Thursday, June 29, 2006

BTP dan Rempah India

Setiap tahun akan ada sekurang-kurangnya 3 ataupun 4 peraduan dan sayembara penulisan kreatif. Menganjurkan peraduan penulisan kreatif memakan belanja besar, sekurang-kurang RM150 ribu.


Kos paling tinggi adalah belanja mengadakan majlis penyampaian hadiah di hotel dengan mengundang PM, ataupun TPM, sekurang-kurangnya menteri. Apabila majlis itu besar barulah media massa menghantar krew masing-masing bagi membuat liputan, barulah penaja mendapat publisiti dalam media massa, barulah berbaloi wang yang dibelanjakan.


Kos kedua yang tinggi adalah hadiah-hadiah yang ditawarkan. Kalau campak kacang, monyetlah yang datang, kata pepatah. Bagi mengumpan penyertaan daripada kalangan penulis-penulis besar, hadiah yang ditawarkan mesti besar.


Kos ketiga yang besar adalah kos mengendalikan proses penghakiman. Panel hakim mestilah terdiri daripada nama-nama besar, antara barisan panel mesti ada profesor-profesor, jika tidak prestij hadiah itu cacat dan dianggap tidak kredibel. Orang-orang besar hanya layak mengadakan sesi mesyuarat penilaian di resort-resort mahal! Itu belum termasuk honorarium yang dibayar bagi perkhidmatan mereka.


Inilah faktor yang menyebabkan hanya korporat-korporat besar seperti DBP, bank-bank, kerajaan negeri, dan syarikat minyak yang bergabung dengan badan-badan bahasa dan sastera, yang mampu menaja peraduan seperti ini.


Apabila beberapa hari yang lalu ada pertandingan menulis cerita diiklankan dalam sebuah akhbar Melayu oleh penganjur yang tidak mahu pun menyebutkan namanya, para penulis perlu berhati-hati daripada tertipu.


Penganjur itu menghendaki supaya cerita-cerita yang ditulis itu memenuhi kriteria Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Cerita-cerita itu pula mesti dihantar ke satu alamat, di mana alamat itu tidak menyatakan siapa yang ada di alamat itu, adakah ia alamat persatuan ataupun syarikat ataupun apa.


Wakil kita sudah membuat siasatan dan didapati alamat itu adalah alamat sebuah syarikat yang antara kegiatannya adalah mengimpot dan mengedar rempah-ratus dari India.


Mengapakah agaknya sebuah syarikat rempah-ratus mengadakan pertandingan menulis cerita yang memenuhi kriteria BTP? Ada sesiapa dapat terangkan?



42 Komen :

At 7:52 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Kura-kura dlm perahu....

 
At 7:56 AM, Blogger Nisah Haji Haron Berkata ...

Puan Ainon,
Duit punya pasal, syarikat belacan pun kalau boleh nak anjurkan pertandingan juga. Asalkan nanti hasilnya lumayan.
Seperti Puan, saya juga bimbang dengan tawaran syarikat itu. Kebimbangan saya bermula dari hadiah itu sendiri. Mungkinkah hadiah itu nanti, akan bertukar menjadi satu tawaran untuk membeli hak cipta pengarang? Pengarang yang telah memenangi peraduan itu kelak akan putih mata kerana hadiah yang diterima itu akan menjadi semacam 'tiket' untuk membeli hasil karya penulis.

Bukan kita mengatakan bahawa syarikat itu memang sah hendak menipu, tetapi, hati-hatilah...

 
At 8:25 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Kpd Anyss, kalau tak ada niat nak tipu, kenapa penganjur pertandingan tu takut nak letak nama syarikat? rupa-rupanya ada juga penjual rempah bertopeng penerbit dapat supply buku utk BTP...

 
At 8:33 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

BTP mesti buat lawatan ke alamat pajabat semua yg masuk tender utk memastikan syarikat yg betul2 penerbit sahaja yg dapat kontrak. Tapi jangan hantar pegawai BTP sendiri, nanti disogok dengan hadiah rempah bergoni2... mesti ada wakil BPR dlm rombongan tu.

