Mesej Moral dalam Novel Remaja
Sebagai penulis, saudara pernah menuntut di kolej dan saudara melihat dengan mata saudara sendiri perkara-perkara berikut berlaku di mana rakan-rakan saudara terlibat dengan aktiviti:
1. Pergi ke disko
2. Mengambil syabu dan ecstacy
3. Di tangkap berkhalwat oleh pegawai keselamatan kolej dalam bilik tutorial kosong
4. Hamil
5. Bekerja part-time sebagai pelayan di kelab elit
6. Merokok
7. Hujung minggu tidur di bilik sewa boyfriend
8. Menjalin hubungan cinta dengan pensyarah yang sudah beristeri
9. Minum arak
10. Berjudi
11. Mencuri di asrama
12. Hidup dengan 2 wajah, di kolej pakai tudung, di luar buka tudung
13. Ada sugar-daddy ataupun sugar-mummy
14. Menipu bagi mendapatkan markah tinggi
15. Mengurat dan menggoda pensyarah bagi mendapatkan markah tinggi
16. Suka menukar dan mencuri boyfriend
17. Menipu duit orang
18. Panjat pagar
19. Berbohong kepada pegawai keselamatan
20. Tindik hidung
21. Cat rambut
22. Mengambil pil pencegah hamil
23. Membeli alat pencegah hamil kegunaan lelaki
Ada penulis yang berpandangan, perkara-perkara itu boleh diceritakan dalam novel-novel remaja dengan tujuan hendak memberikan pendidikan moral kepada pembaca remaja dengan menerangkan perbuatan-perbuatan negatif yang mesti mereka jauhi.
Apa pandangan saudara?
.
1. Pergi ke disko
2. Mengambil syabu dan ecstacy
3. Di tangkap berkhalwat oleh pegawai keselamatan kolej dalam bilik tutorial kosong
4. Hamil
5. Bekerja part-time sebagai pelayan di kelab elit
6. Merokok
7. Hujung minggu tidur di bilik sewa boyfriend
8. Menjalin hubungan cinta dengan pensyarah yang sudah beristeri
9. Minum arak
10. Berjudi
11. Mencuri di asrama
12. Hidup dengan 2 wajah, di kolej pakai tudung, di luar buka tudung
13. Ada sugar-daddy ataupun sugar-mummy
14. Menipu bagi mendapatkan markah tinggi
15. Mengurat dan menggoda pensyarah bagi mendapatkan markah tinggi
16. Suka menukar dan mencuri boyfriend
17. Menipu duit orang
18. Panjat pagar
19. Berbohong kepada pegawai keselamatan
20. Tindik hidung
21. Cat rambut
22. Mengambil pil pencegah hamil
23. Membeli alat pencegah hamil kegunaan lelaki
Ada penulis yang berpandangan, perkara-perkara itu boleh diceritakan dalam novel-novel remaja dengan tujuan hendak memberikan pendidikan moral kepada pembaca remaja dengan menerangkan perbuatan-perbuatan negatif yang mesti mereka jauhi.
Apa pandangan saudara?
.
20 Komen :
Boleh diceritakan? Boleh, tapi sipi-sipi... tak perlu terperinci macam Pak Samad memperincikan air longkang dengan cukup menjijikkan sekali.
Tujuannya (sama ke dengan niat?)memberikan Pend. Moral? Molek sangatlah tapi kalau tak tertangkap pembaca remaja muda belia yang umumnya sekerat matang dan lebih mengutamakan keseronokan dan keasyikan (yang nafsu-nafsi), bagaimana? Tujuan tak sampai...
Menerangkan perbuatan negatif? Jangan terang sangat, biar samar-samar sikit. Tapi nanti dibayang-bayangkan pembaca remaja muda belia separuh masak pulak... alamat gelaplah perbuatan positif.
