Wednesday, September 20, 2006

Hakcipta: Apa yang Tidak Dilindungi

Banyak orang keliru tentang apa yang dilindungi ataupun tidak dilindungi hakciptanya. Bahan-bahan yang tidak dilindungi oleh undang-undang hakcipta termasuklah:

1. Sebarang hasil kerja yang belum dituliskan, ataupun direkodkan, ataupun dilukiskan, ataupun dianotasikan.

Justeru, katakanlah pada suatu hari saudara berbual-bual tentang idea saudara, kemudian kawan saudara yang mendengar itu menulis sebuah novel berdasarkan idea saudara itu, maka perbuatan kawan saudara itu tidak melanggar undang-undang hakcipta. Justeru, hati-hati apabila saudara berbual-bual tentang idea saudara!


2. Judul, nama, frasa singkat, slogan dan cogan kata. Justeru judul buku saudara juga boleh digunakan oleh penulis lain.

Tetapi, apabila nama itu sudah didaftarkan sebagai trademark (TM), seperti Coca-Cola, Apple, ataupun KFC, maka ia dilindungi oleh undang-undang. Tetapi perlindungan itu terhad dalam konteks bisnes masing-masing. Jadi Apple adalah TM bagi barangan komputer, oleh itu pembuat komputer lain tidak boleh menggunakan apple bagi menamakan komputer mereka. Tetapi, pembuat aiskrim boleh menggunakan apple bagi menamakan aiskrimnya.

Contoh yang baik adalah, buku karya Aina Emir "Semalam Kubermimpi" tidak melanggar undang-undang hakcipta walaupun judul itu serupa dengan judul sebuah lagu yang dinyanyikan oleh P.Ramlee dan Saloma, "Malam Kubermimpi".


3. Idea, prosedur, kaedah, sistem, proses, konsep, prinsip, penemuan, dan alat penghasilan kerja.

Tetapi, apabila perkara-perkara itu sudah dituliskan huraiannya dan penerangannya, ataupun ia sudah diterangkan dalam bentuk lukisan, maka teks huraian dan lukisan itu dilindungi oleh undang-undang hakcipta.


.

1 Komen :

At 1:37 PM, Blogger Unknown Berkata ...

Puan,
Tanpa dapat mengelak isu-isu yang tertera dalam blog Puan amat menarik. Gandingan tanggungjawab mengerat nilai ihsan insan,ciri berbudi PTS, membangunkan akal minda nurani hati pengkarya penerbit pembaca...Di saat kini apa sahaja yang ditutur semacam dipaksa untuk mudah dipercayai diterima meski terbukti buah fikir andai diteliti semakin menjerumus kepada implikasi yang menggugat matang jati diri manusia.Mudah di nukil wujud 'konfrantasi' andai buah fikir diilham karya oleh minda kerdil minoriti yang mengemis cuma persamaan untuk bersuara meluah rasa 'pemulauan' yang 'takdir' dipaksa demi anjakan rintis 'dunia' serba moden canggih bertelepati seluruh penjuru alam.
Kerdil untuk mahu menjadi berani sering ditunding 'mundur' membelakang masa sedangkan ia wajar disokong tanda 'hormat' kerana ia kendalian tanpa pengaruh apa lagi ganjaran...Sudah lama manusia terbuang kerana leka dari kewajipan Pencipta,bersatu rasa kerana percaya, percaya dari yakin,
yakin bahawa pertukaran penggiliran saat ini adalah manusia saling rapat membangun sepakat bukan hasad untuk elak berjabat.Saling mengenal kekuatan keperkasaan diri tidak bermakna yang lemah dihalangi agar terus terpenjara...diplomasikah hak yang dipaksa menunduk tanpa rela hingga hilang kuasa keinginan untuk 'memelihara' hak yang dihilangkan suaranya ?

 

Post a Comment

<< Home