Friday, July 28, 2006

Terjemahan: PTS Menawarkan Sistem Royalti

Royalti adalah bayaran yang saudara terima apabila saudara memegang hakcipta sesuatu karya. PTS FORTUNA menawarkan bayaran royalti bagi setiap judul karya terjemahan dalam projek siri sastera dunia.

Apabila karya terjemahan saudara diterbitkan oleh PTS FORTUNA, saudara akan menerima royalti, serupa sebagaimana yang diterima oleh penulis buku-buku karya original terbitan PTS yang lain.

Royalti dibayar selepas dikira jumlah naskhah yang terjual bagi sesuatu tahun itu. Apabila karya saudara laku banyak, maka banyaklah royalti yang saudara terima.

Apabila karya saudara laku dijual selama 20 tahun, maka tiap-tiap tahun selama 20 tahun saudara akan menerima royalti saudara.

Ini bermakna, PTS FORTUNA tidak mengamalkan sistem bayaran sebagaimana yang diamalkan oleh penerbit lain seperti DBP ataupun ITNM. Maka tidak timbul isu berapa sen upah terjemahan bagi setiap perkataan.


.