Hakcipta Ayat-ayat Quran
Ayat-ayat Quran adalah harta awam disebabkan ia datang daripada Allah. Oleh itu sesiapa sahaja boleh menuliskan, mencetak, mengedar dan menjual aya-ayat Quran dengan tidak melanggar undang-undang hakcipta.
TETAPI
1. Tulisan khat Quran yang dihasilkan oleh pakar khat adalah karya seni yang dilindungi oleh undang-undang hakcipta.
Saudara tidak boleh men-download, menyalin ataupun meng-scan tulisan khat pakar khat lain dan menggunakannya dalam buku saudara tanpa mendapat izin daripada pemilik hakcipta karya khat itu.
Kita selalu berjumpa dalam sesuatu buku agama, terdapat beberapa ragam tulisan khat. Ini adalah bukti nyata bahawa penulis itu mengambil dan menggunakan tulisan khat daripada sumber-sumber yang berlainan.
Apabila saudara menulis ataupun menerbitkan buku-buku agama, saudara hendaklah menuliskan semula ayat-ayat Quran itu, bukan menyalin daripada CD ataupun internet yang mengandungi karya orang lain.
Ayat-ayat Quran itu hak Allah, tetapi khat itu dicipta oleh manusia, oleh itu ia adalah harta intelek manusia si pencipta khat itu, maka hukumnya tidak boleh dicuri.
2. Layout kitab Quran, ataupun kitab Ya-sin, ataupun kitab Muqaddam bukan harta awam.
Layout adalah karya seni, oleh hal yang demikian ia dilindungi oleh undang-undang hakcipta. Saudara tidak boleh menyalin layout yang dibuat oleh orang-orang lain tanpa mendapatkan izinnya terlebih dahulu.
Ayat-ayat Quran itu hak Allah, tetapi. seperti seni khat, layout itu dicipta oleh manusia, oleh itu ia adalah harta intelek manusia si pencipta khat itu, maka hukumnya tidaka boleh dicuri.
Apabila saudara hendak mencetak surah Ya-sin, maka hendaklah saudara menuliskan sendiri ayat-ayat Ya-sin itu dan membuat layout sendiri.
3. Terjemahan ayat-ayat Quran adalah bukan harta awam.
Walaupun ayat-ayat Quran adalah harta awam, tetapi terjemahannya adalah hasil karya manusia, oleh itu ia dilindungi oleh undang-undang hakcipta.
Justeru saudara tidak boleh menyalin bulat-bulat terjemahan orang lain dan memasukkannya dalam buku saudara tanpa mendapatkan izin bertulis terlebih dahulu daripada pemilik hakcipta terjemahan itu.

1 Komen :
Assalamu'alaikum Puan.
Sekadar teguran, rasanya boleh digunakan perkataan - muat turun untuk (men-download), dan mengimbas (meng-scan), bagi ayat yang Puan gunakan. Maaf jika saya tersilap dalam menggunakan perkataan dari Bahasa Malaysia yang betul.
Post a Comment
<< Home