Bagaimana PTS Menjalankan Strategi Penerbitannya
Entri ini ditulis bagi saudara yang baru masuk blog ini....
PTS menjalankan bisnes dengan cara kerja yang amat berlainan dengan penerbit-penerbit konvensional seperti DBP dan lain-lain. Tidak seperti DBP yang bekerja secara pasif di mana pegawai-pegawainya duduk di meja pejabat masing-masing dan menanti orang menghantar manuskrip, PTS merancang buku-buku yang akan diterbitkan 2 tahun lebih awal.
Buku yang diterbitkan pada tahun 2006 sudah mula dirancang pada tahun 2004. Mengapa 2 tahun lebih awal? Sebab PTS melabur dalam proses pendidikan pengarang-pengarangnya melalui aktiviti kursus dan mentoring.
Semua penulis yang hendak menulis untuk PTS wajib hadir kursus PTS. Inilah cara bagaimana PTS mendapatkan judul-judul buku yang laku dalam pasaran.
Dalam kursus-kursus PTS itulah saudara akan diberi maklumat program penerbitan yang ada dan yang akan dimulakan.

2 Komen :
Puan Ainon,
Tahniah kerana PTS mempunyai perancangan yang baik dari segi penerbitan. Tetapi kualiti mesti juga diberi keutamaan. Saya pernah dan baru sahaja menghantar beberapa buah buku yang 'reject' kepada PTS kerana missing pages and blank pages. Sila rujuk kepada pegawai Puan.
Saifuddin.
saifuddin.primams@gmail.com
Sdr Saifuddin,
Kesilapan dapat berlaku dalam sepanjang proses pernerbitan. Blank pages berlaku pada proses teknikal percetakan. Pencetak yang paling baik pun tetap ada error marginnya, itu sebab pencetak akan sentiasa membekalkan cetakan ekstra sebanyak 50 naskhah kepada penerbit sebab tentu ada yang cacat.
Semua penerbit akan terima naskhah cacat yang dipulangkan dan kita akan ganti dengan naskhah baru.
Jangan berat hati hendak mengembalikan buku-buku PTS yang cacat, sebab peruntukan untuk menggantinya memang sudah ada dibekalkan oleh pencetak!
Post a Comment
<< Home