Saturday, July 08, 2006

Berpindah Genre: Isu Nama

Apakah saudara sedang merancang berpindah genre?

Yang manakah yang lebih baik bagi kejayaan genre baru saudara itu nanti, apakah saudara akan menggunakan nama saudara sekarang, ataupun menggunakan nama lain?

John Grisham adalah nama paling besar dalam genre thriller undang-undang. Baru-baru ini beliau menghasilkan karya thriller dunia spy.

Buku thriller spynya gagal teruk!

Ibrah dari pengalaman John Grisham: Tukar nama saudara apabila berpindah genre.


.

5 Komen :

At 3:53 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan Ainon, di Malaysia ramai pengarang menghasilkan lebih dari 1 genre tetapi menggunakan nama yang sama seperti A. Samad Said yang menulis novel, cerpen, puisi dan drama. Latif Mohidin melukis dan menulis puisi seperti juga Siti Zainon Ismail. Apa pendapat puan?

 
At 7:45 PM, Blogger rastom Berkata ...

bukan itu saja, ada juga yang jadi pendakwa, hakim dan juri sekaligus

 
At 12:34 AM, Blogger Zamri Mohamad Berkata ...

Puan, di PTS kita melihat saudara Ashadi Zain turut menulis buku-buku keusahawan dan pada masa sama karya kreatif seperti siri Adam Kecil. Jadi bagaimanakah puan tentang hal ini.

Sementara itu, Dr HM Tuah menulis pelbagai jenis buku dari bersifat automotif, panduan mengurus kenduri sampailah ke novel seperti Enrique Mengundang Jauh & Stefa Islam. Beliau masih mengekalkan namanya.

 
At 8:20 AM, Blogger lutfi Berkata ...

sapa tu tun rastom? haha

 
At 6:18 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

which novel John Grisham yg tak dapat sambutan tu ek? I have all his books tapi tak pula terbaca kisah spy thriller. Or did i tertinggal baca buku tu?

Pls enlighten me on the title.

Yang I tahu, James Patterson, seorang penulis crime thriller tulis romance and that two romance books tak berapa dapat sambutan.

 

Post a Comment

<< Home