Saturday, September 16, 2006

Hakcipta: Apa itu Berne Convention

Berne Convention adalah perjanjian yang ditandantangi oleh 162 buah negara di mana masing-masing negara itu bersetuju melindungi harta intelek warga negara asing sebagaimana mereka melindungi harta intelek rakyat mereka sendiri.

Sebagai contoh, sebelum Malaysia masuk Berne Convention, undang-undang negara ini hanya melindungi hasil karya rakyat Malaysia dalam negara Malaysia sahaja. Kalau rakyat Malaysia hendak mencetak rompak buku-buku rakyat negara lain, mereka bebas melakukannya sebab karya asing tidak dilindungi negara ini.

Begitu juga, di luar Malaysia, sesiapa sahaja boleh mencetak rompak karya rakyat Malaysia, undang-undang negara mereka tidak melindungi harta intelek rakyat Malaysia.

Apabila Malaysia masuk Berne Convention, keadaan ini bertukar. Malaysia mesti melindungi karya rakyat semua anggota konvensyen itu, dan mereka juga melindungi karya rakyat Malaysia.

Justeru, karya Indonesia dan semua 162 anggota Berne Convention adalah dilindungi di bawah undang-undang hakcipta negara Malaysia. Rakyat Malaysia tidak boleh mencuri harta intelek rakyat negara-negara anggota Berne Convention.

Berikut adalah senarai dan tarikh masuk negara-negara Islam ke dalam Berne Convention:

Algeria 1998
Bahrain 1997
Egypt 1977
Indonesia 1997
Jordan 1999
Lebanon 1947
Libya 1976
Malaysia 1990
Morocco 1917
Pakistan 1948
Saudi Arabia 2004
Syria 2004
Tunisia 1887
Turki 1952
Arab Emiriah 2004

.