 
At 8:43 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Kaskas ada?

 
At 9:08 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Utk pengetahuan Rozilawati idea hantar ahli2 rombongan pemeriksa ke pejabat2 penerbit sudah dijalankan oleh BBT, dlm rombongan itu ada konsultan2 luar yg dibayar mahal, lepas lawatan laporan rasmi disediakan tapi sampai masa pemilihan, laporan itu tak laku, penerbit Melayu yg kuat tak dapat kontrak, penerbit syarikat belacan yang tak ada pejabat pulak dapat kontrak juta2. Abih 'cam nor???

 
At 9:20 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan Ainon, syarikat rempah India anjurkan pertandingan utk buku2 BTP sebab BTP suka kari kot!

 
At 9:43 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Mamak! Kapla ikan satu! Taruh kaskas lebih sikit!!! BTP mauu....

 
At 10:30 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Apa pasal 1 kapla ikan saja? Dey! Saya 1 tongkang pon boleh kasi.... asal dapat kontrek la!

 
At 11:22 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Menteri Pelajaran hendak memperkasakan sistem pendidikan dalam aliran kebangsaan, tetapi jika syarikat pengimpot rempah India pun dapat kontrak membekalkan buku-buku utk bacaan pelajar2 di sekolah kebangsaan, cuma poket mamak2 itulah yang semakin perkasa. Bolehkah pekerja2 yang cuma kenal bau serbuk kunyit dan bau kaskas menerbitkan buku2 pendidikan berkualiti taraf dunia?! Fikirkanlah.....

 
At 12:11 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Dey! Aci Pineng! Ooo... Awak lawan mmk pineng sapa bole kasi lebe ah? Ini misti awak sudah biasa kasi lebe... patut la awak satu orang slalu kontrek dapat... Awak print buku Indian Edition di sini, komdian awak charge kemnetrian harga import dr UK ha? Ini macam kaluuu, banyak baik punya bisnes! Cittt!!!

 
At 2:14 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Dey! Melayu Pineng! Bukan saya satu orang bikin ini kerja. Kontrektor lain pun bikin jugaaa. Kita ikut saja. Semua kontrektor sudah lama tau ini trick! Sapa bodoh mau impot buku ori dari UK?! Beli satu, cetak semula di Cheras laaa.... lagi morah. Kualiti pon sama juga! Lagi mau morah, bole print di India laaa... Cittt!!!

 
At 4:18 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Betullah! Di mana ada bangkai di situ langau banyak menghurung! Bagaimanakah langau-langau ini diharapkan dapat membantu kerajaan membangunkan sistem pendidikan kebangsaan bertaraf dunia.... dunia langau bolehlah!

 
At 6:22 PM, Blogger Norziati Mohd Rosman Berkata ...

saya pun perasan iklan tu dan bercita-cita mahu beritahu Puan, mujurlah Puan sudah ambil lagkah awal mewar-warkan kedurjanaan mereka.
Bagi yang tahu seperti kita, selamatlah kita dari di tipu. Bagi yang tidak, entah lah. Tanggungjawab kita untuk memberitahu mereka....

 
At 11:08 PM, Blogger lutfi Berkata ...

ya zaman sekarang banyak topengnya, politiknya. namun, ada juga badan penerbit yang sudah besar buat lawak. contoh terbaru: nama faisal tehrani digugurkan daripada dijadikan pembimbing mastera dan digantikan dengan ahadiat akashah oleh dbp. samalah tu dengan penjual rempah.....apa dah jadi....

 
At 6:50 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Apa? DBP melantik Ahadiat Akashah, seorang penulis sastera cabul menjadi pembimbing penulisan di Majlis Sasterawan Nusantara (Mastera)?!!! Penulis2 buku cabul Indonesia jauh lebih hebat drpd wakil DBP tu!!! Dah nyanyuk Dr. Firdaus Abdullah kot..... itulah... korang amek profesor pencen yg tak minat buku cabul... inilah jadinya. Dia tak tau Ahadiat Akashah tu penulis cabul!!

