Klausa Bercerai dengan Penerbit
Apabila saudara menandatangani perjanjian penerbitan, baca dengan teliti setiap klausa dalam dokumen itu. Setiap klausa itu ada implikasinya ke atas nasib saudara sebagai pemilik harta intelek.
Sekarang sudah sah ada sebuah penerbit yang menghendaki pengarang menyerahkan hak penerbitan karyanya kepada penerbit itu selama 15 tahun. Apakah implikasi tempoh 15 tahun itu?
Sebagai penulis, karya saudara adalah harta saudara, serupa seperti rumah, tanah dan kereta saudara. Sebagai pemilik rumah, adalah bodoh jikalau saudara setuju menyewakan rumah saudara kepada mana-mana individu bagi tempoh selama 15 tahun dengan tidak ada klausa yang memberi hak pada bila-bila masa saudara boleh minta si penyewa mengosongkan rumah saudara itu.
Ambil senario ini: Pada suatu hari nanti saudara mungkin hendak memulakan bisnes sendiri sebagai penerbit. Sebagai seorang penulis, saudara tentu hendak menerbitkan karya-karya saudara sendiri.
Contoh strategi ini adalah penerbit WIRA BUKIT milik A. Samad Said, yang hanya menerbitkan karya-karyanya sahaja. (PTS juga memulakan bisnes dengan menerbitkan buku-buku Puan Ainon Mohd. sendiri yang ditarik balik hak penerbitannya dari penerbit UTUSAN.) Memulakan bisnes penerbitan dengan cara ini amat murah!
Jika saudara tidak berminat hendak membuka bisnes sendiri, suami ataupun anak saudara mungkin berminat. Ambil contoh bagaimana besarnya manfaat yang dinikmati oleh WIRA BUKIT, apabila Helmy, anak lelaki A. Samad Said, dapat menjalankan bisnes yang maju dengan menerbitkan buku-buku ayahnya.
Jikalau buku-buku saudara sudah diikat oleh penerbit itu selama 15 tahun, saudara tidak dapat hendak memulakan bisnes dengan memanfaatkan buku-buku saudara yang sudah sedia ada dalam pasaran.
Baca semula klausa-klausa dalam dokumen yang saudara akan tandatangani itu. Jangan menyesal kemudian!
Bagi pihak penerbit pula, walaupun ia mahukan tempoh 15 tahun, tetapi klausa yang membolehkan mana-mana pihak menamatkan perjanjian itu sebelum tamat tempoh 15 tahun, mesti dimasukkan dengan jelas dan terang dalam dokumen tersebut.
Pada akhirnya, perjanjian penerbitan yang menguntungkan kedua-dua belah pihak, baik penerbit mahupun penulis, adalah perjanjian yang terbaik untuk bisnes.
Sekarang sudah sah ada sebuah penerbit yang menghendaki pengarang menyerahkan hak penerbitan karyanya kepada penerbit itu selama 15 tahun. Apakah implikasi tempoh 15 tahun itu?
Sebagai penulis, karya saudara adalah harta saudara, serupa seperti rumah, tanah dan kereta saudara. Sebagai pemilik rumah, adalah bodoh jikalau saudara setuju menyewakan rumah saudara kepada mana-mana individu bagi tempoh selama 15 tahun dengan tidak ada klausa yang memberi hak pada bila-bila masa saudara boleh minta si penyewa mengosongkan rumah saudara itu.
Ambil senario ini: Pada suatu hari nanti saudara mungkin hendak memulakan bisnes sendiri sebagai penerbit. Sebagai seorang penulis, saudara tentu hendak menerbitkan karya-karya saudara sendiri.
Contoh strategi ini adalah penerbit WIRA BUKIT milik A. Samad Said, yang hanya menerbitkan karya-karyanya sahaja. (PTS juga memulakan bisnes dengan menerbitkan buku-buku Puan Ainon Mohd. sendiri yang ditarik balik hak penerbitannya dari penerbit UTUSAN.) Memulakan bisnes penerbitan dengan cara ini amat murah!
Jika saudara tidak berminat hendak membuka bisnes sendiri, suami ataupun anak saudara mungkin berminat. Ambil contoh bagaimana besarnya manfaat yang dinikmati oleh WIRA BUKIT, apabila Helmy, anak lelaki A. Samad Said, dapat menjalankan bisnes yang maju dengan menerbitkan buku-buku ayahnya.
