Wang Besar! Wang Besar!
Gosip yang kita dengar mengatakan tahun ini Kementerian Pelajaran, melalui Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) akan membuat pembelian buku yang berjumlah RM17 juta.
RM10 juta adalah bagi membeli buku-buku impot untuk bacaan tambahan mata pelajaran bahasa Inggeris, matematik dan sains. Manakala RM7 juta adalah bagi membeli pelbagai buku terbitan tempatan.
Sewaktu mata pelajaran sains dan matematik diajarkan dalam Bahasa Melayu, jumlah wang yang mengalir keluar negara adalah amat kecil dibandingkan dengan sekarang kerana sebelumnya buku-buku yang dibeli adalah terbitan tempatan dalam Bahasa Melayu.
Sekarang, putihlah mata penerbit-penerbit tempatan memandang sahaja RM10 juta bulat-bulat diserahkan kepada kontraktor-pengimpot buku-buku dari UK dan USA.
29 Komen :
Tumpang kongsi gosip, Puan Ainon. Saya dengar cerita drpd seorg kontraktor bumi, katanya ada orang sdh beritahu BPR ada benda tak betul berlaku dlm pemilihan judul, sebab senarai buku2 Melayu yg diluluskan utk dibeli oleh BTP tu "menjolok mata" sangat. Kata agen yg saya pasang dlm kementerian pulak, ada org dlm BTP yg nak pencen tak lama lagi, kononnya dia cari duit modal nak buka bisnes sendiri, tapi cerita ini tak dpt nak disahkan.
Janganlah heran bila benda2 tak betol berlaku dlm tender kerajaan. tengok sajalah buku-buku dlm pusat sumber sekolah2 tu, ejaan salah, nahu salah fakta salah, cerita bodoh, lukisan hodoh, pendek kata macam2 ada. cuba baca siapa penerbitnya, tak pernah kita dengar nama penerbit2 tu, tapi buku2 tu dapat masuk sekolah. Malaysia Boleh!
A'kum Pn Ainon. Saya pun nak kongsi gosip jugak-lah. Tentu puan sendiri pun pernah tengok listing buku2 yang dipilih oleh BTP. Ada nama penerbit2 tu lain2, tapi nombor alamat penerbit2 tu tempat yang sama.... apa maknanya tu?
Saya ada dengar sosek2 di kalangan penerbit Melayu, ada 1 kontraktor bukan Melayu tu berani cakap mana-mana penerbit yang nak bukunya dipilih, kenalah 'buat baik' dengan kontraktor itu, sebab dia saja boleh jamin buku mana akan dipilih oleh orang dalam. Sebetulnya banyak lagi sosek2 berkenaan tender buku kerajaan sejak dulu2 lagi.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) pun banyak jugak sosek2nya sebab di situ pun ada wang besar KOMSAS. Jangan sangka BBT dan BTP saja yang ada fenomena MOU antara orang dalam dan orang luar. Di mana ada bangkai di situlah banyak langau menghurung!
Asalamualaikum Puan Ainon. Didoakan puan selalu sihat dan meneruskan perjuangan murni puan.
Saya hendak bertanya, berkenaan satu iklan dalam Berita Harian yang menyebabkan saya berasa sungguh hairan dan ajaib memikirkannya.
Iklan itu berkenaan pertandingan menulis cerita untuk Bahagian Teknologi Pendidikan, tetapi ianya bukan anjuran BTP. Inilah yang saya hairan.
Tapi dalam iklan itu diterangkan cerita yang dihantar mesti memenuhi syarat2 BTP, seperti nilai2 murni dan lain-lain.
Apabila saya baca alamat pihak penganjur, saya tambah hairan lagi, sebab ada alamat tapi tiada nama penganjur di mana cerita2 mesti dihantar ke nombor alamat sahaja, tidak ada nama persatuan, badan ataupun syarikat.
Puan, kenapa penganjur pertandingan itu tidak mahu mendedahkan dirinya? Selalunya orang mengeluarkan duit yang banyak bagi menganjurkan pertandingan sebab hendak naikkan nama syarikat ataupun badan itu, tapi yang ini dia menyorokkan namanya. Adakah ini skim penipu yang hendak menipu penulis2?
Tidakkah salah bagi penganjur itu menggunakan nama BTP dalam iklan itu?
Diharap puan dapat menyiasat perkara ini sebelum banyak penulis tertipu. Terima kasih.
Saya juga terbaca iklan itu. Nampaknya, iklan itu ada ciri-ciri iklan hendak menipu penulis. Jika tidak ada nama penganjur, kalau ada apa-apa, memang tak boleh nak disaman. Nak saman siapa?
