Pelancaran Buku yang Sia-sia
Ambil kira perkara-perkara berikut:
1. Kalau majlis pelancaran itu serupa macam yang selalu diadakan, tidak ada bukti pelancaran seperti itu dapat menaikkan jualan buku.
2. Kalau saudara panggil menteri, ramai pemberita datang, tetapi yang keluar dalam media adalah cakap-cakap menteri berkenaan hal-hal politik si menteri. Berita itu cuma memberi satu ayat untuk saudara, lebih kurang begini bunyinya: “Beliau berkata demikian selepas melancarkan buku bertajuk ……. di ibu negara malam tadi…..”
3. Kos pelancaran sangat tinggi. Semakin besar VIP yang melancarkan buku itu, semakin besar perbelanjaannya.
4. Saudara fikir saudara hendak menumpang nama VIP itu dan menjadikan VIP itu duta buku saudara. Sebaliknya VIP itu yang ‘hijack’ majlis saudara dengan menjadikannya peluang dia mendapat liputan percuma dalam media!
Perkara (1) itu amat penting difikirkan. Tidak ada bukti bahawa pelancaran buku menaikkan jualan buku yang dilancarkan.
Kalau begitu mengapa PTS melancarkan buku-bukunya sekali ataupun 2 kali setahun?
PTS melancarkan buku-bukunya dengan kos yang amat rendah. Sebagai contoh, PTS menumpang kempen membaca yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, ataupun sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, dan lain-lain majlis yang dianjurkan oleh pihak lain.
Objektif PTS melancarkan bukunya bukanlah bagi menaikkan jualan buku itu secara khususnya, melainkan bagi memperkenalkan “PTS” sebagai suatu brand. Dalam erti kata lain, majlis pelancaran buku PTS adalah aktiviti branding.
.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home