Sunday, July 09, 2006

Hero Lelaki untuk Perempuan

Teori sastera konvensional tidak menyatakan apakah watak utama dalam cerita itu sebaiknya lelaki ataupun perempuan bagi menciptakan sebuah kisah yang indah. Tanpa panduan ini kita melihat kecenderungan pengarang-pengarang lelaki memilih watak utama lelaki manakala pengarang-pengarang perempuan cenderung memilih watak utama perempuan.


Dalam teori sastera Islami aliran surah Yusuf, watak utama sebaiknya adalah lelaki kerana watak utama dalam kisah Nabi Yusuf adalah seorang lelaki, iaitu Nabi Yusuf, manakala watak utama kedua barulah perempuan, iaitu Zulaikha.


Prinsip ini adalah menyeluruh, maksudnya bagi menghasilkan cerita-cerita untuk pembaca perempuan sekalipun, sebaiknya lelaki dipilih sebagai watak utama.


Kajian pasaran menunjukkan apabila watak utama sesuatu cerita itu perempuan, karya itu dibaca eksklusif oleh perempuan. Sebagai contoh cerita-cerita yang satu kategori dengan Cinderella dan Sleeping Beauty dibaca oleh kanak-kanak perempuan.


Ini berbeza dengan cerita-cerita di mana heronya adalah lelaki. Ia dibaca baik oleh lelaki mahupun perempuan, sebagaimana halnya dengan Harry Potter, dan dengan demikian pasaran bagi cerita-cerita ber-hero-kan lelaki adalah lebih besar daripada pasaran cerita-cerita yang ber-hero-kan perempuan.


(Nota: Bagi mentee-mentee perempuan yang mengikuti program mentoring SifuPTS yang sedang menulis karya jibunsyi, adalah digalakkan saudara menukar nama watak utama saudara menjadi nama lelaki.)



11 Komen :

At 12:24 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Ni yang Shahrizat dan Zainah Anwar marah nie.....

 
At 1:50 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Biak pie lah Marina, Nori, Azalina, Shahrizat dan Zainah Anwar tak suka, kita bukan tulis buku utk didekikasikan kepada Sisters In Islam.

 
At 12:50 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Cuma sedikit pandangan,saya rasa penukaran nama watak perempuan kpd lelaki perlu ada syarat-syarat tertentu,sebagai contoh jika kisahnya berpusar pada kisah kesusahan ibu tunggal membesarkan anak,bagaimana bapa boleh melahirkan dan menyusukan anak itu?walaupun contoh ini boleh dipertikaikan tapi saya masih tidak bersetuju jika lelaki mesti dijadikan watak utama.kalau jadi watak sampingan utama @ pengaruh utama kepada watak,itu boleh diterimapakai, buat masa ini.

 
At 6:59 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan Ainon, mungkinkah kerana faktor hero lelaki maka novel cinta "Ayat-ayat Cinta" hingga saat ini sudah terjual lebih 400,000 naskhah di Indonesia? Mungkin betul juga disebabkan pengarang AAC itu lelaki maka dia memiih heronya lelaki. Saya juga dengar2 sebuah penerbit di KL sudah berjaya mendapatkan hak menerbitkan novel cinta itu di Malaysia, betulkah berita ini?

 
At 8:15 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdri Humairah, maklumat itu betul. Pustaka al-Hidayah di Jln Ipoh KL, yang berjaya mendapat lesen itu dari penerbit PT Republika.

 
At 3:57 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Hero lelaki macam dlm filem Madu 3! Semua orang suka tengok!!

 
At 4:14 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Kalau dah lelaki, hero tua bangka macam Haji Bakhil pun semua orang suka tengok! Kecik macam Bat Latif dlm filem Pak Belalang pun semua orang suka tengok! Hero tak hensem macam Apek pun semua orang suka tengok. Siapa suka tengok filem Siti Zubaidah? Berapa kali anda ulang tengok filem tu? Ibu tunggal jadi hero dalam novel? Bagilah novel tu kat DBP sebab DBP saja yang pandai terbit buku2 tak laku....

 
At 1:32 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Kepada Limau Batu, awak tak tahu cerita sebenar kenapa buku2 DBP tak laku, awak janganlah asyik jadi Pak Pengutuk saja. Kutuk memang mudah.

Awak fikir orang DBP tu tak mahu buku2 dia orang laku? Dia orang pun ada maruah juga, tahu malu juga apabila buku2 DBP saban tahun kena dilelong di store Dato Keramat tu, sampai ada yg dijual 50sen satu, sampai jadi acara tahunan pulak. Agaknya pasal tu orang ramai dan peminat setia buku2 DBP tak mahu beli sewaktu buku DBP yang baru terbit, dia orang nak tunggu sampai harga jatuh merudum kemudian dilelong kot.

Apa salahnya buku2 DBP dilelong? Bukankah itu baik untuk pembeli? Isinya tetap sama. Itulah buktinya DBP mementingkan kepuasan pengguna. DBP jual buku2 bermutu pada harga merudum. Apa lagi yang pejuang bahasa hendak? Cuma kena sabar tunggu saja.

Awak dah lupa ke, logo DBP kata apa? Logo tu kata "DBP - lambang buku bermutu". Dia tak kata "DBP - lambang buku laku"!!!

 
At 3:06 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Woi! Sapa Limau Batu? Awak mengaku Mantan DBP, tapi istilah pun tak betul!

 
At 4:35 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Betul kata jambu madu. Akira dan Akmal jangan gaduh2, kenalah hormat pada tuan rumah blog ni. Nak gaduh, tempatnya dlam blog sendiri.

 
At 5:33 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

saya setuju sangatkah dengan Akira. Kalau cerita perempuan, takkan nak tukar jadi watak lelaki pulak. Susah. Banyak episod yang perlu diubah. Mana boleh cerita kanak-kanak perempuan dijadikan cerita kanak-kanak lelaki. Tentu pelik jadinya. Nanti jadilah cerita budak lelaki lembut atau budak perempuan tomboy. Bayangkan budak lelaki belajar uruskan rumah tangga, basuh kain baju, belajar masak. Budak perempuan pulak dijadikan dilukiskan sedang melastik burung, panjat pokok, bersunat dll. Teori itu susah nak diterima. Tp mungkin ada cara penyelesaian. Ingatlah, al-Quran itu bukan manusia yang menulisnya. al-Quran itu serba-serbi sempurna.

 

Post a Comment

<< Home