 
At 8:10 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Siapa Ahadiat Akashah? Sastera cabul Indonesia punya Ayu Utami (240 posting dlm blog!) penerima anugerah sastera tertinggi di Belanda. Dia bangkit menentang usaha kerajaan Indonesia meluluskan akta anti-pornografi, katanya akta itu tidak ada kena-mengena dengan usaha mengekang pornografi, tetapi adalah usaha golongan penguasa politik mengontrol kebebasan rakyat. Dalam dunia sastera cabul Malaysia, apa perjuangan Ahadiat Akashah? Tidak terfikir bagaimana DBP boleh memilih si penulis cabul kelas kurapan membawa nama negara ke Mastera. Selepas 50 tahun, ini yang dilakukan oleh DBP ke atas maruwah sastera Melayu!

 
At 8:15 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Gila betul DBP... itulah pilih orang tak betul dok kat atas. Kesian... nyanyuk agaknya firdaus tu

 
At 9:19 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Dey! Firdaus tu PHDnya ekonomi la beb, bukan sastera, pasai tu dia tak kenai mana buku cabui mana sastera. Cittt!

 
At 10:03 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan Ainon, berkenaan penulis buku-buku cabul dilantik mewakili Malaysia di Mastera, tidakkah puan boleh hubungi Dato' Johan Jaaffar Pengerusi DBP yg baru dan kemukakan bantahan kpd beliau? Perkara ini amat serius dan mengaibkan negara.

 
At 10:35 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan Ainon, ini ada gosip yg belum dpt disahkan. Syarikat rempah ratus tu dulu ada anak syarikat yg terbit buku2 cerita utk sekolah. Satu masa dulu dia pernah tipu kontrak, dia reprint buku2 lama, tukar cover saja. Kemudian pecah tembelangnya. Kena blacklist, tapi dia dah buat untung banyak. Dia buka anak syarikat baru pulak. Pakai nama syrkt baru dia dapat masuk tender lagi. Bukan susah nak tipu gomen. Sekarang penipu ni nak tipu penulis2 pulak dgn menganjurkan pertandingan tapi tak mahu letak namanya. Kalau dah penipu, mcm anjing, dah biasa makan taik, kalau tak makan dihidunya juga. Penipu2 ni tentu ada org dlm bantu dia menipu, sama2 suka makan taik.....

 
At 10:35 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 3:29 PM, Blogger Ariyatna Adri Berkata ...

agaknya hasil penulisan pertandingan itu akan dibukukan untuk dijual ke BTP.

 
At 5:05 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Melaka jatuh oleh Si Kitol! Sistem pendidikan aliran kebangsaan lingkup oleh...

 
At 10:59 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Ini gosip terbaru! Kononnya ada pegawai dlm BTP yg hendak mengumpul modal bisnes selepas pencen sebanyak 2.4j. Dia dah kong-kali-kong dgn penerbit yg bukunya dipilih walaupun buku2 itu taraf belachan....

 
At 11:08 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Hohoho!!!! Apa yg korang sakit hati kawan baik saya tu dipilih DBP jadi pembimbing di MASTERA? Korang yg bodo, tak reti ampu pompuan yg jadi ketua bahagian sastera antarabangsa di DBP! Kawan aku tu memang pakar pompuan. Pasal usya2 anak dara tua, ko kasilah dia, mesti baik punya! Ko bacalah karya2 soft-porn yg dia tulis, ko belajarlah pasal pompuan dari buku2nya.... Hohoho!!!

 
At 11:28 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Tuhan sudah melantik penulis-penulis lain untuk menulis buku catatan peribadi penulis, penerbit dan semua orang di muka bumi ini.

Buku itu akan diterbitkan di akhirat kelak, tanpa diminta persetujuan sang empunya diri. Buku itulah yang akan menentukan anugerah dan pangkat di sana.

Bila perkara-perkara ini dilupakan, maka semuanya BOLEH, asalkan poket penuh berisi.

