Wednesday, September 13, 2006

Lokasi dalam Novel

Menurut seorang penulis novel cinta terkenal, Puan Aina Emir, beliau dapati apabila dalam novel beliau ada unsur nama-nama sesuatu tempat, jualan novel itu di daerah tersebut jauh lebih tinggi daripada jualan di tempat-tempat lain.

Sebagai contoh, novel beliau yang menggunakan lokasi Kelantan terjual banyak di Kelantan. Manakala novelnya yang menggunakan lokasi Kuala Kangsar, banyak terjual di Perak.

Pemerhatian yang beliau lakukan ini mempunyai implikasi menarik apabila saudara menulis novel saudara.

1. Apabila saudara menggunakan satu sahaja lokasi, appeal novel itu lebih tinggi di suatu kawasan sahaja. Sebagai contoh, jangan gunakan Kelantan sebagai lokasi daripada awal cerita sehingga akhir cerita. Nanti novel itu cuma lebih popular di Kelantan.

2. Gunakan banyak lokasi, supaya novel itu mempunyai appeal ke atas kawasan pasaran yang lebih luas. Sebagai contoh, sesetengah peristiwa berlaku di Kelantan, ada yang berlaku di Johor, dan ada yang berlaku di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Sesetengah kawasan mempunyai populasi pembeli buku yang lebih ramai daripada kawasan-kawasan lain. Ambil kira faktor ini apabila memilih lokasi.

Jika saudara memilih Sabah ataupun Sarawak sahaja sebagai lokasi, kedua-dua negara ini belum mempunyai pasaran novel yang besar. Maka perlu saudara tambahkan lokasi-lokasi lain dalam novel saudara itu dengan memasukkan tempat-tempat seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Pulau Pinang dan Kota Baru.


.


1 Komen :

At 7:48 PM, Blogger Unknown Berkata ...

Puan,
Maaf sebab Puan berkata tentang buku tetapi saya mengujar tentang media.Media eletronik memaparkan kepantasan masa biarpun berhadapan dengan kesamaran idea.Longgokan pelbagai jenis paparan bertindihan rumusan diselang seli oleh hiburan di lokasi yang berbagai,minda terawang-awang antara realiti dan impian. Isunya agenda yang dibawa mengolah adun pengaruh meminta kesan tanpa sandaran. Mutu kewujudan sangsi kadangkala merugi siri yang tersiar,memang tepat banyak 'lokasi'berjenis frekuensi dengan penglibatan ulamak pemberi nasihat,berjaya mengupas tindak gelagat manusia atas kepentingan yang bermacam cara.Fitrah manusia kan Puan, berbagai selera tambah bila tiada iman membisik di jiwa...
Terkeluar dari tajuk, maaf ya Puan.

 

Post a Comment

<< Home