Inul, Buku dan Ramadhan
Di Indonesia, bulan Ramadhan adalah bulan jualan buku paling rancak bagi sepanjan tahun. Pada bulan itu para penerbit betul-betul menuai hasil pelaburan mereka.
Pembelian buku di sana naik paling tinggi sepanjang Ramadhan di Indonesia. Malah masuk sahaja bulan Rajab, jualan buku mula meningkat lebih tinggi daripada sebelumnya.
Para penerbit di sana menawarkan pakej set-set buku dengan diskaun yang menarik kepada agen dan kedai-kedai buku.
Kedai-kedai buku pula sibuk mengadakan SALE buku. Mereka juga menyediakan hamper-hamper buku bagi para pelanggan mereka dengan diskaun yang menarik.
Menurut Dr. Haidar, trend membaca sepanjang bulan Rajab dan Ramadhan amat ketara sejak 10 tahun yang lalu. Ini disebabkan banyak penceramah popular di Jakarta menyarankan supaya ibadah membaca dilakukan dengan lebih aktif sepanjang bulan Ramadhan bagi menggantikan pelbagai aktiviti yang tidak cocok dengan bulan suci itu.
Di Indonesia, sepanjang bulan Ramadhan, semua pusat hiburan tutup! Penari dangdut Inul pun memakai tudung dan pergi kelas mengaji pada bulan mulia itu.
Di Malaysia, keadaan adalah sebaliknya. Jualan buku Melayu pada bulan Ramadham jatuh teruk! Orang Melayu membelanjakan wang mereka bagi membeli persiapan hari raya.
2 Komen :
mungkin,
harus ada gerai buku
di bazaar Ramadhan.
Puan Ainon,
Saya baru tahu bahawa Dr.Haidar Bagir ialah bos Mizan.
Dalam blog saya (entri terbaru) saya paparkan buku SURAT-SURAT AL-GHAZALI (Terjemahan Haidar Bagir). Ramai pula tanya di mana nak dapat buku itu? Saya kata saya beli pada tahun 1984, melalui penerbit di Singapura.
Bagaimana untuk pembaca Malaysia, Puan Ainon cetak dan edarkan di sini. Penerbit di sini saya rasa belum cetak buku itu. Ramai yang minat baca surat-surat ni, apa lagi surat Imam Ghazalai kepada golongan pemerintah!
Post a Comment
<< Home