Novel Kisah Ibu Tunggal
Kita banyak menerima sinopsis cerita tentang penderitaan, perjuangan dan akhirnya kejayaan wanita-wanita yang menjadi ibu tunggal akibat perceraian, dan kita tolak sinopsis-sinopsis itu. Jika sinopsis itu adalah kisah ibu tunggal akibat kematian, kita boleh terima.
Membaca kisah-kisah kejayaan ibu tunggal akibat perceraian boleh mencipta risiko kesan negatif ke atas minda perempuan-perempuan yang membacanya.
Risikonya: Perempuan-perempuan yang banyak membaca novel-novel yang objektifnya adalah bagi membuktikan bahawa.....
bercerai itu 'ok',
jadi ibu tunggal itu 'ok',
tidak ada suami itu 'ok',
anak-anak dibesarkan tanpa ayah dalam rumah itu 'ok',
mudah dapat suami baru yang lebih baik,
kahwin kali kedua lebih bahagia,
hidup sebagai ibu tunggal boleh juga berjaya........
Dikhuatiri, akibatnya, lama-lama perempuan-perempuan yang banyak membaca cerita-cerita seperti itu boleh mendapat semacam rasa yakin dan berani hendak bercerai apabila mengalami masalah dengan suami.
.
Membaca kisah-kisah kejayaan ibu tunggal akibat perceraian boleh mencipta risiko kesan negatif ke atas minda perempuan-perempuan yang membacanya.
Risikonya: Perempuan-perempuan yang banyak membaca novel-novel yang objektifnya adalah bagi membuktikan bahawa.....
bercerai itu 'ok',
jadi ibu tunggal itu 'ok',
tidak ada suami itu 'ok',
anak-anak dibesarkan tanpa ayah dalam rumah itu 'ok',
mudah dapat suami baru yang lebih baik,
kahwin kali kedua lebih bahagia,
hidup sebagai ibu tunggal boleh juga berjaya........
Dikhuatiri, akibatnya, lama-lama perempuan-perempuan yang banyak membaca cerita-cerita seperti itu boleh mendapat semacam rasa yakin dan berani hendak bercerai apabila mengalami masalah dengan suami.
.
13 Komen :
Puan Ainon, alangkah baiknya kalau kesedaran ini juga ada pada penjana filem/video kita yang terikut ikut dengan trend dan kepentingan duit semata mata.
Puan Ainon, saya setuju jangan terlalu banyak menunjukkan janda2 yang berjaya dan bahagia selepas bercerai, golongan itu cuma segelintir saja, itu bukan realiti yang sebenar, sebaliknya kebanyakan janda lebih menderita selepas bercerai, tak dapat nak cari suami baru sampai tua. Lebih baik jadi isteri tua, sekurang-kurangnya masih ada suami... Mula-mula memang sakit hati yang teramat sangat bila dapat tahu suami ada hubungan sulit, tapi kalau sabar dan berserah kepada Tuhan, insyaAllah, dugaan itu dapat diterima.
Puan Ainon nak mencelah sikit.
Dalam banyak karya Melayu fasal hubungan nikah poligami, saya baru temui satu orang penulis yang menggarap tema dengan nada positif - M Affandi Hassan. Yang lain semuanya asyik cerita bergaduh, isteri cekak pinggang, suami hayun tangan - klise saja. Saya nantikan karya yang ikut teladan M Affandi Hassan dizaman penuh pancaroba ini.
Aslamualaikum wbth.
Diharap lebih banyak penerbit mempunyai pemikiran intelek yg tinggi macam Puan Ainon yg memberi perhatian berat kpd kepentingan perempuan dan keluarga dalam menjalankan bisnesnya. Syabas PTS! kerana mempunyai rasa tanggungjawab yang besar terhadap akhlak pembaca buku2 PTS.
Puan Ainon, TV dan majalah2 hiburan banyak mengglamourkan janda2, sampai banyak perempuan yg bergaji tak takut nak jadi janda. Baru dapat tahu suami ada affair kecil dah beri kata dua pd suami. Kalau suami tak putuskan juga hubungannya, dia terus ke pejabat kadi isi borang nak ceraikan suami. Kemudian dia pergi pejabat peguam untuk dapatkan pembahagian harta sepencarian.
Dulu perempuan amat takut dan malu jadi janda.
Imej janda glamour dapat kawin menteri macam Tiara dan Normala Samsudin memberi harapan kepada artis2 lain yg ada masalah dengan suami, kalau mereka bercerai mereka pun boleh dapat suami baru yg lebih kaya.
Sekarang ini pula kahwin duda dah jadi sangat glamour bila Siti kahwin Dato' K. Dulu anak dara amat malu dituduh curi suami orang, tapi sekarang Siti sudah buktikan ia tak perlu malu. Lepas ini artis2 lain akan lebih berani paksa bakal suami ceraikan isteri yang ada, sebab dah ada contoh macam Siti.
Benar seperti Puan Rohana tulis,sebenarnya ramai ibu-ibu tunggal@janda yang menderita membesarkan anak terutama di Kuala Lumpur. Rajin-rajinlah menghubungi persatuan-persatuan ibu tunggal jika mahu mendengar keluhan mereka. Jika rumah anak-anak yatim mewah dengan sumbangan terutama bulan ramadhan, persatuan ibu tunggal pula tercari-cari penaja. Ada yang dapat sumbangan tapi itupun setelah ketua mereka 'rajin' turun naik pejabat tertentu. Janda tak glamour serta menderita sebenarnya lebih ramai dan merekalah yang perlu ditonjolkan agar penyakit cerai-berai menjadi sesuatu yang ngeri buat perempuan/isteri.
pd pendapat saya, kalau hidup menderita dgn suami yg tak guna, lebaih baik angkat kaki. kenapa kita kena 'berkorban' sgt.
isunya bukan jd ibu tunggal tu ok ke tak.
isunya kenapa suami menjadikan isterinya ibu tunggal?
