Thursday, July 27, 2006

Terjemahan: Betul Tetapi Salah

Jika saudara baca terjemahan novel Geisya terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia, ITNM, saudara akan faham apa yang dikatakan terjemahan yang 'betul' tetapi sebenarnya SALAH!

Contoh ayat terjemahan yang betul tetapi SALAH:

She surrendered her virginity to the highest bidder. Dia menyerahkan kedaraannya kepada pembida tertinggi. Ayat ini betul tatabahasanya, tetapi hanya sasterawan sewel sahaja menghasilkan ayat begini dalam bahasa Melayu.

Syarat pertama menjadi penterjemah sastera bukanlah memiliki diploma, tetapi memiliki bakat sastera.


.

22 Komen :

At 10:06 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Kadang-kala kita terfikir mengapa berlaku perkara menterjemah dengan ayat bahasa Melayu yang tidak betul...ini adalah kerana orang yang mendapat peluang menterjemah novel ini semestinya sudah lama bertapak dengan ITNM, so mengapa dia nak peduli pasal standard buku penterjemahan yang dihasilkan,yang penting poket penuh dan yang lain bukan ana punya masalah...

 
At 10:32 AM, Blogger Waris Jagat Berkata ...

Betul apa yang Puan Ainon tulis dalam entri ini (dan juga yang terdahulu). Saya sendiri yang terlalu lama menulis dan membaca dalam Bahasa Inggeris tidak tahu bagaimana ayat di atas menjadi salah apatah untuk menterjemahkannya menjadi ayat yang indah dalam bahasa melayu.

 
At 1:06 PM, Blogger Web Sutera Berkata ...

mmg sewel. Sapa terjemah? isk..isk..
"kedaraannya", ada ka?

Kalau "menyerahkan keperawanan" atau "menyerahkan dara" ok le..

-- Web Sutera
016-220 6876

 
At 1:58 PM, Blogger rastom Berkata ...

terjemahan mekanistik, betul bendul, tiada perhitungan segi budaya. memang betul tapi salah. ingat lagi cerita SATU, DUA, TIGA....API!!!!!!!!?

 
At 4:36 PM, Blogger Wan A. Rafar Berkata ...

Membaca karya terjemahan seperti ini akan lebih kabur dan bengang.

 
At 8:15 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Ini Fable Fox :

Nasib baik belum daftar kursus ITNM, RM 1200 tu.

Saya rasa ia diterjemahkan guna software. mungkin babelfish, atau mana-mana perisian yg kita belum dengar.

Mana-mana orang Melayu yg baca akan rasa janggal. Kedaraan? Dara mana ada ke-an. kecantikan itu betul, cantik itu sifat. dara bukan sifat, ia objek, rasa-rasanya. saya bujang lagi :-P

 
At 10:03 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Tumpang sekali bagi komen sikit yer... Saya dikenali sebagai Fulltime Mom.

fable fox: Klu mengikut Kamus Dewan 4, Kedaraan maknanya keadaan masih dara atau gadis, kegadisan, keperawanan.

Mengenai terjemahan Geisha pula, harus kita ingat bahawa mengkritik menterjemah itu tidak seperti begitu. Kita semua manusia, kadang kala, ada juga membuat kesilapan.

Saya tak berani nak komen terlalu banyak, sebab saya pun belum lagi membaca terjemahan buku ini. Seperti yang dinyatakan Pn Ainon, tatabahasa untuk frasa tersebut betul, cuma mungkin terjemahan itu sedikit literal.

 
At 10:12 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

mintak maaf:

Mengenai terjemahan Geisha pula, harus kita ingat bahawa mengkritik itu mudah, tetapi kerja menterjemah itu tidak seperti begitu. Kita semua manusia, kadang kala, ada juga membuat kesilapan.

 
At 10:14 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

nampaknya ramai yang seolah-olah mengaku lebih mahir daripada penterjemah yang diamanahkan tugas tu. kalau terjemahan tu tak betul, bagaimana terjemahan yg betul? amjarni, web sutera, rastom, wan. a rafar, pn ainon sendiri - apa terjemahan yang betul?

 
At 11:05 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

There are too many critics in this world but not enough constructive criticism given. All these attacks on the poor translator sound like sour grapes to me.

 
At 11:52 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Saya rasa Puan ainon cuba membawa contoh terjemahan yang dibuat terlalu literal, beliau bukannya bermaksud nak menjatuhkan perterjemah tersebut. Sama-samalah kita bersangka baik di sini, mungkin perterjemah tersebut diberi masa yang singkat untuk menyiapka terjemahannya dan mungkin tidak sempat membuat semakan. Memang sakit mata dan sakit hati bila membaca terjemahan yang tidak betul.

