan dengan kulit girlfriend anda itu, jadi ia adalah tidak keterlaluan dan ia boleh dilukiskan dalam buku untuk bacaan remaja sebab atas rasional anda sendiri pun okay melakukan perbuatan2 seperti itu. Pemikiran anda itu SESAT LAGI MENYESATKAN!!!!
Cuba baca apa yang ditulis dalam surat Ustaz Arief Salleh Rosman, di mana beliau menerangkan segala sesuatu mesti dirujuk kepada Al-Quran dan Sunnah, bukan pakai akal sendiri. Pada pendapat saya yang kerdil lagi bodoh ini penulis2 yang pakai akal sendiri macam anda tidak layak menjadi penulis kepada penerbit seperti PTS. Anda patut hantar karya ke penerbit lain, seperti Alaf21 yang membenarkan babak-babak seperti itu dipaparkan dalam novel2 cinta terbitan mereka.
Untuk Ratih dan panah,
aku mintak maaf. Aku akui kata-kata aku melampau. Aku emosi. Bos Ez buat aku macam ini, aku sakit hati, terang-terang nak burukkan aku. Buat apa dia cerita benda macam ini dekat sini, orang-orang dekat sini bukan kenal aku, nak tunjukkan aku ni apa?, bodoh?, jahat?, tak ada hati perut?, kalau kau orang kat tempat aku pun mesti kau sakit hati. Sekarang tak pasal pasal kengkawan kat tempat lain pun dah payah nak kasi job sama aku. Apa ni?.
Aku rasa tindakkan aku tak salah, aku proposed job aku bila panah dah confirm tak nak buat?, salah ke tindakkan aku?.
Tentang aku maki Panah tu, ok, aku mengaku, itu memang salah la, aku minta maaf.Siapa pulak yang tak marah kalau kena macam aku?, cuba kau orang jawab. Kemudian kau orang kirai lagi buruk aku.
Korang nak puja siapa nak suka siapa lantak kau orang la, aku tak kisah, jangan babitkan aku. Buat aku macam orang bangang, buat aku macam orang jahat. Aku cari rezeki cara halal!. Aku tak nak kata apa-apa lagi dah, ini adalah surat aku yang terakhir. Buat Tuan Punya Blog ni, aku minta maaf kerana kacau diskusi dia, tetapi selagi aku tak luahkan apa yang berkecamuk dalam hati aku, aku akan terasa berdosa. Panah, aku minta maaf ya, kau memang tak kenal aku, tapi aku kenal kau, kau mungkin tak perasan aku masa kursus penulisan skrip di finas tu. Aku ada sekali, aku tau kau seorang yang berhati-hati bila memilih kawan, tapi nasihat aku, hati-hati juga bila memilih musuh.
Keep your friend close, keep your enemy closer.
Saya sokong pandangan Ustaz Pondok supaya para penulis Islam jangan ikut akal logik sendiri apabila menulis babak yang melibatkan pergaulan lelaki-perempuan bukan mahram.
Saya cadangkan PTS minta fatwa Mufti Perak Dato Harussani, sebab beliau seorang ulamak yang berani mengatakan apa yang benar.
Post a Comment
<< Home