Fakta Tidak Dilindungi oleh Undang-undang Hakcipta
Tema, idea dan fakta yang terkandung dalam buku yang saudara tulis itu tidak dilindungi oleh undang-undang hakcipta.
Ertinya, orang lain boleh menulis buku-buku lain yang mengandungi tema, idea-idea dan fakta-fakta yang serupa sebagaimana yang terdapat dalam buku saudara dengan menggunakan susunan ayat-ayat mereka sendiri.
Fakta lain. Rajah, peta, lukisan, gambar, dan carta adalah bukan fakta, tetapi karya seni.
Fakta adalah sesuatu yang dapat dibuktikan kebenarannya.
Rajah, peta, lukisan, gambar dan carta adalah hasil karya kreatif, oleh itu ia dilindungi oleh undang-undang hakcipta. Justeru, jangan salin rajah, peta, lukisan, gambar dan carta yang ada dalam buku-buku orang lain kerana perbuatan itu melanggar hakcipta. Sebaliknya lukis sendiri benda-benda itu. Kalau hendak menyalin juga, dapatkan izin bertulis terlebih dahulu.

0 Komen :
Post a Comment
<< Home