Jikalau buku-buku saudara sudah diikat oleh penerbit itu selama 15 tahun, saudara tidak dapat hendak memulakan bisnes dengan memanfaatkan buku-buku saudara yang sudah sedia ada dalam pasaran.
Baca semula klausa-klausa dalam dokumen yang saudara akan tandatangani itu. Jangan menyesal kemudian!
Bagi pihak penerbit pula, walaupun ia mahukan tempoh 15 tahun, tetapi klausa yang membolehkan mana-mana pihak menamatkan perjanjian itu sebelum tamat tempoh 15 tahun, mesti dimasukkan dengan jelas dan terang dalam dokumen tersebut.
Pada akhirnya, perjanjian penerbitan yang menguntungkan kedua-dua belah pihak, baik penerbit mahupun penulis, adalah perjanjian yang terbaik untuk bisnes.
17 Komen :
Puan Ainon, A'kum wbt. Apa yang puan tulis saya tidak pernah terfikirkan sebelum ini. TK.
Beruntunglah kita semua ada blog Puan Ainon yg banyak memberi kesedaran ttg harta intelektual kpd kaum penulis yg selama ini ditindas oleh penerbit, padahal beliau sendiri seorang penerbit.... terima kasih, puan.
Kalau betul ada penerbit kenakan syarat 15 tahun tu, eloklah dikaji balik syarat seperti itu. Sebagai orang Islam (kalau syarikat itu kepunyaan orang Islam), kita perlu berlaku adil kepada penulis, kerana penulisan merupakan pencarian mereka, dan karya mereka adalah harta mereka. Takkanlah sampai 15 tahun mahu dikongkong karya orang. Sekalipun karya itu bukan merupakan yang hebat, ia tetap merupakan karya orang, harta orang. Bila sudah dikenakan syarat 15 tahun seperti itu, kalau sekalipun ada karya yang hebat diterbitkan di syarikat itu, penulisnya tidak boleh buat apa-apa lagi. Sampai nyanyuklah tunggu untuk dibebaskan karya itu! Itu zalim namanya!
Asalamualaikum, Puan Ainon.
Saya yakin penerbit itu penerbit besar yang mampu membayar royalti berpuluh-puluh ribu RM macam cakap Cik Myra tu. Kalau dah besar, dah terkenal, dah gah, dah kayaraya, dah korporat, dah jutawan tapi dia masih ada sikap tamak haloba dan nak tindas penulis2nya jugak, apa bezanya dengan mentaliti penerbit2 mamak, penerbit nyamuk dan kaki kelentong tu?
Cik Roslili, beza antara mentaliti 'korporat' dengan mentaliti 'keparat' tu kekadang tak ada beza... manusia keparat yang suka pakai baju gaya korporat... tapi sebenornya penindas dan penyamun tarbush!
Saya nak beri pandangan komen Mat Labu. Sebenarnya bagus juga tempoh 15 tahun, 20 tahun ataupun 30 tahun sebab ia adil kepada penerbit juga. Apa jadi jika tiada klausa tempoh serah hakmilik? Hari ini penulis hantar, esok bila dah siap buku untuk diedar, aleh-aleh penulis cakap abang ipar dia nak terbitkan novel itu. Oleh kerana tiada klausa tempoh masa serah hakmilik, penulis akan zalimi penerbit dengan mengambil manuskripnya. Kalau Mat Labu nak tau, ada ramai juga penulis yang kencingkan penerbit!
15 tahun tu pun tak lama. Jauh lebih baik dari perjanjian selagi ada bulan dan bintang seperti yang dikritik oleh tuanpunya blog ini. Yang penting ia tertulis dan telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak. Jangan kata zalim. Itu salah istilah. Kena tengok kamus makna zalim atau mengaji kitab untuk tahu makna zalim, Mat.
Kalau pun penulis ubah fikiran, dia boleh buat perundingan. Hai, jambatan senget kat Johor tu boleh kensel walaupun perjanjian telah dibuat, inikan sebuah buku.
Roslili pun kata penerbit yang besar tu tamak dan nak tindas penulis? Perkataan tamak dan tindas itupun tak tepat. Kalau penerbit tu tamak, dia tak jual buku dengan harga yang murah. Kalau penerbit tu tamak, dia tak buat buku untuk diderma secara percuma.
