Thursday, September 14, 2006

Tempoh Hakcipta

Selama manakah undang-undang hakcipta melindungi karya saudara daripada dicuri oleh penulis lain? Tempoh perlindungan itu berbeza daripada satu negara ke negara lain.

Karya yang diterbitkan di Amerika dilindungi sepanjang usia penulis, tambah 70 tahun selepas beliau meninggal dunia.

Karya yang diterbitkan di Britain dilindungi sepanjang usia penulis, tambah 50 tahun selepas beliau meninggal dunia.

Di Malaysia, tempoh itu serupa dengan di Britain.

Apabila sesebuah buku itu ditulis oleh ramai penulis, bagaimanakah tempoh perlindungannya? Dalam kes ini, tempoh itu adalah sehingga penulis terakhir meninggal dunia, tambah 50 tahun selepas tarikh itu.


.