Cik Naziehah,
Jawapan kpd pertanyaan anda.... sebab si ibu tunggal sudah tersalah pilih lelaki untuk diambil sebagai suami....
Cik Sitie, saya rasa ada tak eloknya kalau banyak menonjolkan kisah janda2 yang hidup menderita akibat bercerai, sebab nanti timbul rasa kebencian terhadap lelaki pulak.
Sebenarnya lelaki yang jahat kpd isteri dan perempuan pun segelintir sahaja, tak ramai, tapi itulah yg ditonjol2kan dalam novel cinta....
Lebih baik tulis cerita2 yang memberi bimbingan hidup bahagia sebagai suami isteri walaupun mereka hidup susah ataupun mengalami dugaan tuhan dengan pelbagai ujian. Tulis kisah2 kasih sejati dan cinta abadi supaya jadi ikutan.
Bagaimana mahu menulis kala menunduk,bimbang yang menunduk ialah mata sebab mengantuk.
Tidak mendabik kata,PTS mesti bersikap terbuka menerbit pengkaryaan yang menulis dengan kupasan mendidik menurut terma berpilih-pilih menyumbang manafaat.
Bisa bicara bila ia tersemat di jiwa,jujur menyapu ragu yang cuba di nilai oleh mata,yang sakit hati tapi menangisnya di mata,yang pedih luka jiwa namun yang merenung menentang sempadan diri tetap mata!
Ikhtiar urus agar mata menatap yang benar dari susunan niat dari baris-baris kata...akhirnya terjemahkan pada tindak gerak laku.Saat ini mata juga yang di guna untuk menilai...biar yang ditindas berkali-kali minda yang merasa menyelami menerima hakikat...selagi tak mampu bersikap adil...menjadi juara hanya pada bicara yang berserampang dua mata !Bangunkan yang sudah mula nak terlena dengan madah berhelah kata.....
Misal,bersuami/beristeri melengkap
separuh Ad-Deen,benci sunnah bukan ummat Rasul,bercinta dengan niat yang jelas memberi kekuatan bila berhadapan dengan ujian.
Transisi masa 5-10 tahun berkenal jiwa raga...11-15 tahun telah terbina kekuatan akal yang upaya menyaring kemelut isu-isu 'terumbu karang' yang menghalang kebahagian.
Berapa lama masih mahu membukti diri tetap setia...PTS perlu melangkah jauh bersama dengan 'peminat' yang berkala bangsa....
Puan Sifu...jam pun di "set' untuk masa senggang...pembaca pun bukan semua tema mereka suka...sesekali mereka juga mahu sekadar mendengar IPod je...
Setiap apa yang terjadi pasti bersebab, oleh itu mari sama-sama kita renungkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhlukNya. Manusia dijadikan supaya menjadi khalifah di muka bumi. Oleh itu manusia diwajibkan untuk berbuat baik dan sentiasa bertaqwa kepada Allah yang maha esa. Dugaan yang mendatang adalah sebenarnya bukan untuk menguji semata, tetapi untuk memajukan diri menjadi insan yang lebih bertaqwa. Mengapa kita hidup perlu menyalahkan sesama kita? Kerana kita tidak pernah terfikir bahawa kita sendiri adalah generasi yang akan menggalakkan kepada kehancuran Islam itu sendiri. Lihat sekeliling dan fikirkan kaitannya dengan masalah anda. Jangan sesekali menyalahkan orang lain atas masalah kita, kerana masalah itu cuma satu ujian kecil daripada Allah yang maha esa. Jadi fikir sedalam-dalamnya dengan akal yang waras dan berlandaskan ajaran Islam.
Mana lebih baik?
1) bercerai dan tidak lagi memikul dosa. (Dosa isteri pada suami dan dosa suami pada isteri. Bila masing-masing sudah tidak bersefahaman tentu sekali banyak salah dibuat).
2) tidak bercerai dan duduk serumah dalam keadaan yang tegang, stress dan penuh dengan kebencian, tiada lagi kasih sayang. (apakah hidup ini perlu dilalui dalam keadaan menderita sepanjang masa?)
Bercerai tidak berdosa dan tidak salah. Tetapi kebanyakan orang lebih rela berbuat dosa sepnjang hidup mereka asalkan rumahtangganya tidak roboh.
Berkahwin kali ke berapa sekalipun tidak salah dan tidak berdosa.Namun ramai lelaki dan sedikit wanita lebih rela mengadakan hubungan haram daripada hubungan halal.
Bahagiau tidak ia adalah subjektif dan bahagia juga ada pasang surutnya.
Adakah semua pasangan yang hidup kekal sehingga akhir hayat itu BAHAGIA? ANAK=ANAKNYA SEMUA OK? SI ISTERI DAN ANAK-ANAK TERBELA HIDUPNYA?
Dugaan dan ujian tidak memilih status seseorang, samada dia ibu tunggal ataupun tidak. Itu realiti kehidupan dan semua orang harus melaluinya.
Buatlah semuanya kerana Allah. Berkahwin kerana Allah, Bercerai pun kerana Allah. Barulah hati tidak sakit dan jiwa tidak merana.
saya tak minat bace novel berkaitan rumah tangga dan cinta..
Post a Comment
<< Home