Kalau penerbit tu menindas, mengapa dia beri royalti 4 kali setahun, tepat pada masanya? Kalau penerbit itu menindas, dia tak lahirkan berbelas usahawan Islam dan ada yang dah jadi jutawan. Dan kalau penerbit tu menindas, mengapa ada karya yang perjanjian serah hakmilik diberi kepadanya selagi ada bulan dan bintang diserahkan begitu aje tanpa syarat bila penulis tu meminta?
Saya kenal dengan penerbit yang diperkatakan kerana saya adalah penulis yang takut kena tipu hingga pernah meminta nasihat dengan Pak Samad Said mengenai penerbitan termasuk penerbit ini. Pak Samad kata penerbit ini bagus dengan bangganya.
Saya tahu sebilangan anggota PTS sendiri biasa berbincang dengan staf pengurusan penerbitan ini. Tidak. Penerbit ini tidak tamak dan menindas. Tanyalah tuanpunya blog ini.
Tak mengapalah. Mat Labu dan Roslili tak tahu. Sekarang dah tahu... berhati-hati sebelum mengata. Tingkatkan akal budi, sesuai dengan blog ini yang dinamakan Universiti Terbuka.
(Sepatutnya tuanpunya blog berilah panduan kepada mereka yang beri komen agar menggunakan bahasa yang lebih tertib).
Saya menyusun sepuluh jari kepada Mat Labu dan Roslili andainya saya terkasar bahasa.
Assalamualaikum,
Anony bin Mous
Sdr Anony bin Mous ni bekerja dengan penerbit tu kerr? Patutlah....
Tak apa Anony bin Mous. Saya tak tersinggung pun sebab dah biasa kena komen. Tapi 15 tahun tu....tetap lama. Kenapa tak buat aje 5 tahun? Lepas tempoh itu, kalau penerbit nak terbit lagi buku tu, rundinglah dulu. Kan lagi elok?
Saya rasa Anony bin Mous tu orang kuat penerbit tu sebab bersungguh2 betul dia menjadi peguambelanya!
Encik Anony bin Mous,
Kawan saya seorang penggubah pelamin dan barang2 hantaran pengantin. Ada majalah terbitan kumpulan syarikat awak yang datang ambil gambar barang2 tu dan siarkan dalam majalah, kemudian kawan saya dibayarlah saguhati.
Beberapa waktu kemudian, gambar-gambar yang sama diterbitkan dalam sebuah buku khas yang tebal dan cantik dan dijual dengan harga mahal.... tapi satu sen pun kawan saya tak dapat apa-apa2. Sepatutnya kalau gambar2 tu diterbitkan 2 kali, bayarlah 2 kali, RTM pun bila siarkan filem P Ramlee 2 kali dibayar 2 kali. Itu bukan menindas?
Janganlah awak nak cakap pasal perniagaan Islam. Kalau awak terbitkan majalah dan cari duit berjuta2 dengan menjual gambar2 perempuan yang dedah sana dedah sini, jual gosip2 yang menjatuhkan maruah orang, tunjuk fesyen2 yang tak tutup aurat yang galakkan perempuan2 tiru dan jadikan ikutan... Islam ke tu?
Itu pendapat Mat Labu. Betul lah lama. Tapi ada penulis-penulis senior terkilan dengan penerbit tu kerana beri tempoh 15 tahun aje seolah-olah penerbit hendak mengenepikan penulis selepas tempoh itu. Maknanya mereka hendak lebih lama dari 15 tahun kerana percaya penerbit itu boleh jaga penulis dan yang lebih penting, karya penulis itu sendiri.
Dan tempoh 15 tahun itu diback-date. Ada karya yang tak sampai pun 5 tahun akan tamat tempoh serah hakmilik. Ini yang penulis senior sedih kerana karyanya masih mendapat royalti beribu ringgit setiap tiga bulan!
Tetapi penerbit tu kata, perbincangan untuk memendek atau memanjangkan tempoh boleh dibuat.
Untuk Mat Sentol dan Ajim, kita mestilah lihat apa, bukannya siapa.
Maha Suci Allah Yang Maha Melihat.
Ini nasihat saya sesama umat.
Anony bin Mous
En. Anony bin Mous, yang boleh jaga penulis adalah Allah, bukan penerbit. Penerbit dan pekerja2 di syarikat penerbitan adalah pemegang amanah sahaja...
Asalamualaikum semua. Saya nak sokong cik/puan siti payung... Penerbit jangan merosakkan nilai2 akhlak masyarakat dengan menerbitkan rancangan2 tv, radio, majalah2 dan buku2 yang menggalakkan pembaca membuat maksiat. Jangan mengumpulkan kekayaan dengan menjual akhirat untuk membeli dunia. Segeralah bertaubat sebelum terlambat.
