Promosi: Ingkar Janji Penerbit
Apabila penerbit ingkar janji, saudara boleh menamatkan persetujuan-persetujuan yang terkandung dalam dokumen perjanjian penerbitan yang saudara tandatangani.
Cuba saudara baca semula dalam dokumen itu, ada ataupun tidak klausa yang menyatakan dengan jelas bahawa pihak penerbit akan mengambil tanggungjawab mempromosi, mengedar dan menjual karya saudara?
Apakah yang dikatakan 'mempromosi'? Antara bukti-bukti bahawa penerbit saudara itu melakukan aktiviti promosi adalah memasukkan buku saudara dalam katalog yang dicetak, katalog internet, mempamerkan buku saudara dalam pesta buku, menghantar buku saudara ke media massa untuk resensi, mengaturkan penampilan saudara di khalayak supaya orang ramai kenal saudara dan buku saudara, mengaturkan sesi yang membincangkan buku saudara dan lain-lain aktiviti dengan tujuan memperkenalkan buku dan penulis.
Jika saudara dapati selepas setahun jualan buku saudara lembap, tidak laku sebagaimana yang sepatutnya, ini bermakna ada kemungkinan penerbit saudara ingkar janji.
Jika saudara tidak puas hati dengan angka jualan buku saudara, ini pun bermakna ada kemungkinan penerbit saudara ingkar janji.
Jika saudara tidak pernah menerima laporan jualan buku saudara, itu adalah perbuatan ingkar janji pada pihak penerbit.
Jika saudara tidak pernah menerima wang royalti, itu juga membuktikan penerbit saudara ingkar janji.
Sebenarnya sebagai penulis, saudara berhak menamatkan perjanjian penerbitan yang saudara tandatangani apabila terdapat bukti-bukti jelas bahawa penerbit tidak melakukan langkah-langkah mempromosi, mengedar dan menjual buku saudara, sebagaimana yang tertulis dalam klausa-klausa perjanjian, sehingga saudara tidak puas hati dengan prestasi jualan buku saudara itu.
.

1 Komen :
Puan Ainon, apa yang puan terangkan tentang penerbit yang ingkar janji tentunya kalau hakcipta karya masih kepunyaan penulis, tapi kalau sudah jadi milik penerbit tentu penulis tak boleh nak buat apa2 lagi.
Post a Comment
<< Home