kalau terang sangat, jadilah ia macam filem filem melayu masakini
Kalau diceritakan secara jelas, akan menampakkan perkara ini sebagai satu fenomena biasa dan mungkin ada yang akan menganggap satu gaya hidup masa kini. Sepertimana yang Tuan Rastom katakan, seperti filem-filem melayu masakini, yang hilang nilai jati diri. Sebenarnya isu-isu yang disebutkan itu boleh ditulis dengan gaya bahawa perbuatan tersebut amat keji, tanpa perlu memperincikannya, sepertimana Enid Blyton menggambarkan perbuatan menipu dan mencuri sebagai satu perkara yang amat dahsyat (dan sememangnya pun)dan pelaku tersebut dipulaukan, gaya penceritaan Enid blyton ini benar-benar memberi kesan pada saya semasa kanak-kanak dahulu. Remaja tidak mudah terkesan jika diberi amaran dengan dosa dan balansan Tuhan. Pandangan mereka masih sempit, mereka lebih memikirkan tentang diri mereka sendiri, oleh tiu jika digambarkan pelaku-pelaku perbuatan keji dipulaukan, hilang sahabat dan tidak mendapat kepercayaan dari keluarga, tentu mereka lebih takut. Dalam masa yang sama mesti diceritakan kehidupan kampus yang positif dan lebih menyeronokkan seperti aktiviti 'bawah tanah' - penglibatan dengan badan-badan luar melalui persatuan tertentu sebagaimana yang sebenarnya wujud di kampus-kampus, nilai perjuangan, pergolakan politik kampus, dan mungkin memberi sedikit fokus kepada kajian dan tesis yang dilakukan oleh pelajar. Mungkin ini akan menimbulkan satu rangsangan untuk pelajar-pelajar muda lebih berusaha untuk merasai kehidupan kampus yang sebenar. Kisah sebegini ada diceritakan dalam The Rules of Four (saya lupa pulak siapa penulisnya, buku itu pun sedang dipinjam oleh anak saudara saya) - tentang kehidupan di kampus di Universiti Princeton.
Asalamualaikum, Puan Ainon.
Saya setuju dengan pandangan Suhaimi, kalau hendak menceritakan aspek negatif "mesti secara sipi-sipi" sahaja.
Saya sokong sangat pandangan Norjihan yang berbunyi "mesti diceritakan kehidupan kampus yang positif dan lebih menyeronokkan...."
Novel remaja PTS mesti ikut cadangan Norjihan ini supaya menjadi sumber motivasi budak2 remaja bercita2 hendak masuk kolej, bukan sibuk nak cari kerja jadi kerani atau kerja kilang lepas SPM.
itu soal teknik dan penyampaian. yang penting, penulis itu sendiri mesti terang, misalnya - kenapa logiknya hal-hal sebegitu dimasukkan dalam karyanya. remaja kini, saya rasa sudah dapat berfikir - kalau kita tanya mereka disko itu tempat baik atau buruk, mereka pun tahu buruk. hisap rokok membahayakan kesihata, mencuri salah, bertindik bukan budaya melayu dan sbgnya. oleh itu, akhirnya perkara ini kembali kepada penulis, bagaimana dia dapat menggunakan bahan itu untuk memberi pengajaran kepada pembaca. disitulah daya kreatif seorang penulis teruji - macam pisau , matanya kena tajam. bentuk macam mana pisau itu, tak perlu diperkirakan sangat - yang penting kita boleh panggil ia pisau, ada seninya, dan tajam. apapun, apabila kita menulis karya remaja, novel dalam hal ini - penulis kenalah sumbat dalam kepala, untuk pendidikan. itu 'pulau' terakhir kita. bukan setekat ingin beri maklumat, informasi dan ilmu sahaja, kerana benda-benda itu nboleh didapati dalam buku ilmiah. kita kena berikan yang ada dalam buku ilmiah dan yang tak ada dalam buku ilmiah. salam
Asalamualaikum, kita selalu dengar orang berkata pembaca bukan bodoh, mereka boleh menilai mana yang baik mana yang buruk, remaja sekarang sudah boleh berfikir secara kritikal.
Tapi cakap2 macam itu adalah hujah pengarang2 yang hendak menghidangkan cerita2 yang boleh buat duit, cerita2 yang berkualiti hampas dan sampah sarap. Mereka berkata begitu untuk membela bahan2 sampah sarap yang mereka tulis, terbitkan dan jual kepada pembaca2 muda.
Betul kata En. Rastom, drama2 Melayu sekarang sudah amat 'maju' dan 'moden' tapi ke arah kemungkaran, akibat hendak tunjukkan realiti dlm masyarakat konon! Janganlah pulak PTS terikut2 dengan apa yg berlaku dalam drama2 TV dan novel2 cinta yang membawa pembaca ke alam kesesatan.
Kenapalah cerita berkisarkan kampus nampak sangat dibuat-buat dan terlalu nampak keseronokan palsu yang dilakonkan....Dari jadi cerita serius bertukuar jadi jenaka pun ada....
***Teringin nak buat cerita pelajar U yang tidak ada kerja akhirnya menjadi kakitangan sokongan sekolah (tukang sapu) yang memberi inspirasi kepad amurid-murid lemah dan guru yang bekerja kerana 'tidak ada pilihan' untuk berubah...(kalau dibuat cerekarama bagus....hahaha)
Cerita kampus bukan sekadar cinta, tetapi drama kisah kampus di tv sekarang tidak mengisahkan nilai lain sekadar cinta kasih anak muda.
Nilai cinta boleh menjadi terlalu rendah jika perjuangannya hanyalah cinta lahiriah semata. Gerakan cerita hanya berkenaan perasaan cemburu, patah hati dan cinta kesampaian dibuktikan dengan berdua-duaan.