 
At 12:25 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Tentang DBP memilih penulis cabul sbg pembimbing kpd peserta MASTERA, agaknya MASTERA akan menganjurkan bengkel khas untuk penulisan sastera cabul kot....

 
At 12:38 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Untuk makluman semua pengunjung blog Puan Ainon ini, adalah sama sekali tidak betul Ahadiat Akashah dipilih dan dikemukakan kepada pihak pengurusan tertinggi DBp oleh Bahagian Sastera Antarabangsa. Tuduhan itu tidak benar, ia adalah fitnah liar yang tidak ada asasnya langsung. BSA tidaklah sebodoh itu sampai tidak kenal sasterawan Malaysia yang bertaraf antarabangsa, yang layak dihantar sebagai pembimbing. Nama itu adalah datangnya daripada pihak "orang atasan" DBP. Ramai kakitangan DBP pun terkejut beruk apabila nama Ahadiat tiba-tiba dipilih bagi menggantikan nama tokoh lain yang dikemukakan. Harap semua orang tidak salah anggap dan diminta supaya berhentilah daripada membuat tuduhan2 jahat terhadap pihak yang tidak bersalah dalam perkara ini. Melakukan fitnah adalah dosa besar.

 
At 2:09 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Hei! Korang tau tak kawan baik saya tu kunun jadi penerbit, tapi sebenaknya dia terbit buku2 soft-porn nya tu pakai topeng saja, belakang dia mamak. Mamak tu yg bayar semua belanja cetak buku2nya. Mamak tu pengedar novel terbesaq. La ni mamak tu tak mau cetak novel dia yang terbaru, pasal tu dia tak dak novel baru lagi. Nak cetak sendiri pun dia tak dak duit. Sebabnya nama dia dah tak laku dipukul mampus oleh novel2 Alaf 21... Kawan baik saya ni lawan novelis2 pompuan pun dia dah TKO! Tapi DBP boleh angkat dia ke taraf antarabangsa.... bodoh sungguh DBP nuuu...

 
At 5:19 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Sudahkah ilmu sastera ahadiat tu diuji dengan disuruh membimbing penulis2 dalam negeri? kalau belum kenapa terus diangkat mjadi pembimbing peringkat antarabangsa? dah nyanyuk orang atasan DBP nie!

 
At 11:47 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Korang semua takut ker nak sebut nama orang atasan DBP yg pilih Ahadiat (siapa dia) tu?!! Biaqlah aku sebut nuu. Nama orang atasan tu Datuk Johan Jaafar! Dia lah jugak yg akan tutup majalah Tunas Cipta! Dengaq khabaq Datuk Dr. Firdaus tak setuju, tapi dia tak berani bantah boss dia, jadi dia sain saja. Jaga periuk nasi, kalau tidak susahlah nanti nak sambung kontrek.... nampak gaya kapal DBP la ni dah ada 2 nakhoda. Anak2 buah mesti ada 2 kem nanti, 1 kem DJJ, 1 kem DF.

 
At 12:29 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Kalau alasan Tunas Cipta nak ditutup sebab tak laku, bukan majalah tu yg nak kena ditutup, tapi pecat pegawai yang dipertanggungjawabkan menjual majalah tu. Kenapa lah makin tambah bangang pengurusan DBP?

 
At 12:31 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

nampaknya, 1 tangan cuba untuk mempertingkatkan wibawa dan maruah bahasa M E L A Y U, 9 tangan lagi cuba untuk MERUNTUHKAN nya, namun walau apa yang berlaku, aku tetap cuba untuk berbahasa M E L A Y U dengan betul, tak kira dengan sesiapa, sebab dahulunya, nagara ini dikenali dengan panggilan SEMENANJUNG TANAH M E L A Y U.

 
At 7:08 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Saya terpanggil untuk menyatakan pandangan saya terhadap kemelut dan kecelaruan fikiran pada peringkat pucuk pimpinan DBP akhir-akhir ini, khususnya semenjak DBP menerima perlantikan pengerusi lembaga pengarahnya yang baru.

