Thursday, September 28, 2006

Mencipta Cerita Evergreen: Apa Susahnya?

Apabila saudara menulis buku cerita, termasuk novel, bagaimanakah caranya supaya cerita dalam karya saudara itu dapat kekal up-to-date sepanjang zaman?

Cerita-cerita dalam epik Hikayat Hang Tuah kekal relevan sehingga hari ini. Hanya gaya bahasanya yang menjadi klasik. Itulah sebabnya cerita Hang Tuah masih dapat di-repackage dan dipasarkan dalam bentuk filem, drama pentas, komik, dan entah apa lagi pada masa depan, seiring dengan perkembangan daya kreativiti manusia dan teknologi.

Bayangkanlah! Cerita macam Si Tanggang pun dapat bertahan sepanjang zaman. Ia sudah ditulis menjadi buku dan sudah difilemkan (versi Malim Kundang).

Apalah susahnya mencipta cerita macam cerita Si Tanggang itu? Plotnya ringkas, wataknya tidak banyak. Cerita itu dicipta oleh tukang cerita Melayu semasa orang Melayu masih "jakun", masih makan keledek dan tupai bakar!

Bandingkan dengan situasi sekarang ini, di mana kita mempunyai penulis yang lulus universiti dalam dan luar negeri, yang berlambak-lambak banyaknya. Masakan kita tidak dapat mencipta cerita yang evergreen macam Si Tanggang?


2 Komen :

At 9:54 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan,
Tumpang tanya, PTS tidak berminatkah untuk menerbitkan Kumpulan Puisi? Yelah, kalau harap DBP je, tak berkembang puisi di malaysia, segan-segan hidup tapi tidak mati!

 
At 3:24 PM, Blogger Unknown Berkata ...

Puan Sifu,
Bantu menyelongkar keaiban diri, boleh...

Hang Tuah dan Tanggang warna rupa ciri setia dari dua sudut, membina dan meruntuh lalu membina semula.
Setia pada amanah sedang tanpa menghitung ada rumit yang ditanggung di hari muka... lalu meminta syarat agar dipenuhi tanpa memaksa...Setia Hang Tuah mahu berjarak sepanjang masa, lihat ia mengundur dari Melaka tinggal di kampung sunyi tapi tanpa durja...
Sepi Hang Tuah menguat jiwa biar sekadar pantai tempat bersuka...
Tanggang pula setia pada bonda mahu berjasa keluar merantau mencari 'harta' tersua pula mehnah uji menduga...gelombang pancar merentak nada sumbang mencarik luka
namun demi setia Tanggang terima semuanya...namun kerana tidak mengenang untung terumbang ambing seketika kerana cinta tanpa sedar darjat membeza akhirnya Tanggang bertukar rupa... ilham pada remaja penyambung warisan teruna mahupun dara... jika sudi melepas diri dari agama, mengundur pula budaya mencari yang indah di mata... gusar
menjadi nyata mulus adab sopan dan susila maka akan bertingkah helah mencari nilai semula.
Selayang imbasan cermin mengimej diri kekuatan pembangunan dan kemajuan sendi dari teknologi.
Minda beroperasi berlainan ciri...
berazam berdoa agar tidak menganiaya dan teraniaya diri akibat setia membuta tuli.
Wanita adalah teman setia Hang Tuah juga Tanggang yang tidak di hikayatkan...sedang mereka adalah penghubung jalinan kesejahteraan keamanan dan kedamaian.

 

Post a Comment

<< Home