Hakcipta: Isu Hakcipta Penerbit
Katakanlah, penerbit saudara tidak berminat hendak mengulangcetak karya saudara, oleh itu saudara meminta supaya hak penerbitan karya itu dikembalikan kepada saudara sebab ada penerbit lain yang berminat. Penerbit saudara bersetuju dengan permintaan saudara itu.
Apakah yang saudara boleh lakukan dan tidak boleh lakukan di sisi undang-undang hakcipta?
1. Saudara boleh melakukan apa sahaja kepada karya saudara itu. Saudara boleh tokok, buang, edit semula, malah apa sahaja, supaya kualiti buku itu bertambah tinggi dan sesuai dengan keadaan semasa.
2. Saudara boleh gunakan tajuk yang sama walaupun tajuk itu dicipta oleh penerbit saudara, sebab tajuk buku tidak dilindungi oleh undang-undang hakcipta.
3. Ada beberapa perkara yang saudara tidak boleh lakukan sebab ia melibatkan hakcipta si penerbit. Perkara-perkara itu adalah:
(a) Saudara tidak boleh menggunakan kulit buku yang sama sebab kulit buku itu dibuat oleh si penerbit, oleh itu hakciptanya adalah milik si penerbit. Saudara mesti membuat kulit buku lain.
(b) Saudara tidak boleh menggunakan layout yang sama, sebab layout buku itu dibuat oleh si penerbit, oleh itu hakciptanya adalah milik si penerbit. Saudara mesti layout semula buku saudara itu.
(c) Saudara tidak boleh menggunakan apa jua rajah, ilustrasi ataupun gambar-gambar yang disediakan oleh si penerbit, kerana hakciptanya adalah milik si penerbit.
(d) Saudara tidak boleh menggunakan bahan-bahan yang dijadikan blurp buku itu, yakni apa yang tertulis pada kulit depan dan kulit belakang, apabila bahan-bahan itu disediakan oleh si penerbit, kerana hakciptanya adalah milik si penerbit.
(e) Apabila buku saudara itu ditulis bersama dengan pengarang lain, saudara tidak boleh menerbitkan semula bahagian yang ditulis oleh pengarang itu tanpa terlebih dahulu meminta izin bertulis daripadanya.
Perkara-perkara ini kelihatan kecil dan remeh, tetapi apabila saudara melakukan perbuatan melanggar hakcipta penerbit saudara, risikonya adalah maruah dan nama baik saudara. Perbuatan saudara itu akan menjadi bahan maklumat yang diperbualkan di kalangan para penerbit.
Jumlah penerbit tidak banyak. Semua penerbit saling kenal mengenali dan mereka sentiasa bertukar-tukar maklumat tentang peribadi dan tingkah laku para penulis.
.

1 Komen :
Puan Sifu,
Penerbit umpama 'penguasa' miliki kuasa dengan 'prinsip' berbisa', miliki 'bilah-bilah' sejahtera dan durja lantaran agihan didik sosial mendalami 'jurang prestasi jaya'
yang tidak sekata... tiada sefahaman 'kufu' urus suhu memberi 'gerhana' bila peribumi asli tidak menerima pembelaan kerana diancam pupus 'ancam mahir urus sistem'...
Kancah gelodak yang dirasai oleh pengkarya seakan-akan 'peribumi' yang gentar jika 'hasil upaya' yang harus diwarisi generasi sebagai pusaka, akan 'dikongsi tebar luas' oleh teroka yang menatap dengan selera.
"Modal" faktor miskin upaya untuk berkarya gusar sebarangan isu impaknya adalah jejas oleh krisis baru sedang krisis lama tindih menyatu dengan cela juga bisa.
Penerbit bila jujur akan terus mendidik dengan 'kenal' dan 'galak'
dalam masa yang bertempoh agar daya usaha dibangunkan seiring perkembangan fizikal dan rohani bukan dengan rela tapi nada berpaksa.Perkongsian bijak bila dasar adil tanpa bazir ketengah etika juga benar sederhana tanpa riak mengusung ria.
Post a Comment
<< Home