Siapa menduga seorang yang bernama Datuk Johan Jaaffar, yang dulunya orang kuat projek Minggu Penulis Remaja DBP, kemudian keluar join Utusan, dan sekarang pulang ke pangkuan DBP, dia bukan mencari jalan meningkatkan pengedaran dan penjualan Tunas Cipta, sebaliknya dia buat kerja honar terhadap perjuangan bahasa dan sastera Melayu dengan rancangan hendak memberhentikan penerbitan majalah itu.

Berapakah agaknya ongkos bulanan menerbitkan Tunas Cipta, termasuk gaji, kos pengurusan dan percetakannya. Saya cadangkan kos itu diserahkan sahaja kepada penerbit swasta yang terbukti sudah mampu menjadi penerbit yang kredibel. Suruh penerbit itu terbitkan TC 10 ribu naskhah sebulan dan edarkan. Rugi tak rugi jangan tanya, yang penting TC ada di pasaran dan sampai kepada masyarakat.

Di seluruh negara ada 1,200 sekolah menengah. Setiap sekolah dibekalkan 2 naskhah untuk pusat sumbernya, kerana di situlah tunas-tunas muda sasterawan negara kita sedang berada dan mereka perlu berkenalan dengan bakat-bakat muda melalui TC.

Kalau DBP boleh membeli sistem bunyi yang berharga RM20 juta untuk auditoriumnya yang baru siap itu, kenapa DBP memberhentikan penerbitan Tunas Cipta yang lebih penting peranannya kepada kemajuan bahasa, kesusasteraan dan identiti nasional. Pemberhentian TC adalah suatu pengkhianatan terhadap sastera Melayu dan pembelotan DBP terhadap tugas dan tanggungjawab yang dimaktubkan dalam akta penubuhannya.

Adalah mustahil dan tidak masuk akal jika dikatakan kertaskerja dan cadangan untuk memberhentikan TC itu dikemukakan oleh pihak pegawai DBP yang bertanggungjawab pada penerbitan majalah itu. Ia tentu datang daripada orang atasan yang tidak puas hati dengan prestasi jualan majalah tersebut. Jikalau pucuk pimpinan DBP tidak puas hati, itu adalah sewajarnya, tetapi jawapan kepada isu itu bukanlah dengan menutup majalah tersebut tetapi dengan mencari jalan bagi mengatasi masalah itu. Jikalau konsep dan ciri-ciri fizikal majalah itu tidak mengikuti perkembangan selera dan citarasa kontemporari, maka dicarilah jalan bagi memberikannya re-branding.

Tindakan Datuk Johan Jaaffar hendak menamatkan riwayat TC dan memilih Ahadiat Akashah mewakili Malaysia ke MASTERA akan menyebabkan timbulnya rasa kekecewaan dan kebencian kerabat sastera tanah air terhadap DBP.

 
At 4:38 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan,
Nampaknya, semakin TERBUKA apa yang TERSIRAT ... (maaf, ini adalah pengalaman saya sendiri, 6 orang rakan saya yang bukan berbangsa Melayu, TIDAK TAHU LANGSUNG apa itu DBP).

 
At 9:04 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Sdr Leekuanyu, statistik sdr itu sungguh mengaibkan bagi DBP, tapi DBP sekarang tahu aibkah? Kalau DBP tahu aib takkan dipilihnya penulis cabok macam ahadiat akashah, sekadar utk menjadi wakil pun dia sudah tidak layak, ini kan pulak utk jadi pembimbing kpd penulis2 bakat muda dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei. Tapi itulah yg dilakukan oleh pucuk pimpinan DBP. Tapi sepatutnya urusan harian DBP hanya ketua pengarahnya yang mempunyai kuasa muktamad, bukan pengerusi lembaganya, lainlah dlm hal-hal yang melibatkan dasar2 DBP, barulah dibawa ke lembaga, itu pun pengerusi cuma bertugas mempengerusikan mesyuarat saja. Dia tidak berkuasa membuat keputusan atas budi biacaranya seorang. Sebagai pengerusi lembaga dia tidak mempunyai kuasa eksekutif sama sekali, dia tidak boleh mencampuri urusan pentadbiran harian yang rutin seperti memilih nama2 individu yang dihantar bagi mewakili DBP dalam seminar2 sastera dan bahasa. Nampaknya ada semacam krisis kepimpinan dalam bentuk "rampasan kuasa" di DBP sekarang. Mungkin juga pengerusi lembaga cuma mengutarakan pendapatnya tetapi bagi si fulan yang hendak mengampunya sangat, pendapatnya itu terus dilaksanakan.... walau apa pun alasannya pemilihan penulis cabok itu akan menyebabkan DBP hilang kredibiliti di mata MASTERA dan para sasterawan Malaysia yang sudah sekian lama hilang keyakinan kpd keupayaan DBP mendepani cabaran yang sedang mengancam bahasa, sastera dan kebudayaan kebangsaan.

