Buku Ulangcetak: Mengapa Lambat?
Para penulis memang berasa kecewa apabila bukunya sudah habis dalam setor tetapi masih belum diulangcetak oleh penerbitnya.
Berikut adalah garis panduan ulangcetak yang diamalkan oleh penerbit dalam dan luar negara:
1. Buku itu mungkin sudah habis keluar daripada setor penerbit tetapi itu bukan bermakna buku itu semuanya sudah habis terjual di kedai. Tunggu dahulu sampai buku dalam kedai habis terjual, jika tidak, buku yang baru diulangcetak itu tidak dipesan oleh kedai. Ia duduk lama dalam setor. Duit pun sangkut dalam setor.
2. Jika buku itu hendak ditukar kulitnya, ada risiko mana-mana buku kulit lama yang masih ada dalam kedai akan di-return kepada penerbit. Buku kulit lama sukar dijual, ia berlonggok dalam setor. Duit pun sangkut dalam setor.
3. Jika cetakan pertama buku itu 2 ribu naskhah, jangan terus ulangcetak 2 ribu naskhah. Barangkali pasaran sebenar buku itu cuma 2500 naskhah sahaja. 1500 naskhah lagi gagal dijual, ia berlonggok dalam setor. Duit pun sangkut dalam setor.
4. Bukan semua buku patut diulangcetak. Kalau cetakan pertama buku itu pun mengambil masa 2 tahun baru habis dijual, jangan ulangcetak buku itu. Gunakan duit itu untuk mencetak judul baru, ataupun ulangcetak buku lain yang lebih laku.
5. Pilih waktu yang tepat bagi mengulangcetak. Ikut kalendar kegunaan buku-buku itu. Jangan asal habis, buku itu terus hendak diulangcetak. Buku sekolah cetak apabila sekolah hampir buka. Buku haji dan umrah ulangcetak sebelum bulan puasa. Buku universiti tunggu sehingga kursus itu ditawarkan semula. Buku puasa cetak sebelum bulan puasa.
6. Dulukan mencetak judul baru dibandingkan dengan mengulangcetak buku yang ada. Judul baru lebih cepat dijual. Buku ulangcetak lebih slow. Ini penting bagi memastikan cash-flow syarikat tidak tercekik.
7. Jika pesanan buku itu tidak lebih daripada 400 unit, lebih baik jangan ulangcetak buku itu. Gunakan duit itu bagi mencetak buku-buku lain.
3. Bagi buku-buku yang banyak fakta kontemporari di dalamnya, selepas 3 tahun terbit, buku yang hendak diulangcetak mesti dihantar kepada pengarang supaya ditokok-tambah dan diterbitkan sebagai edisi ke-2. Kalau pengarang tidak mahu, jangan ulangcetak buku itu.
4. Selepas 2 tahun buku itu dalam pasaran, baru tukar kulitnya.Sebab apabila kulit ditukar, kedai buku akan segera me-return buku-buku kulit lama yang masih ada dalam kedai.
5. Pada masa ini ada pencetak sanggup mencetak 500 naskhah minimum. Gunakan kemudahan ini bagi mengulagcetak buku-buku yang sederhana permintaannya.
Diharap para penulis sudah mendapat gambaran bagaimana penerbit menguruskan risiko yang berkait dengan buku ulangcetak.
.
5 Komen :
Puan Sifu,
Benarkah dengan dialog semua kesamaran berupaya dijelaskan jika tidak diterangkan ia menjadi halangan untuk berhubungan.
Namun hanya jauhari yang mengenal manikam...sesekali bila di amati seakan-akan penerangan Puan adalah dialog meminta adun pilih bergilir agar miliki kreatif biar ia hanya bayang-bayangan...Puan gilap dengan sinar...namun apakah perlu ada khilaf dalam mencari benar...
( Saya berujar sendirian... ke )
Assalamu'alaikum Puan.
Sekadar berkongsi ilmu, dimana saya dapati ada perkataan dalam bahasa Malaysia yang boleh digunakan untuk - "di-return" (dipulangkan), "me-return" (memulangkan), "cash-flow" (aliran tunai).
Sdr Abang Long,
Perkataan2 itu adalah jargon bisnes buku. Supaya mentee2 faham apabila mereka terdengar orang buku bercakap. Apabila bahan2 dalam blog ini diterbitkan sebagai buku nanti, jargon itu akan diedit.
Puan Ainon,
masih teringat pesanan ketua pejabat saya (seorang berbangsa Tionghua): "as long they understand, what u try to tell them, and you understand what they tell you, that's good enough". Hari ini saya belajar satu lagi perkataan yang saya sendiri tak tahu .... JARGON.
Sdr Abang Long,
Buka kamus!
Post a Comment
<< Home