Wednesday, June 28, 2006

Buku Malaysia Edisi Jakarta

Katakanlah, saudara ini pengarang yang bernama Zamri Mohamed, dan buku motivasi cinta saudara yang bertajuk “77 TIP MELEMBUTKAN HATI LELAKI” berjaya menarik minat sebuah penerbit Indonesia yang bersetuju akan menerbitkannya di Jakarta dalam bentuk edisi Indonesia. Apakah maksud 'edisi Indonesia'?


Berikut adalah kemungkinan-kemungkinan yang akan dilakukan oleh penerbit Indonesia itu bagi menerbitkan buku saudara di sana:


1. Buku itu mungkin ditulis semula 100 peratus menggunakan gaya bahasa Indonesia tulen, tidak cukup kalau hanya dengan menggantikan sesetengah istilah dan perkataan yang berbeza maknanya antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Indonesia.


2. Bahagian-bahagian khusus dalam buku itu mungkin dicabut, digabungkan ataupun diganti, supaya isi kandungan buku itu sesuai dengan keperluan pasaran Indonesia.


3. Susunan bab dalam buku asal mungkin diubahsuai.


4. Judul buku itu mungkin dikekalkan ataupun diganti dengan judul lain.


5. Saiz buku, design kulit, layout dan perwajahan interior buku itu mungkin ditukar sama sekali supaya sesuai dengan selera dan citarasa kontemporari Indonesia.


6. Nama saudara mungkin dikekalkan, ataupun diganti dengan pseudonim ala-Indonesia, ataupun dikekalkan dengan menukar ejaannya supaya pasaran Indonesia tidak menyangka buku itu dilesen dari Malaysia.


Pendeknya, proses menerbitkan buku saudara sebagai edisi Indonesia adalah proses yang sama kompleksnya dengan proses menerbitkan manuskrip mentah, dan oleh yang demikian kosnya juga serupa.



.

3 Komen :

At 8:44 AM, Anonymous Naim Berkata ...

Barulah saya faham....

 
At 11:04 AM, Blogger Harat Berkata ...

Di samping itu, ada juga buku-buku karya orang Malaysia dalam bahasa Inggeris yang diterjemahkan ke bahasa Indonesia,dan diterbitkan di Indonesia, misalnya buku Anwar Ibrahim, Syed Husin Al-Atas, Osman Bakar, Zainah Anwar dll (?)

 
At 1:08 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Buku Syed Naquib juga.

 

Post a Comment

<< Home