Buku Panduan Kahwin Muda: Hidung Duit
Penulis perlu mempunyai jenis EQ yang disebut 'hidung duit' atau 'business sense'.
Seorang pelajar universiti mengambil keputusan kahwin muda, yakni semasa dia dan tunangnya masih belajar. Selepas hampir setahun berkahwin, banyaklah pengalaman tentang susah payah kahwin muda sambil belajar, lalu beliau bercadang menulis buku "Panduan Kahwin Muda" dengan tujuan hendak membantu mereka yang kahwin semasa masih di universiti.
Isi kandungan buku panduan kahwin muda itu, menarik sekali. Salah satu babnya akan menerangkan cara hendak memberitahu ibu bapa dia hendak kahwin.
Tetapi buku yang menarik belum tentu banyak yang memerlukannya. Sebagai contoh, buku bertajuk "Seni Membuat Keris Melayu" menarik tetapi jumlah orang yang memerlukannya amat kecil.
Berapa ramaikah penuntut universiti yang hendak kahwin semasa masih belajar? Dan bagi orang muda yang hendak kahwin muda, adakah mereka masuk kedai buku dan mencari buku panduan kahwin muda?
Hendak tak hendak, penulis perlu mempunyai sedikit EQ 'hidung duit', dengan itu dia dapat mengenal pasti jenis buku yang ada pasarannya.

1 Komen :
Mmg bagus jika bakal pengantin mendapatkan buku tersebut. selain itu boleh juga klik pada pautan ini untuk persediaan menjadi raja sehari...
http://blogrelaxsantai.blogspot.com/2008/08/hanya-untuk-orang-orang-yang-nak-kahwin.html
Semoga rumahtangga yang bakal didirikan diberkati Allah S.W.T... Amin...
Post a Comment
<< Home