Nilai cinta itu lebih besar daripada itu seperti cinta pada tuhan, ibu bapa, persahabatan, ilmu pengetahuan, perjuangan hidup kampus dan cinta yang diredhai tuhan.
Cinta dalam novel, filem, sajak dsb hanyalah asam garam, ajinomoto, serbuk perasa. Rakyat Malaysia ramai yang semakin botak di usia muda kerana terlalu banyak telan serbuk perasa. Karya besar pandai menyulam cinta dalam cerita. Contoh, Bumi Manusia oleh Pram dan War and Peace oleh Leo Tolstoy. Pelik juga, terdapat banyak karyawan non-muslim yang mampu menyulam kisah cinta berkesan tanpa "mendedahkan" segalanya, dengan memaparkan interaksi yang sungguh sopan. Budaya apa yang dalam tv/filem Melayu sekarang? Seni tiada, budaya pula nak dikatakan Barat, ada contoh dari Barat yang lebih baik, kenapa yang buruk jadi ikutan?
Ini Fable Fox bercakap:
Buku ketiga saya tentang pemegang diploma akhirnya jadi carwasher.
apa yang menariknya :
waktu kecil pernah salah satu sahaja dari 50 soalan matematik
utk matematik PMR, cuma salah dua dari 50.
pernah terbaik dalam kelas bab programming.
pernah terbaik dalam kelas bab 3d animation.
mesti best sebab cerita benar.
apa yang menarik, seminggu dua lagi(mungkin selepas pesta buku kat mid valley), walaupun telah menerbitkan dua buku komputer, terpaksa carwash balik, sebab duit dah nak habis cari kerja, tapi kerja tak dapat-dapat.
Sdr Fable Fox,
Tolonglah emelkan kpd saya jibunsyi sdr itu! (Huh! Geramnya!)
Berkongsi pengalaman sumber kekayaan budi mempererat jiwa menyatukan hati.Remaja kurniaan berharga untuk negara dan bangsa.Tangan juga hati akan mudah terlanjur jika tidak dipedomankan dengan agama dan moral.Ramai remaja menjadikan MP3,rancangan hiburan di tv,rakan bual di alam cyber dengan bersendirian di bilik dan keluar bersama rakan di hujung minggu untuk menonton atau aktiviti 'in door game' antara kegiatan yang normal buat remaja.
Novel jika dapat memenuhi cita rasa mereka dengan tema yang mendidik berselit hiburan ringan dan terapan falsafah nilai agama dan moral, etika adab serta tugas anak-anak yang mengasihi ibubapa, insyaAllah dengan bunga bahasa yang mudah berupaya di manafaatkan oleh remaja. Apa yang penting niat dan kita akan mendapat apa ang di niatkan...usah terlalu mensasarkan imbuhan ketika menghasilkan karya kerana Allah sentiasa memberkati niat yang ikhlas. Jika mahu menyelitkan unsur percintaan biarlah diungkap makna niat mengapa mahu bercinta,kerosakan yang di hasilkan oleh kebebasan tanpa batas,menurut agama kita membina akhlak penting dan ibu kerap menasihati melaui 'leteran'.
Saudara Fable Fox,
Tidakkah saudara pernah terfikir? Barangkali disebabkan sikap saudara yang 'menyerlah' itulah yang menyebabkan saudara 'cari kerja tidak dapat-dapat' sampai ke hari ini...
Jadilah seperti resmi padi, makin tunduk makin berisi...
Mudah-mudahan dengan perubahan sikap itu...Allah akan permudahkan jalan mencari rezeki...
Dengarlah nasihat dari orang tua yang sudah banyak makan garam...
sdr fable box,
sifu pts sendiri minta jibunsyi sdr. Jibunsyi adalah novel yang menceritakan kisah hidup benar. Segeralah emel kepada sifu.
Sifu pasti sangat geram apabila modal insan seperti sdr disia-siakan begitu.
saudara anonimus,
saya menyerlah waktu ini jer. saya memang jenis tunduk berisi. masalahnya, tak de orang dalam. kedua, bidang yang saya ceburi tidak ramai orang melayu (syarikat melayu). sebab ketiga saya graduate kolej swasta.
entahlah, orang malaysia kalau dapat orang macam hang nadim, mereka memang hendak humban-humban ke laut.
selepas khalid saleh menang pelakon terbaik asia, filem apa pula yg dia berlakon.
kita hantar siti ke US, akhirnya ditontonn orang sendiri. ada group lelaki yang lagu dia kat jepun popular (lebih popular dari lagu linkin park), tidak pula hantar dia orang buat konsert ke jepun.
pija (atau nija?)dapat emas untuk pertandingan R&B kat US. dah ada ke album dia? Produk apa yang dia jadi wakil?
