Sunday, July 23, 2006

ALAF: Jangan Lawan Gergasi

PTS menerima banyak sinopsis yang temanya adalah kisah percintaan, oleh itu kita tolak, sebab PTS tidak akan masuk sektor novel cinta yang sudah sinonim dengan nama ALAF21.

Bisnes menerbitkan buku adalah serupa dengan bisnes produk-produk lain. Apabila sesuatu kategori produk itu sudah ada "pemain gergasinya" maka sebagai suatu strategi bisnes, kita jangan masuk padang di mana gergasi itu bermain-main, nanti kita mati dipijaknya.

ALAF21 adalah gergasi dalam padang novel cinta. Oleh itu "budak kecil" jangan masuk padang ALAF21.

Walaupun PTS sudah dianggap "budak besar", namun PTS besar dalam kategori buku-buku motivasi, pendidikan dan bisnes, bukan dalam novel cinta.

Kalau PTS hendak ikut menerbitkan novel-novel cinta, dalam bidang itu PTS tetap "budak kecil" dan kita tidak akan mampu berlawan dengan gergasi ALAF21.

Mulai bulan Ogos depan PTS akan mula masuk pasaran novel, TETAPI bukan novel cinta. PTS akan memperkenalkan genre yang dipanggil dengan istilah JIBUNSYI di Jepun, yang ditulis menggunakan teknik surah Yusuf.



.

7 Komen :

At 7:16 PM, Blogger rastom Berkata ...

(masih garu garu kepala) , saya nasih gelap gulita perihal jibunsyi. sudilah ap kiranya mencerahkannya kepadaku. Puan Ainon, bagaimana pula halnya dengan buku yang mirip "Complete Idiots Guide To ....." Ada sekufu ke dengan naluri PTS?

 
At 9:38 PM, Blogger ISBIHA Berkata ...

Sekadar berkongsi pengetahuan, yang saya tahu jibunshi itu ialah penulisan kisah hidup. Senang cerita autobiografi. Di negeri Jepun, penulisan kisah hidup meresap ke dalam masyarakat, ditulis sendiri oleh orang awam dan diterbitkan sendiri. Ada kelas mengajar penulisan jibunshi, ada perpustakaan khas, ada kelab khas dan ada anugerah khas. Agaknya kalau saya tubuhkan sebuah kelab, katakan KUPAS (Kelab Penulisan Autobiografi dan Sejarah) ada orang nak jadi ahli? Mari sokong saya.

 
At 10:59 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Isbiha,

Saya sokong KUPAS! Saya ahli No.0001. Book!

Nota: Di Jepun ada muzium jibunsyi.

 
At 11:27 PM, Blogger rastom Berkata ...

isbiha, terima kasih. sekarang sudah jelas, minat juga dengan KUPAS!

 
At 6:44 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Tuan Rastom, apakah tuan mahu menulis jibunsyi? Saya akan hantar contoh bagi dijadikan model penulisannya.

Tuan juga wajib hadir kursus menulis jibunsyi dengan menggunakan teknik surah Yusuf.

 
At 7:18 PM, Blogger rastom Berkata ...

Puan Ainon, minat ada. Ragu pun ada. Tentang diriku didokumentasikan, apalah ada peluang komersil dibukukan? Nggak ada yang sensasi macam Datuk K pak! Bagaimanapun contohnya amat saya hargai puan....

kelapamuda@gmail.com

 
At 8:43 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Tuan Rastom,

Pasir pun bisa dijual, pak. Tuan tentunya lebih berharga daripada pasir!

Soal Dato' K itu.... selepas gambar2nya disiarkan dalam konteks dunia hiburan yg penuh cerita kelentong, siape yang berani bikin bisnis ame die, dong? melainkan yang macem die juga, lho! ame-ame kaki kelentong.

 

Post a Comment

<< Home