Sunday, July 09, 2006

Ranking Pembekal Buku Melayu

Berikut adalah ranking atau kedudukan pembekal buku-buku Melayu (di antara semua pembekal) kepada sebuah rangkaian kedai buku terkenal, berdasarkan nilai jualan buku masing-masing:

Ranking:
Ke-7: Cresent News (pengedar buku umum)
Ke-11: Syarikat Fajar (pengedar novel cinta dan agama)
Ke-13: Ar-Risalah (pengedar buku agama tempatan dan Indonesia)
Ke-14: PTS (95% mengedar buku terbitan PTS sahaja)
Ke-36: Al-Ameen (mengedar buku terbitan Al-Ameen sahaja)
ke-37: Utusan (mengedar buku terbitan Utusan sahaja)
Ke-56: DAWAMA (mengedar buku DBP sahaja dengan produk Kamus Dewan, Kamus Pelajar dan
Kamus Dwibahasa sebagai penyumbang utama.)

Maklumat ini berguna kepada para penerbit yang hendak memilih pengedar, dan kepada para penulis yang hendak memilih penerbit. Bagi penulis, logo daun lontar itu bunyinya hebat, tetapi buku saudara mungkin tidak ada dikedai.


.

14 Komen :

At 9:09 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Selepas wujud 50 tahun DBP nombor 56? Kalah kepada PTS yang merupakan budak kecil baru usia 6 tahun! Takziah! Mari kita bacakan talqin untuk DBP.

 
At 9:39 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Mesin Taip Burok, sabar dulu...., kasi can DJJ bawa perubahan pd DBP. Janganlah cepat sangat nak talkinkan DBP, walaupun DBP kalah teruk di kedai tapi DBP banyak peranan lain yang hanya DBP sahaja dapat jalankan macam terbitkan novel yang berat-berat.

 
At 10:00 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Yang penting industri buku Melayu berkembang, kalau buku DBP tak masuk kedai pun tak mengapa asalkan buku2 penerbit lain masuk kedai! DBP mesti melahirkan banyak penulis, biar mereka menulis untuk diterbitkan oleh penerbit2 swasta macam PTS. Penerbit swasta lebih pandai buat buku dan jual buku, tapi mereka tidak cukup modal hendak mengadakan kursus2 penulisan yang menelan banyak belanja. Jadi DBP dan penerbit swasta mesti menggembelingkan tenaga memartabatkan buku Melayu. DBP terbitkan saja buku2 ilmiah yg penerbit swasta tak mampu nak terbitkan.

 
At 11:41 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

2 senario:
1. buat buku tak jual tak risau sebab hujung bulan RM tetap masuk. Bonus gerenti ada. macam-macam ada. apa nak risau..

2. buat buku mesti dijual. RM tak masuk susah. tak boleh buat buku lain. RM positif Bonus pun positif.Buku kena bagus -kualiti luar & dalam, harga semua boleh beli. Promotion kena buat, macam-macam kena buat. Kerja lebih masa walau RM tak lebih. Untuk hidup kena berjuang. 'Sales' bagus RM bagus, hidup pun lama.

Untuk berjuang kena bersedia, diri, senjata, bekalan, psikologi takut nanti kalau tertewas masih mampu untuk berdiri & sambung perjuangan untuk hidup.

 
At 11:59 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Kesian DBP, tukar bos lama, amik bos baru.... prestasi macam tu gak.... sebab mentaliti masih mentaliti lama.

Ada 1 saja pertandingan DBP gerenti menang... pertandingan siapa paling lambat terbit buku. Akekeke!!!!

Konon kena edit biar 100% betul ejaan, nahu dan istilah, tapi bila terbit, macam2 kesalahan bahasa masih ada.

Pi mai, pi mai, dok tang tu jugak laa... noooo!

 
At 12:21 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Tahniah kepada PTS! Teruskan perjuangan murni anda.

 
At 8:13 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Kesianlah pd DBP. Puan Ainon pun dulu orang dbp juga, itulah sumbangan dbp kpd duia perbukuan Melayu, melatih pegawai2nya menjadi pakar penerbitan buku, bila dia orang keluar, mereka menjadi penerbit yang berjaya. Kacang jangan lupa kulit noooo!

 
At 2:54 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Alahai DBP!.... Jangankan dengan PTS, yang diterajui mantan DBP sendiri... dengan al-Ameen pun kalah (siapa al-Ameen?)