Che Sharkawi ada anugerah animasi kat US, balik Malaysia jadi lecturer.
Dalam berita harian, zul design pernah menceritakan dia dipanggil ke pejabat kerajan untuk demo ciptaan dia. dia diketawakan macam badut.
dulu ada artikel dalam utusan pasal 3 genius melayu yg akhirnya jadi entah apa-apa. salah sorang jadi tukang sapu.
Entahlah. kat malaysia, kita memang suka humban orang macam hang nadim ke laut.
Puan Ainon, sabar, masih ada dua jibunsyi sedang disiapkan. jibunsyi ketiga tunggu dulu..
Sdr Fable Fox, (bercakap dengan geram nih!) apabila penerbit sdr yang minta, jangan ditangguh2, terus hantar. Nanti saya humban saudara! (Baru tau!)
OKlah. Nanti saya hantar 60 peristiwa utk cerita cuci kereta ini. Sibuk dgn buku Venton, cari kerja lagi. Buku DBP pun belum mula lagi (sebab nak siapkan buku Venton dgn jibunsyi pertama dulu).
Saya percaya Pn. Ainon berpendapat it's ok untuk memaparkan kisah kehidupan remaja yang negatif sekarang ini kerana itu REALITI.
Memang benar kita perlu memaparkan realiti kehidupan dalam karya kita. Tidak perlu jadi hipokrit atau menyorokkan keburukan dan menunjukkan yang indah-indah sahaja.
Saya ingat lagi 12 tahun yang lepas, jarang sekali kita lihat pasangan muda-mudi yang terang-terangan bercumbu dan berpelukan. Tetapi kini, di taman-taman, dalam komuter, LRT, hatta di tepi jalan, permandangan yang boleh mengganggu ketenteraman mental itu amat mudah ditemui.
Mengapa? Kerana filem-filem dan drama-drama terlalu banyak memaparkan REALITI. Tak kira filem dari luar atau filem tempatan. Kerana pendedahan realiti inilah, sekarang ini ia menjadi suatu kebiasaan. Jika dahulu, ia hanya realiti bagi segelintir masyarakat, tetapi disebabkan paparan realiti itu, ia kini menjadi realiti bagi sebahagian besar dari kita.
Realiti tetap realiti, tetapi mengapa tidak diketengahkan realiti yang baik-baik dan kita ketepikan realiti yang tidak baik? Saya percaya jika filem/ drama/ novel di negara kita banyak memaparkan adegan-adegan yang sihat, remaja kita akan jauh lebih baik dari yang ada sekarang ini. Ini kerana media massa, memang tidak dapat kita sangkal, sangat besar pengaruhnya.
Percaya atau tidak masih ada lagi pasangan pengantin yang berkahwin dengan orang yang tidak dikenali, atas pilihan orang tua. Ada juga muda-mudi yang bercinta tetapi tidak pernah berdua-duaan, tidak pernah berpegangan tangan, tidak pernah bertukar-tukar SMS memberahikan.
Mengapa tidak diketengahkan realiti yang sebegini? Dan ketepikan sahaja realiti yang mempunyai pengaruh negatif.
Seperti trend mewarnakan rambut, jika dahulu boleh dibilang dengan jari orang melayu yang mewarnakan rambut tetapi kini... mungkin ada yang lupa bahawa rambut asal orang Melayu itu sepatutnya berwarna hitam. Mengapa? Kerana media elektronik/ cetak terlalu BANYAK memaparkan REALITI orang Melayu berambut blonde.
Assalamualaikum...
Saya sudah tinggalkan dunia universiti kira - kira 5 tahun yang lalu. Waktu tu, dalam suasana tempat saya belajar, cuma 3 dari 23 contoh (13%) saja yang berlaku, atau yang saya nampak dan dengar dengan mata kepala saya sendiri. Sudah semestinya, peratusan ini bergantung kepada penuntut - penuntut di mana saya belajar dan hostel di mana kami tinggal. Dalam hal ni, saya pelajar perubatan di UM, mungkin gejala begini amat kurang, berbanding dengan, contohnya penuntut kursus lain di IPTS? Saya tak pasti...
Yang saya pasti, realiti memang realiti, tapi, adakah realiti yang kecil peratusannya itu yang lebih 'menguntungkan' untuk digembar-gemburkan?, atau realiti sebenar mengenai penuntut dari kampung yang berusaha keras untuk berjaya supaya dapat mengubah status ekonomi keluarganya (majoriti kami, penuntut perubatan melayu adalah begitu), tapi ceritanya datar, tidak 'panas' untuk diterbitkan? Entahlah, bila manusia bertuhankan wang, segalanya boleh berubah. Maaf ya, out of context?
Post a Comment
<< Home