Wednesday, September 13, 2006

Idea dan Hakcipta

Idea-idea yang terkandung dalam buku tidak dilindungi oleh undang-undang hakcipta. Oleh itu tema tidak dilindungi. Sesiapa sahaja boleh menulis buku yang mengandungi idea-idea dan tema yang sudah ditulis oleh orang lain.

Tetapi jalan cerita dilindungi oleh hakcipta. Ini disebut 'parenting right' yakni penulis yang mencipta jalan cerita itu dianggap sebagai orang yang melahirkannya, dan jalan cerita itu ibarat anaknya.

Justeru saudara boleh menulis cerita-cerita yang temanya serupa tetapi jalan ceritanya berlainan. Jadi, selepas menonton filem Pontianak Sundal Malam, saudara boleh menulis buku cerita tentang pontianak tetapi jalan ceritanya tidak boleh serupa dengan jalan cerita dalam filem itu.



1 Komen :

At 7:33 PM, Blogger Unknown Berkata ...

Puan,
Kelihatannya tema akan terus serupa
agendanya dengan isu yang juga akan sama.
Bagaimana pun Puan ada menjelaskan bahawa jika kita tidak terlibat dengan peperangan,tema ini usah digunakan sebagai sebab untuk menulis.Bagaimana jika menggunakan tema perang, tetapi tidak berlaku peperangan cuma berlaku pertikaian.
Jalan ceritannya memaparkan khilaf minda digambarkan oleh tangan yang miliki kuasa di mana memaksa kaki jauh berjalan merantau.
Dalam berjalan ternyata sesat yg menemu aib apakah berpeluang melariskan buku jika ceritanya begini.
Saya tidak akan menulis cuma suka membaca.Harap ada buku sebegini.

 

Post a Comment

<< Home