Akom semua, amboi makin panas nampaknya citer BTP nie. Dulu saya kerja dengan 1 penerbit MMK. MMK tu cetak buku2 citer lama, dia tukar judul, tukar kulit, tukar ilustrasi, tukar ISBN, dia dapat supply tender buku yang sama 2x beb! Apa penulis dapat? Habuk saja dia dapat. Mcm citer orang rompak bank, mesti ada orang dlm tolong kasi jalan. Wassalaaammm!
Membaca catatan catatan diatas mendorong saya untuk buat satu kesimpulan: Sistem dalam negara kita dari demam selsema bertukar menjadi sakit kronik. Ingatlah, siapa yang menjadi biang keladi semua ini? Sesuatu mesti dilakukan. Para penerbit yang telus dan tulus mesti proaktif mendesak siasatan dilakukan.
Tiap tahun BTP keluarkan senarai buku2 yang sudah dinilai isinya dan dihantar kesemua sekolah rendah dan menengah diseluruh negara supaya dibeli oleh pihak sekolah. Tapi tengoklah apa jenis buku yang ada dalam pusat2 sumber sekolah. Cuba periksa berapa buku2 yang termasuk dalam senarai BTP dibeli oleh sekolah? Bila jurujual penerbit jinjang-joe datang, buku2 itulah yang dibeli oleh gurubesar, buku2 yang tak masuk senarai BTP, maknanya buku2 yang tak ada kualiti. Bila buku2 tu diserahkan kpd pusat sumber, Cikgu pusat sumber tengok saja.... Paham-pahamlah! Sekarang semua gurubesar dan pengetua diberi peruntukan beli buku utk sekolah masing2. Penerbit jinjang-joe deal direct dgn gurubesar dan pengetua. Bila sesekali BTP sendiri beli buku utk dibekalkan kesemua sekolah seluruh negara di bawah projek khas, pun macam2 jadi....
Puan Ainon yang budiman, semoga puan akan teruskan perjuangan mendaulatkan buku Bahasa Melayu!
Berkenaan projek BTP nih, saya pun dengar gosip dari bos saya yang marah-marah petang semalam. di mana daripada berpuluh-puluh judul buku yang dipilih, cuma 2 saja judul terbitan DBP. Berapa judul buku PTS yang sangkut, puan? Saya dengar cuma 1 atau 2 juga macam tulah. Utusan pun katanya cuma dapat 2 judul. Nampaknya penerbit Melayu gigit jari sajalah.... Kalau buku DBP, Utusan dan PTS tak terpilih, buku2 penerbit macam mana yang dipilih oleh BTP tu? Magic.... magic...
Saya tak sangka dlm dunia pendidikan pun rasuah sudah membarah.
Puan Ainon, saya kenal seorang pengarah urusan sebuah penerbit Cina yang hanya menerbitkan buku2 bersilabus. Dia memberitahu saya sebelum syarikatnya disenaraikan di papan ke-2, dia membelanjakan lebih RM4 juta setahun untuk melicinkan proses penjualan buku2 terbitannya dan menghasilkan nilai jualan lebih RM70 juta setahun.
Di mana janji kerajaan hendak membantu usahawan Melayu kalau pegawai kerajaan main kong-kali-kong dengan projek2 yang mereka tadbir?
Bab kong-kali-kong ni, pegawai bawah tengok pegawai atas. Orang atas buat orang bawah baru berani buat. Menteri buat bukan-menteri pun ikut buatlah. Pilihanraya akan datang gunakan kuasa hujung jari anda!
Ini lagi satu gosip, Puan Ainon. Khabarnya pegawai di BTP yg jaga ajk pemilihan buku2 tu sdh ganti kebanyakan ahli ajk lama dan dia letak org2 baru yg sesuai dgn agenda tersembunyinya. Gosip ini pun tak dpt nak disahkan, tapi itulah yg jadi topik hangat sekarang.
Sedih betoi dengaq citer orang tak bersih,cekap dan amanah.Adakah mereka ini sudah tidak takut pada hukuman Allah S.W.T.Adakah mereka ingat mereka akan mati pada suatu hari nanti dan disoal dalam kubur yang amat gelap serta amat sempit......
Tumpang lalu. Kpd Cikgu Mizan. sebenarnya duit yg kementerian beri ke sekolah tu tak sebut buat beli buku. terpulang pd guru besar dan pengetua nak gunakan buat apa dgn duit tu. kalau gurubesar suka buku dia beli buku. kalau dia suka pagar dia buat pagar. kalau dia suka kain langsir dia beli kain langsir. kalau dia suka sukan dia beli alat sukan. kalau dia suka pasu bunga dia beli pasu bunga. jangan heran banyak gurubesar dan pengetua yg kesukaaan pertamanya bukan buku. Cubalah tengok, sekolah2 yang pagarnya cantik pusat sumbernya mcm mana.
