Hak Penulis dan Penerbit yang Ingkar Janji
Adakah saudara faham tiap-tiap klausa yang terkandung dalam dokumen perjanjian penerbitan yang saudara tandatangani?
Cuba saudara semak semula, ada ataupun tidak klausa yang menyatakan jikalau selepas 6 bulan pihak penerbit saudara tidak mencetak semula karya saudara, maka secara automatis saudara boleh menamatkan perjanjian penerbitan itu?
Banyak penulis tidak sedar akan adanya klausa seperti itu dalam dokumen yang mereka tandatangani, oleh itu mereka menyangka mereka tidak dapat berbuat apa-apa bagi menyelamatkan karya mereka daripada mati begitu sahaja.
Bagi saudara-saudara yang mempunyai buku dengan DBP, sebagai contoh, sudah berapa lama buku saudara tidak dicetak semula?
Cuba risik-risik dengan penerbit lain yang mungkin berminat menerbitkan karya saudara itu. Jika ada, tulis surat rasmi kepada Ketua Pengarah DBP dan nyatakan hasrat saudara hendak menamatkan perjanjian penerbitan yang saudara tandatangani itu. Poskan surat itu dengan pos berdaftar.
Tunggu sehingga 30 hari, jika saudara tidak menerima apa-apa jawapan bertulis, tulis surat kedua meng-confirm bahawa saudara benar-benar hendak menamatkan perjanjian itu. Poskan surat itu dengan pos berdaftar.
Tunggu 14 hari, jika saudara masih tidak menerima apa-apa jawapan bertulis, bolehlah saudara teruskan perundingan dengan penerbit baru yang berminat hendak menerbitkan karya saudara itu.
2 Komen :
Puan Ainon, asalamualaikum wbkt.
Apa pendapat Puan Ainon ttg sebuah penerbit terkenal yg memaksa kami penulis2 baru menyerahkan hak penerbitan novel kami selama 15 tahun kpd penerbit itu? Bukankah ini penindasan juga? Apakah jalan keluarnya? Dalam kes saya, saya mmg tak dapat berbuat apa-apa sbb buku saya sudah diedit dan hampir masuk cetak baru saya disuruh menandatangani perjanjian itu jadi saya telah menandatanganinya dgn hati yg amat berat. Saya sudah bertanya kpd penulis yg senior dan mereka terkejut dgn syarat itu yg dulu tidak ada tetapi baru sahaja diubah. Selain dari itu perjanjian itu juga tidak membenarkan saya menggunakan nama komersial saya kalau saya menulis utk penerbit lain kerana atas alasan nama itu dicipta oleh GM penerbit itu. Saya tidak suka nama itu sbb ia terlalu asing dan mengada2 bagi org Melayu, nak menyebutnya pun lidah mcm nak tergeliat, tetapi saya terpaksa akur jika tidak saya diugut novel saya tidak jadi diterbitkan. Pada hal ada nama penulis lain yg amat popular walaupun namanya nama orang kampung ulu. Saya rasa syarat2 itu tidak adil kpd penulis, dan setahu saya tidak ada mana2 penerbit lain yg mengenakan syarat seperti itu ke atas penulis mereka. Kalau penerbit itu tidak mahu penulisnya lari kpd penerbit lain, caranya ialah dgn memberikan layanan baik dan mesra, bukan dgn menindas hak2 penulis. Sekian. Diharap puan sudi komen. Terima kasih.
assalamualaikum,
Membaca komen ini membuatkan saya terpanggil untuk memberi komen from my point of view. Saya tahu penerbit yang dimaksudkan kerana saya juga terlibat dengan penerbit itu. Bezanya, saya memandang daripada sudut lain.
Saya mulakan dengan nama pena. Setahu saya, sekiranya penulis yang memang menggunakan nama asal dan telah menghasilkan karya dan dikenali dengan nama itu, maka pihak penerbit akan menggunakan nama asal penulis apabila bukunya diterbitkan oleh penerbit itu. Tetapi, sekiranya penulis baru, maka penulis diminta memberikan nama pena yang mahu digunakan. Sekiranya didapati kurang sesuai, maka pihak penerbit akan memberi nama lain yang lebih komersial.
Saya pernah mengalami situasi itu, nama pena yang saya mahukan gunakan ditolak kerana dianggap kurang sesuai. Saya terima nama yang penerbit cadangkan. Saya mengalah kerana saya percaya mereka ada alasan kuat dan mereka lebih tahu daripada saya. Untuk memuaskan hati saya, menulis pula cerpen, skrip dan novel dengan penerbit lain menggunakan nama pena yang saya mahukan; in other words, saya ada dua nama pena. Situasi ini saya anggap sebagai win-win situation.
Sekiranya nama yang dipopularkan itu diberi oleh penerbit, saya berpendapat tidak ada salahnya penerbit tidak membenarkan penulis menggunakan nama itu. Saya sebagai penulis menghormati hak itu kerana memang penerbit yang bersusah payah mempopularkan nama itu. Pada masa yang sama, saya juga percaya yang sekiranya itu karya bermutu, tidak salah menggunakan nama lain yang belum dikenali, tentu masih ada yang sudi membeli.
Kedua, daripada segi perjanjian. Saya pernah bertanya kepada penerbit, bagaimana sekiranya buku sudah siap tetapi saya tiba-tiba mahu menarik balik manuskrip itu memandangkan saya belum menandatangani perjanjian penerbitan. Pihak penerbit kata, keputusan saya akan dihormati.
Apa yang ingin saya katakan di sini, in the first place, puan boleh menarik balik bila-bila masa keputusan puan sebelum menandatangani perjanjian. Mengapa puan tidak berbuat begitu sebaliknya merungut selepas menandatangani perjanjian? Sedangkan, rasa tidak puas hati dengan nama dan terma perjanjian sudah berlaku lebih awal. Puan boleh abaikan sahaja tenaga dan masa yang telah dicurahkan oleh puan dan editor untuk mengedit buku puan.
Kedua, 15 tahun sebenarnya panjang. Terlalu panjang tetapi... adakah novel puan benar-benar bermutu sehingga yakin ada penerbit lain berebut-rebut mahu menerbitkan novel itu sebelum tempoh 15 tahun? Sekiranya benar begitu, mengapa tidak ambil risiko itu?
Novel pertama saya sudah 2 tahun diterbitkan dan alhamdulillah sudah masuk cetakan keempat. Puan sendiri sedia maklum jumlah cetakannya jauh berbeza dengan penerbit lain. Saya percaya apabila novel saya yang lain keluar, novel pertama itu akan tetap ada permintaan walaupun sedikit. Biarpun tidak meletup, royalti yang saya dapat menjangkau puluhan ribu. 'Nama' penerbit sebenarnya yang banyak membantu penjualan novel saya. Sekiranya hak penerbitan hanya setahun dua, belum ada penerbit lain yang mahu menerbitkan novel itu. Apakah kesudahan novel itu?
Pendapat saya, antara penerbit dan penulis perlu saling menghormati. Sekiranya puan tidak berpuas hati dengan tempoh hak penerbitan, mengapa tidak berbincang dahulu dan bertanya? Mengapa menandatangani perjanjian dengan separuh hati dan kemudian menyesal? Hakikatnya, tepuk dada, tanyalah selera. Puan tidak ditipu ataupun dipaksa, puan diberi pilihan. Puan yang memilihnya, jadi mengapa perlu merungut di belakang?
Maaf jika ada yang tidak berpuas hati dengan komen saya. Saya sekadar berkongsi pandangan saya.
Sekian
Post a Comment
<< Home