Tuesday, September 19, 2006

Hakcipta: Isu Tempoh Izin Penerbitan

Apabila saudara menandatangani dokumen perjanjian penerbitan dengan penerbit saudara, baca betul-betul, ada ataupun tidak disebutkan dengan tepat dan jelas tempoh kuatkuasa perjanjian itu?

Apabila dokumen perjanjian penerbitan yang telah saudara tandatangani itu tidak menyebut dengan tepat tempoh kuatkuasa perjanjian itu, saudara masih mempunyai harapan menyelamatkan hakcipta karya-karya saudara itu daripada terlepas buat selama-lamanya kepada penerbit saudara.

Menurut Peguam Nisah Haron (dan beliau sudah mendapatkan pandangan peguam-peguam lain berkenaan perkara ini), sesuatu dokumen kontrak yang tidak menyebut tempoh kuatkuasa perjanjian itu adalah BATAL, yakni tidak sah, di sisi undang-undang.

Justeru saudara boleh menerbitkan semula karya saudara itu ataupun menyerahkannya kepada mana-mana penerbit lain.

Para penerbit yang sekian lama menindas penulis-penulisnya tentu tidak suka dengan maklumat ini.

.

2 Komen :

At 9:27 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan ainon,

Tempoh kuat kuasa perjanjian? Adakah ini bermakna dari satu tarikh ke satu tarikh? Bukan sekadar tarikh mula sahaja?

 
At 11:42 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Anonymous,

1. Minta hormati blog ini dengan menuliskan nama saudara apabila bertanya. Nama samaran pun boleh digunakan.

2. "Tempoh" bermakna ada masa bermula dan ada masa berakhir, lebih kurang begini: "Perjanjian ini sah dalam tempoh 3 tahun selepas tarikh dokumen ini ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak."

 

Post a Comment

<< Home