Saya pernah diminta oleh seorang kawan dari badan kerajaan untuk terjemahkan satu kertas kerja oleh Dr. Chandra Muzaffar tentang perbandingan ajaran Islam dan Confucius ke dalam Bahasa Melayu dalam masa 3 hari sahaja. 2 hari terpaksa saya habiskan untuk mengkaji tentang Confucius sahaja dalam internet, bagi mendapatkan makna sebenar dan bukannya setakat terjemahan secara literal. Dan sehingga hari ini saya masih rasa terkilan kerana saya rasa tidak melakukan kerja saya dengan sempurna.
Berilah penterjemah itu dan diri kita peluang untuk memperbetulkan kesilapan, dengan adanya orang yang prihatin seperti Puan Ainon, diharapkan dunia penterjemahan dan transformasi maklumat akan menjadi lebih baik lagi, Insya ALlah.

 
At 12:55 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Kritikan itu penting terutama kritikan yang membina. Agar kita tahu kesalahan yang telah dilakukan dan mengambil iktibar agar perkara yang sama dapat dielakkan di masa akan datang.

Sebagai seorang yang 'buta-sastera' terima kasih diucapkan kepada Pn. Ainon kerana apa yang disampaikan itu adalah ilmu untuk orang yang tidak tahu seperti saya.

Tetapi adakah perlu Pn Ainon menggelar penterjemah itu "Sasterawan Sewel", tidakkah gelaran itu keterlaluan? Saya sungguh terkejut membaca tulisan Pn. Ainon, seorang yang saya gambarkan kaya dengan nilai-nilai murni wanita Melayu tetapi menggunakan perkataan (sewel) yang amat jarang saya dengar. Seingat saya perkataan itu hanya digunakan oleh kanak-kanak yang bertengkar sesama sendiri dengan niat untuk menyakiti hati seterunya.

Saya rasa kesilapan penggunaan perkataan "kedaraan" itu amat kecil jika dibandingkan dengan perkataan "sewel". Sekurang-kurangnya perkataan kedaraan itu tidak menyinggung perasaan sesiapa....

 
At 9:59 AM, Blogger Norziati Mohd Rosman Berkata ...

Bila kita masuk dalam dunia penterjemahan, memang macam-macam perkara baru yang kita dapat lihat. Kita bukan sekadar menterjemah bahasa, tetapi budaya dan masyarakatnya. Seperti menulis, nak menterjemah ni ada juga perkara yg kita kena ambil kira, bukan boleh terjemah sebarang sahaja.

Kalau nak tahu, cubalah ambil sebaris ayat dan terjemah. beri pada 10 orang akan beri terjemahan yang ebrbeza-beza. Kalau tak percaya, cubalah.

Lagi elok baca buku Puan Ainon tu, Prinsip Terjemahan (saya ingat lupa tajuknya). Buku ini jadi teks wajid dalam kursus terjemaham PPM-DBP. Cukup lengkap dan bacalah!

 
At 11:38 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Novel Geisha harus diterjemahkan oleh seseorang yang mempunyai latarbelakang negara Jepun, barulah nampak keaslian itu timbul dalam terjemahan novel geisha yang telah dimelayukan.Jangan berharap sangat mendapat projek penterjemahan dengan ITNM walaupun kita melabur RM1200/= unyuk mengikuti kursusnya kerana sudah ada kronik yang bertapak untuk mendapat projek lumayan....

 
At 11:40 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Saya bukan sasterawan dan bukan dari bidang bahasa tetapi saya adalah seorang pembaca. Sebagai pembaca memang menyakitkan hati membaca buku yang tidak diterjemahkan dengan betul, dalam ertikata yang lain terjemahan 'literal' tanpa memperdulikan maksud sebenar ayat atau idea cerita/karya tersebut. Oleh itu saya lebih suka membaca dalam bahasa asal /bahasa sumber daripada pening kepala dan keliru dengan frasa terjemahan yang dibuat kerana 'hendak cekup untung'dari pembaca melayu. Pembaca melayu bukan 'bodoh' dan pembaca tidak kira dalam bahasa apa bacaannya akan memilih buku yang bahasanya cantik dan menghiburkan walaupun isinya agak berat.

 
At 11:51 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Walaupun kontrak terjemahan dianugerahkan kepada kroni..macam juga banyak kontrak buat bangunan kerajaan, tetapi kroni juga perlu memjaga kualiti kerjanya. Sekiranya ia dibuat sambil lewa dan tidak bermutu lama kelamaan pembaca akan merasa jelak dan tiada siapa mahu membeli dan membacanya. Kuasa pelanggan (iaitu pembaca) akan menentukan samaada kroni ini boleh bertahan..percayalah mereka tidak akan dapat bertahan lama sekiranya mutu kerja mereka tidak baik (tidak kira berapa ramai telah di 'sponsor').

