Sunday, September 17, 2006

Apa yang Ada Hakcipta?

Undang-undang hakcipta melindungi semua jenis karya seni. Tetapi apakah benda-benda yang termasuk dalam istilah "karya seni"?

Apa-apa sahaja yang saudara tulis adalah karya seni, justeru secara automatis ia dilindungi oleh undang-undang hakcipta, waima surat-surat peribadi yang saudara hantar kepada kekasih saudara melalui emel! Malah semua tulisan dalam emel dan SMS adalah dilindungi hakciptanya.

Semua tulisan yang saudara terbitkan dalam blog saudara adalah dilindungi di bawah undang-undang hakcipta. Malah semua tulisan dalam diari saudara adalah dilindungi.

Di bawah undang-undang hakcipta, saudara tidak perlu mendaftarkan karya saudara di mana-mana pejabat kerajaan bagi mendapatkan perlindungan hakcipta. Perlindungan itu diberi secara automatis.

Undang-undang hakcipta bukan melindungi hasil tulisan yang sudah diterbitkan sahaja. Semua tulisan saudara yang tidak diterbitkan tetap dilindungi.

Kesukaran berlaku apabila karya saudara dicuri oleh orang lain, iaitu apabila saudara hendak membawa kes saudara ke mahkamah maka saudara perlu membuktikan karya itu adalah karya saudara. Maka simpan semua bukti yang dapat mengesahkan bahawa karya itu saudara yang menulisya.

Katakanlah saudara pernah menulis lalu mengirimkan sebuah puisi cinta kepada bekas kekasih saudara dengan menggunakan SMS. Kemudian bekas kekasih saudara menyerahkan puisi itu kepada seorang pencipta lagu, lalu puisi itu dijadikan senikata lagunya.

Apabila lagu itu dirakamkan, nama bekas kekasih saudara ditulis sebagai pencipta senikata lagu itu. Kemudian lagu itu meletup dalam pasaran dan bekas kekasih saudara menerima beribu-ribu ringgit royalti daripada penerbit lagu itu.

Perbuatan ini adalah melanggar hakcipta saudara. Tetapi bagaimanakah saudara hendak membuktikan bahawa senikata lagu itu adalah hasil karya saudara?


.

1 Komen :

At 3:05 PM, Blogger Unknown Berkata ...

Puan,
Setelah berumahtangga perlukah masih sedia menyimpan 'mata air' ?
Seolah-olahnya Puan membenarkannya kerana tiada makna erti kekasih jika sandarannya hanya pada angan-angan menyimpul impian.
Saat era kini adalah cabaran menemukan usaha dengan tindakan kerana hanya tindakan yang menjelmakan hasil.Di dalam memahami
makna persefahaman apakah wujud unsur 'immuniti' yang tanpa permohonan hak-hak peribadi dilindungi. Rasanya jika mengerti maksud jujur biarpun tiada 'berkasih' hak-hak akan dipelihara kerana yakin yang ikhlas adalah insan. Bukti terletak pada insaf diri bahawa
'Tiada hukum melainkan kepunyaan Allah'Apa yang wujud adalah krisis yang ditimbulkan oleh teknik meletak tidak pada tempatnya.Saya yakin saudara saya menyedari antara
tanggungjawab dan kehendak di mana perlu di utamakan akan didahuluinya
dan lebih utama dia tahu saya mempercayainya.Dasar mengasihi adalah dengan hak dan jujur tanpa menganiaya dan teraniaya.
Selamat Berpuasa.
( Tidak bolehkah menjadi murid Puan tanpa bertemu, iaitu secara on line sahaja)

 

Post a Comment

<< Home