 
At 10:23 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Kpd Melayu Tripod, saya setuju dengan pandangan sdr/i bahawa DBP sedang mengalami krisis kepimpinan, cuma kita berharap krisis ini tidak menyebabkan kecederaan parah kepada kredibiliti DBP di mata para pejuang bahasa dan sastera Melayu. Jika benar keputusan menutup Tunas Cipta dan pemilihan Ahadiat Akshah itu adalah keputusan Datuk Johan Jaafar, maka ini adalah petanda bahawa kepimpinan Ketua Pengarahnya Datuk Firdaus Abdullah sangat lemah, dan nampaklah kpd kita bahawa Datuk Firdaus memilih untuk bermain politik kerbau cucuk hidung dengan harapan langkah politiknya itu dapat menjaga kepentingan kontrak perkhidmatannya sebab sebagai orang tua dan berpengalaman dia tahu personaliti Datuk Johan yang tidak suka dihalang daripada melaksanakan rancangan dan idea-ideanya. Tindakan DJJ mengambil sebahagian kuasa eksekutif KP tentu menggalakkan pegawai2 kanan DBP terus pergi menemui DJJ bagi mendapatkan persetujuan dan kelulusan drpdnya bagi perkara2 yang memerlukan persetujuan pengurusan tertinggi. Ini akan mengelirukan kakitangan DBP pada peringkat menengah dan rendah tentang siapa yang sebenarnya mempunyai kuasa membuat keputusan, suatu suasana politik pejabat yang tidak sihat.

 
At 9:37 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Kita berdoa kemelut politik antara orang2 kuat dalam DBP tidak menyebabkan kerugian demi kerugian lagi kepada Bahasa Melayu.....

 
At 12:25 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Apa ertinya DBP berhabis2an membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk mengadakan pesta ulangtahun ke-50 kalau dalamannya busuk dan banyak ulat? Ulangtahun bukan kejayaan. Orang mati pun ada ulangtahun kematiannya. Apa yang nak diraikan? Batu duduk diam-diam dalam tanah pun menambahkan hari ulangtahunnya.

 
At 2:41 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

DBP jangan raikan tarikh. Gajah di hutan pun berjaya wujud 50 tahun!

DBP sepatutnya raikan angka-angka yang membuktikan prestasi.

Sebagai contoh DBP meraikan judul buku ke-50,000 yang diterbitkannya (DBP ada rekodkah berapa judul buku sudah diterbitkannya), ataupun jualan tahunan buku-buku umumnya yang buat pertama kali mencecah RM50 juta setahun (jangan masukkan jualan buku teks), ataupun jumlah edaran majalah Dewan Bahasa Dewan Sastera yang mencecah 15 ribu naskhah sebulan, ataupun pementasan drama Melayu yang ke-100!

DBP ni, makin lanjut usianya makin tak betul cara berfikirnya.

 
At 3:50 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Asalamualaikum Puan Ainon,

Nampaknya isu DBP sungguh serius dan parah. Buat entri khas dlm blog puan berkenaan perkara2 yang tidak betul yang sedang berlaku di DBP sekarang. Baru sedap kami semua buat komen.... Terima kasih.

 

Post a Comment

<< Home