 
At 9:01 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Ini Fable Fox bercakap. Saya tengah tulis sebuah buku dengan DBP. Satu benda yg saya sokong DBP ialah mereka sanggup terbitkan buku high tech. Kadang kala kita kena terima hakikat "penny wise pound foolish". Saya akui ramai yg melihat kepada untung / rugi, dan ada aspek yg silap di pihak DBP sendiri (tetapi ini berlaku pada sektor kerajan yg lain, macam masalah papan iklan dekat PJ, kepada pembaca The Star).

Ramai yg mahu melihat DBP untung, tetapi pada masa yg sama mereka tidak mahu Tunas Cipta dimatikan. Tunas Cipta, maaf katakan, adalah majalah sastera disasarkan untuk remaja. masalah kita ialah remaja menghabiskan duit untuk membeli manggan, urtv, etc.

Kita kena akui bahawa masyarakt malaysia membaca 2 buku setahun. dari buku ini, buku jenis apakah ia? seingat saya puan ainon ada mengatakan bahawa statistik penjualan buku teknikal kepada novel ialah 1:100. kalau untuk mengejar keuntungan DBP hanya menerbitkan novel cinta dan bukannya buku high tech BERBAHASA MALAYSIA, apa akan jadi pada bangsa Malaysia.

Kalau kita menyokong Puan Ainon yg mahu sains dan matematik diajar dlm bahasa malaysia, kita kena sokong penerbit yg terbitkan buku sains dan teknologi dlm bahasa malaysia.

untuk pengetahuan anda, dahulu ada penerbit yg menterjemah buku inggeris kepada bahasa malaysia (buku teknologi). bila saya minta kerja penterjemah, mereka kata maaf sebab buku teknologi dlm bahasa melayu tak jual. sebab org bukan melayu suka baca dlm bahasa inggeris (lagipun penterjemahan sesetengah bahasa teknologi masih janggal). org melayu pula hanya minat baca buku cinta.

Boleh hentam DBP, tapi jangan kuat sangat. Kalau DBP mati dihentam, siapa yg nak jaga bahasa malaysia? Penerbit novel cinta?

Siapa nak terbitkan buku teknologi berbahasa melayu agar org melayu tidak ketinggalan? Penerbit novel cinta?

Heh.

Ulangan, saya Fable Fox. Saya tak suka cakap anonimus-anonimus ni.

 
At 3:44 PM, Blogger Norziati Mohd Rosman Berkata ...

logo daun lontar..hehehe bestnya bunyi logo tu...

 
At 10:21 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Ini sekali lagi Fable Fox bercakap.

Anda tahu sejarah Mastika dan MASSA keluaran Utusan?

Mastika hampir mati, lalu ia ditukar dari format serius ke format sekarang, baru laku ratus-ratus ribu.

MASSA hampir mati, setelah diketahui bahawa Utusan turut memiliki majalah hiburan seperti URTV dan Mastika, maka ia terpaksa dibiarkan mati, kerana Utusan telah menggunakan keuntungan majalah lain untuk menampung MASSA. Dalam naskah terakhirnya, ia ada menulis

"nak buat macam mana, pensyarah sendiri lebih suka minum kopi RM 10 dari beli majalah ilmu RM 6".

Kalau Utusan tak boleh tampung MASSA, jgn salahkan DBP tutup Tunas Cipta.

Anda yg marah tunas cipta diberhentikan, anda beli ke Tunas Cipta?

Saya ada berlambak MASSA.

Sekian, dari Fable Fox.

Pernah seorang ustaz berkata kepada saya, kalau tuhan bagi nikmat kita tak guna, tuhan akan tarik nikmat itu.

 
At 3:46 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

bagaimana pula dengan karangkraf? alaf21, rhytm...

 
At 10:25 PM, Blogger Imran Yusuf Berkata ...

Tahniah pada PTS, semoga akan menigkat ke tangga Top 10 tak lama lagi...!!!

Alang Bidara - 16/7/2006

 
At 2:10 AM, Anonymous Abu Samah Berkata ...

Saya sokong ape yang tuan punye blog ini tulis.

Artikel mengenai melayu harus diperbanyakan lagi penulisannya ibarat bak kata pepatah "mata pena lebih tajam daripada mata pedang".


salam ziarah,

http://www.gadismelayuboleh.com

 

Post a Comment

<< Home