Kpd spy satu mato, awat hang asyik tak dapat nak sahkan gosip. Kalu takdak angin takkanpokok bergoyang nooo!!!
Puan Ainon, ini saya baru dpt satu lagi gosip! Katanya benda ni sdh sampai ke pengetahuan pejabat menteri. Tak dpt disahkan siapa yg bawa benda ni ke menteri. Ada yg kata pengerusi persatuan kontraktor buku bumiputra. Ada yg kata seorg datin penerbit yg tak puas hati sebab bukunya satu pun tak terpilih. Ada yg kata seorg dato yg popular di tv konon sebab dato tu kawan baik menteri, sama2 org johor. Tak dpt disahkan lagi...
Mampukah orang seperti kita-kita ni mengubah peruntukan atau judul-judul buku yang dipilih? Sekalipun menteri campur tangan, silap-silap kroni menteri pula yang dapat. Pun satu pihak sahaja yang untung dan penerbit masih gigit jari.
Untuk Pn Ainon dan warga PTS, teruskan usaha memartabatkan bahasa melayu. Tidak perlu mengharap projek sebegini, lagipun datangnya sekali-sekala sahaja. Ramai lagi warga Malaysia yang sentiasa menyokong PTS. Lihat saja PBAKL lalu, kan PTS juga dapat Wang Besar...
Cik Sitie oii, PTS mmg tak harap tender, sebab tulah PTS main kedai habis2, betul Puan Ainon? sebab tu buku PTS jaga kualiti. Yg main kong-kali-kong dgn org dlm BTP ni yg bukunya tak ada dlm kedai. buku tak ada kualiti, harga pulak amat tinggi, mcm mana kedai nak jual... org pun tak mahu beli, buat menyemak rak kedai, letak buku2 lain lagi bagus yg org mahu beli. Pasal tu dia org ni hidup dgn tender dan kontrak. Tak dpt kontrak mereka mampus! Bukan mcm PTS yg tak pernah dpt kontrak wlpun buku2 PTS berkualiti dan bukan syarikat alibaba. Saya tabik Puan Ainon yg patut jadi contoh usahawan Melayu (eh Jawa!) tulen.
Cik/Puan Sitie, cerita org menteri2 hadhari masuk tender, dapat kontrak, tengoklah listing BBT utk supply buku teks, dan listing PPK utk buku KOMSAS.... itu tak masuk cerita kontrak buku KEMAS lagi... ada penerbit pakai no talipon alamat kedai lesen L pun pernah dapat jugak. Malaysia Boleh!
Asalamualaikum. Tak sangka Puan Ainon Jawa. Kabare mbakyu?
Puan Ainon, ini laporan terbaru. Ada buku2 yg dapat markah penilaian lebih 80% tapi tak masuk listing. Ada buku2 yg markah kurang 40% pulak masuk. Menurut sumber itu, dlm mesyuarat listing lain, bila keluar listing lain pulak!!!! Gosip ini belum dpt disahkan...
Spy Satu Mato, lagi2 hang ni dok tak dapat sahkan gosip.... Awat orang BTP dok diam saja? Kalu tak betoi, nafikanlah. Kalu dok diam lagu ni, nanti orang kata betoi la tu, noooo.... jgn2 depa bukan reti baca blog! Sia2 hampa semua dok kutuk2 depa dlm blog Puan Ainon kita nih!
betoi la kata saudara dino. Depa tu nak klik internet pun tak tau. Komputer pusat ict bekalkan jadi hiasan atas meja je.
Kesian anak-anak bangsa. Dapat buku yang kualitinya dipersoalkan. Macam buku sastera tahun 4 tu. Cuba tengok dan baca. Reka letak dan desainnya luar dalam... hampeh! Nilai sasteranya... hampeh! Nilai bahasa bakunya... hampeh! Macam mana nak tanam bibit kasih dan sayang pada bahasa dan sastera Melayu. Nak tanam rasa benci, bolehlah. Nanti dikatakannya bahasa Melayu tak mampulah... itulah... inilah. Cilakak betul!!
Buku KOMSAS dipilih oleh pegawai2 PPK (PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM). Nampaknya PPK pun cilakak!
Pernah dengar cerita jabatan yang mempunyai insiden rasuah tertinggi?.
Post a Comment
<< Home