Hakcipta: Isu Royalti
Banyak penulis tidak peduli hendak membaca dengan hati-hati dokumen perjanjian yang ditandatanganinya. Mereka main percaya bulat-bulat kepada baik hati si penerbit.
Salah satu mitos tentang royalti adalah: Kalau pengarang dibayar royalti, itu bermakna si pengarang kekal memiliki hakcipta bukunya.
Ada sebuah penerbit novel yang terkenal, yang dalam salah satu klausa pada dokumen perjanjian penerbitannya, membawa implikasi legal seperti di bawah:
a. Pengarang bersetuju memindahkan (baca, menjual) hakmilik novelnya kepada si penerbit, dan penerbit setuju membayar royalti kepada si pengarang.
b. Pengarang setuju dia tidak boleh menarik balik novelnya daripada penerbit itu dan menyerahkannya kepada penerbit lain, buat selama-lamanya.
Soal jual-beli hakcipta dan modus pembayaran jual-beli itu adalah 2 perkara yang berbeza. Dalam kes penerbit di atas, dia sudah membeli hakcipta si pengarang itu, cuma cara dia membayar pembelian itu adalah dengan royalti.
Penerbit buku-buku agama tradisional lazimnya membeli manuskrip dengan membayar kontan 1 kali sahaja kepada pengarang. Jadi si pengarang dibayar 2 atau 3 ribu ringgit sekaligus. Habis di situ.
Tetapi para pengarang novel tidaklah se-naif ustaz-ustaz, sebab ramai pengarang novel memiliki ijazah, lalu penerbit di atas mengabui mata mereka dengan menawarkan bayaran pembelian secara royalti. Sungguh kreatif penerbit itu!
.

1 Komen :
Perkataan mitos yang menarik berbanding royalti pada saya, sebab
tidak faham untung rugi.
Puan Sifu,
Tatkala membaca hikayat,mitos dan dongeng memberi maklumat agar mempercayai satu hakikat.Iaitu duniawi umpama kepul-kepul yang mengepung jasad demi kerah untuk berkhidmat.Mirip umpama lakon layar di mana adegannya saling kait kuit mencuit oleh watak yang tunduk pada arahan untuk tutur bual
dan aksi gerak berbagai.Lelah lantaran tidak faham bila tanpa diskusi isi menjadi basi,protesnya
sudi jari bermonolog... telus walau nampak berolok-olok.
Sudah lama kita berhikayat mitos yang dongeng kononnya fitrah manusia hanya naluri untuk berimaginasi sedang hakikatnya ia membekas di fikiran untuk dikaji teliti.Bila keinginan berimpian dipagari minda menjajah diri untuk berinteraksi secara kompleks, sedang yang mudah dihindari yang sukar seperti mandat untuk diukur lilit semua sempadan tanpa dibatasi... hasilnya kerobekan hati dan kekacauan jiwa.
Diplomasi menghala
terbuka rintang bila demokrasi terjulang malang tidak terbentang setelah berjuang,lanjutannya berperang? Mitos ini yang kita hikayatkan agar tidak menjadi dongeng-dongengan...(apakah marhaen
perlu jadi perwakilan baru dianggap layak mempersoalkan}
Mitos dan hikayat menjadi hakikat tatkala sistem idea nilai agama termaktub hanya di dalam kitab.
Tidak dipraktik dalam hidup tidak disendikan di dalam budaya dan adab.Alam pengkaryaan melayu momentumnya adalah tatkala terjadinya perikatan budaya yang sebudi menyubur budiman yang arif peka pada perlaksanaan bukan tempelan yang mewarna kosmetik.
Rupa cernaan disemai oleh peri laku yang sentiasa terganding akhlak mulia dari rohani yang sejahtera.Unik budaya melayu tidak sekadar unsur timur sebagai adunan, ia berakar dari susur galur akidah keyakinan.Kerana itu jiwa yang bebas merdeka sentiasa mahu minda tidak disangkar.Tidak juga mahu dilanda badai musim bermonsun sedang bagi jiwa yang beramal ia wajar berlansung selagi hayat dikandung badan. Umpama Jentayu patah sayap bertongkat paruh...
patah paruh bertongkat siku...
patah siku bertongkat dagu...
patah dagu bertongkat kuku...
Mitos Jentayu dondang berhikayat jiwa bebas kerana faham makna semangat jihad...usaha bersungguh bukan sekadar mampu kerana yang menilai Tuhan Rabbul Jalal.
Bukan mitos dan khayalan membekukan pemikiran, ia menagih pengaktifan makna kesungguhan.
Post a Comment
<< Home