Pembelian Hakcipta: Eksploitasi Penulis Baru
Adakah saudara penulis yang baru kali pertama hendak menerbitkan karya saudara? Banyak penerbit tahu orang macam saudara teramat ingin melihat karya saudara terbit. Mereka juga tahu saudara tidak faham hakcipta.
Penerbit suka jika saudara setuju menyerahkan hakcipta karya saudara kepadanya dengan cara saudara menjual karya itu dan saudara dibayar sekali sahaja. Lazimnya orang macam saudara tidak berfikir panjang sebab saudara teramat ingin melihat karya saudara terbit.
Ada sebuah penerbit novel yang memaksa semua penulis baru menyerahkan hakcipta karya mereka kepadanya dan dibayar satu kali sahaja. Sesetengah penulis baru hanya dibayar RM750 sahaja sebagai bayaran pembelian novelnya. Selepas menerima wang RM750 itu, sampai bila-bila, selagi ada bulan dan matahari, mereka tidak berhak menerima satu sen pun lagi, walaupun novelnya itu diulang cetak berkali-kali.
Hasilnya, penerbit itu memiliki beratus-ratus hakcipta novel yang dikarang oleh novelis-novelis baru.
.

1 Komen :
Puan,
Apa yang terkias adalah di dalam pengkaryaan soal menunaikan amanat secara beramanah, berhikmah secara jujur, telus kerana kasih antara anjuran mendidik agar lahir keadilan biarpun tidak dipertikaikan. Masalah kini adalah kita sudi mengambil hak milik orang lain dalam keadaan kita menyedari itu adalah salah bertentangan dengan nilai adil yang saksama. Cuma mungkin masih ada masa dan peluang untuk mendidik menerusi kewujudan satu sistem yang menyeluruh antara pengkarya dan penerbit yang diterjemahkan menerusi permuafakatan secara perudingan yang telus.
Ada kisah antara Abdullah bin Jaafar dengan Abdullah bin Zubair mengenai hutang yang tidak terlangsai di mana Abdullah bin Zubair telah membeli tanah bernilai 170,000.00.
Abdullah menjualnya dengan 1,600,000.00.Apabila dihitung hutang meningkat berjumlah 2,200,000.000 dirham sedangkan ketika itu Zubair telah pun meninggal dunia tanpa meninggalkan harta kerana tiada pekerjaan.Lantaran kemiskinan itu hutangnya dibayar secara berperingkat-peringkat sehingga hutang itu ditunaikan yang mengambil masa selama 4 tahun. Sesudah 4 tahun barulah anak-anak Zubair seramai 9 orang dan isterinya yang seramai 4 orang berhak mendapat harta warisan Zubair.(Saya lupa pengkisahan yang sebenarnya, harap ada yang sudi membetulkan).
Isunya adalah amanah yang dipertanggungjawabkan apakah dilaksanakan dengan sepenuh jujur dan telus. Generasi muda memang akan mudah kehilangan arah apatah lagi jika fenomena yang dihadapan mata mudah diandaikan sebagai diskriminasi peminggiran penyekatan kebebasan percaturan yang berkepentingan di dalam pasaran melahirkan karya-karya yang bermutu. Jika tiada kesediaan kesungguhan untuk membetulkan suasana kepincangan ini yang akan lahir hanyalah 'waris yang mudah lupa akar umbi nilai sebuah kebaikan'.
Penghargaan hormat untuk Puan Sifu yang mengutarakan isu-isu yang amat-amat relavan sebaga ingatan
Usaha mendidik amat tepat sebagai budaya yang diamalkan untuk generasi muda di masa depan agar mereka tidak hanya berketrampilan tetapi juga berkeyakinan. Didik bimbing agar semangat setiakawan untuk keamanan bukan permusuhan bersengketa sesama insan menerusi penulisan.Berdakwah menerusinya juga mampu mengelak berlakunya kekeliruan.Tahniah Puan.
Post a Comment
<< Home