 
At 4:43 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Pertama sekali saya rasa buku yang dibincangkan di sini diterbitkan oleh Marshall Cavendish dan bukannya ITNM. Saya teringatkan Puan Ainon sebagai salah seorang pengajar kursus penterjemahan yang saya ikuti di DBP dan saya masih ingat banyak perkara yang dibincangkan mengenai proses penterjemahan. Puan Ainon menekankan kepentingan kerja penyuntingan (editing) sebagai salah satu proses utama di dalam penterjemahan. Saya berpendapat masalah yang dibincangkan di sini berlaku kerana penyuntingan yang agak pincang dan bukannya masalah "kesewelan" sasterawan penterjemahnya. Sebagai seorang penerbit berpengalaman dan berilmu, Puan Ainon sepatutnya menggalakkan lebih ramai penterjemah menterjemah buku-buku PTS ke dalam bahasa Inggeris atau sebaliknya dan pada masa yang sama memberi sokongan kepada industri penerbitan dan penterjemahan yang lesu di negara kita ini. Hidup PTS!

 
At 5:15 PM, Blogger Norziati Mohd Rosman Berkata ...

Puan, empunya badan (penterjemah Geisha tu) dah beri respon, tapi terhad kepada ahli yahoogroup yang subcribe sahaja. nampaknya dia tak melenting pula heheheh...

waras vs sewel
:-)

 
At 5:41 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Saya amat tertarik dengan isu yang dibincangkan bukan kerana hendak menghentam penterjemah tersebut tetapi kerana memang banyak buku yang dijual yang salah diterjemahkan. Saya pernah 'terbeli' buku untuk anak saya yang berusia 5 tahun. Buku tersebut ialah karya terjemahan cerita 'Peter Pen'. Saya membelinya kerana konon hendak mengalakkan anak membaca dalam bahasa Melayu. Tetapi apabila sampai di rumah, kami pun buka buku ini. Alangkah terkejutnya dan kecewanya saya dengan bahasa Melayu yang digunakan oleh penterjemah tersebut. Ia tidak sesuai langsung untuk anak-anak berusia 5 tahun. Buku itu menyatakan 'Twister' ialah teman wanita Peter Pen, dan ada beberapa perkataan dan frasa lain yang agak kurang sesuai. Anak saya tertanya-tanya maksud perkataan-perkataan tersebut dan saya merasa tidak selesa untuk menyatakan padanya. Lama kelamaan saya belikannya buku versi Inggerisnya, dan saya buang saja buku terjemahan itu dalam tong sampah.

 
At 6:54 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

anonymous: "...ini adalah kerana orang yang mendapat peluang menterjemah novel ini semestinya sudah lama bertapak dengan ITNM, so mengapa dia nak peduli pasal standard buku penterjemahan yang dihasilkan,yang penting poket penuh dan yang lain bukan ana punya masalah..."

sdr, berdosa tau memfitnah orang, terutama sekali kerana sdr tidak mengenali org yg difitnah tu.

fable fox: "dara bukan sifat, ia objek, rasa-rasanya."

sdr, cuma rasa2 saja pun nak juga hentam org? kalau tak pasti, pastikan dulu.

anonymous: "Jangan berharap sangat mendapat projek penterjemahan dengan ITNM walaupun kita melabur RM1200/= untuk mengikuti kursusnya kerana sudah ada kronik yang bertapak untuk mendapat projek lumayan..."

sdr, mengapa sakit hati? bukankah sdr melabur rm1200 tu utk mendapatkan ilmu agar mampu berdikari sebagai penterjemah? usahalah sendiri!!

norziati: "nampaknya dia tak melenting pula heheheh..."

sdr teringin melihat penterjemah tu melenting ke?

 
At 10:03 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Ini Fable Fox:

saudara anony, saya tidak menghentam. Saya tidak pula check Kamus Dewan 4. Cuma saya cuba ingat balik apa yang diajar oleh guru dahulu.

Masalah terbesar bahasa melayu ialah ia terlalu banyak mengambil bahasa lain dan melupakan bahasa sendiri, menyebabkan kadang kala bahasa sendiri terasa janggal. Sebagai contoh, TV3 memelayukan 'circuit' menjadi 'sirkit', sedangkan kita sudah mempunyai 'litar'.

begitu juga 'pensel' dari 'pencil' sedangkan kita lebih dahulu menggunakan 'kalam' (yg sebenarnya dari arab).

Jadi, kalau saya guna perkataan kalam dalam karangan BM, ramai guru kata itu loghat kelantan, dan salah. mesti guna pensil.walhal ia terkandung dalam kamus.

saya tidak menghentam, saya juga tidak mengaku saya mahir (belum ambil kursus ITNM lagi ;-) )

Ke..an biasanya digunakan untuk kata sifat, itu yang saya tahu. Apa yang penting, kita tidak boleh menghasilkan ayat janggal.

Saya mahu gunakan kalam, tetapi kini kita terpaksa gunakan pensil.

Ini adalah dilema bahasa Melayu. Tak lama lagi, bahasa melayu mungkin sekadar bahasa inggeris yang dimelayukan.

Harap maaf.

 
At 6:07 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

menarik, menarik, menarik.

 

Post a Comment

<< Home