Thursday, July 20, 2006

Penulis Tidak Perlu Penerbit Lagi

Penerbit dan pengedar buku konvensional (seperti PTS) berdepan dengan cabaran terbaru dari teknologi publishing on demand yang membolehkan penulis mencetak dan menjual buku sendiri.

.

5 Komen :

At 2:35 PM, Blogger Panaharjuna Berkata ...

Tapi puan, selagi tradisi memegang buku itu masih ada, pasti akan ada kelainannya berbanding memegang palmtop atau apa-apa PDA.

 
At 2:51 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Assalamualaikum wrh..
Sdr. Panaharjuna,
Rasanya saudara tersasar dari tajuk...
Yang Puan Ainon maksudkan adalah buku pengarang boleh diterbit secara langsung oleh pengarang sendiri...iaitu menentukan lay-out, gambar, penyusunan dll menggunakan perisian percuma yang dipanggil 'Booksmart Blurb' itu......tanpa perlu melalui syarikat penerbitan...produk akhirnya tetap ada buku dalam bentuk buku di tangan pembaca...

Sila saudara baca sekali lagi...

Ide ini sangat menarik sekali...

 
At 4:31 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Ini Fable Fox bercakap :

POD (Publishing On Demand, bukan kumpulan {P.o.D}) ini sesuai jika buku itu mempunyai sasaran yang kecil, atau tidak diterima oleh mana-mana publisher. Kekurangan atau kelemahan buku jenis ini ialah harganya lebih mahal. biasalah, cetak satu-satu.

Bagaimanapun, ramai pengarang yang menggunakan POD sebagai batu loncatan. Sebab ada buku yang kandungannya baik, walaupun harganya mahal, dibeli ramai orang, ataupun direview oleh sesetengah majalah sebagai baik. ini menyebabkan ramai publisher menghampiri penulis tersebut untuk kebenaran mencetak buku itu, yang pasti harganya lebih murah berbanding POD.

demi kebaikan pembaca, ramai penulis bersetuju untuk dicetak dengan harga murah oleh penerbit.

Jadi penerbit macam PTS jangan bimbang ;-)

Apa yang penting, kalau ada buku POD yang popular, cepat-cepat hubungi penulis itu.

Ingat tu Puan Ainon!

 
At 7:23 PM, Blogger rastom Berkata ...

kalau dalam dunia rakaman musik, konsep POD ibarat mengeluarkan master tape. Ada kelebihan untuk kedua belah pihak penerbit dan karyawan. Penulis boleh visualize format, kulit, grafiks dsb ikut selera dia. Penerbit boleh nampak apa yang diingini penulis. Masing masing timbanglah tengok.

 
At 3:47 PM, Blogger Panaharjuna Berkata ...

Hahahaaha betul tu puan neena, saya memang tak baca pun publishing on demand tu...

 

Post a Comment

<< Home