Asalamualaikum!
Ingatlah tidak suatu apa pun yang kita buat di dunia ini, hatta membetulkan ejaan 1 huruf, melainkan semuanya ada sahamnya, kalau tidak di syurga, di neraka kita terima dividennya.... Kulit2 novel cinta yang romantis, yang menunjukkan gadis berada dalam dakapan lelaki, sehingga menyebabkan gadis2 remaja yang memandang lukisan itu teringin hendak merasa dirinya didakap oleh boyfriendnya, jangan difikir lukisan kulit itu cuma soal hiasan yang tidak ada dosanya. Jika novel itu laku dijual 100 ribu naskhah, dibaca oleh 200 ribu pembaca.... ia bukan dosa kecil lagi...
Salam.
Saya agak "hijau" dalam bidang penerbitan ini. Dari berputiknya Wira Bukit kami mengalami pelbagai masalah - ditipu, mungkin tertipu atau mungkin saja lurus bendul.
Selama hampir 3 tahun saya terpaksa belajar kerana mahu mengurangkan risiko "si lurus bendul diambil kesempatan" ini.
Wira Bukit sebenarnya bernasib baik kerana apabila ditubuhkan Pak Samad menyerahkan keseluruhan hak penerbitan karya-karyanya itu kepada kami - lebih 60 judul. Dari jumlah ini, 9 judul masih terikat dengan beberapa penerbit lain.
Urusan saya dengan Pak Samad mudah, dalam setiap penerbitan buku yang dilakukan oleh Wira Bukit, 15% jumlah buku yang dicetak akan diberi kepada Pak Samad sebagai royalti. Kebetulan Pak Samad kerap menjelajah memenuhi jemputan serata Malaysia dan dari sinilah di menjual buku-buku yang diterimanya itu. Persoalan jangka masa perjanjian tidak timbul kerana Wira Bukit di miliki keluarganya sendiri.
Namun, baru-baru ini kami tercabang dan melahirkan sebuah lagi syarikat untuk menerbitkan buku-buku sastera kreatif dari penulis-penulis lain - diberi keutamaan penulis muda. Perjanjian yang kami berikan mudah. Dari segi jangkamasa 2 tahun. Dari segi jumlah 1,000 hingga 2,000 naskah akan dicetak. Royalti, maaf rahsia tapi saya kira munasabah dan kompetetif.
Pada saya jangkamasa pendek itu penting bagi sesebuah syarikat seperti Wira Bukit. Ia mencabar kerana dalam jangkamasa itu kita perlu menjual naskah yang tercetak itu. Ia juga memberi peluang penulis untuk menilai dan membuat keputusan kelak - samada untuk menyambung lagi (jika dipersetujui kedua pihak) atau tidak.
Mungkin ramai akan menyoal cara kami, tetapi saya masih berpegang teguh dengan amanah Pak Samad yang mahukan kami bertapak dengan buku-buku berkualiti tanpa berkira sangat tentang keuntungan - jika anda mengenali Pak Samad anda akan faham karenahnya yang mahukan kesempurnaan. Keuntungan perlu dalam sesebuah perniagaan. Persoalannya bagaimana keuntungan itu diraih?
Tahniah kepada En. Helmy Samad kerana sebagai penerbit dia bersikap Win-Win, mungkin kerana WIRA BUKIT dimiliki oleh keluarga sasterawan negara Dato A Samad Said, oleh sebab itu makanya dia bersikap positif terhadap hak-hak penulis, bukan seperti penerbit yang dimiliki oleh bisnesman, yang mementingkan keuntungan lebih daripada soal WIN-WIN.
Bisnesman mahu WIN-WIN jugak tapi dia mahu WIN banyak, manakala penulis 'win' sikit!
Saya sudah tanya seorang kawan peguam, katanya tempoh kontrak 15 tahun itu amat panjang bagi kontrak buku, lainlah kalau kontrak sewa tanah untuk membuat projek bangunan modal besar seperti projek mendirikan kilang dan lain-lain seperti itu. Katanya kontrak itu secara terang-terangkan adalah "berat sebelah".
Sedangkan kontrak nikah ciptaan Allah pun tak kata pulak dalam masa 15 tahun suami isteri tak boleh bercerai!
Post a Comment
<< Home