Kejayaan Sebagai Penulis: Bakat ataupun Minat?
(a) Mereka yang memiliki bakat menulis.
(b) Mereka yang berminat hendak menjadi penulis.
Begitu juga mereka yang memohon masuk skim mentor-mentee SifuPTS. Terbukti mereka yang akhirnya berjaya menulis buku adalah kumpulan (a), yakni mereka yang memiliki bakat, bukan mereka yang sangat berminat hendak menjadi penulis.
Sdr Alif Firdaus adalah contoh yang baik. Beliau tidak pernah ingin menjadi penulis. Beliau tidak percaya beliau berupaya menulis, walaupun sebuah cerpen, apatah lagi sebuah buku. Obsesi beliau adalah mahu menjadi pelukis komik yang terkenal. Beliau hadir kursus penulisan disebabkan 'arahan' SifuPTS. Terbukti, selepas hadir kursus beliau berjaya melahirkan 3 buah nomik remaja. Nomik adalah gandingan novel+komik.
Adakah saudara sangat berminat menjadi penulis? Bagaimana dengan bakat saudara?
Ambil contoh ini: Meskipun sesetengah orang mempunyai bakat menyanyi yang luar biasa, tetapi mereka tidak mempunyai minat hendak menjadi penyanyi, jadi mereka tidak pergi mengambil ujian memasuki Akademi Fantasia.
Manakala majoriti yang pergi ke ujian AF mempunyai minat yang menggebu-gebu hendak menjadi penyanyi, tetapi bakatnya biasa-biasa sahaja. Mereka bukan materi menjadi bintang.
Lazimnya para motivator yang tidak berlatar-belakangkan bidang psikologi berkata lebih kurang begini: "Pilihlah bidang yang saudara minati." Nasihat begini SALAH.
Yang BETUL adalah: "Pilihlah bidang yang saudara miliki bakatnya, walaupun saudara kurang meminatinya."
Menceburi bidang yang saudara minati tanpa bakat adalah merugikan semua pihak. Banyak orang membuka bisnes tanpa berbekalkan bakat bisnes, melainkan minat semata-mata. Mereka gagal, modal terbakar, rumah yang dicagarkan ke bank dilelong, dan bank sukar mengutip semua hutangnya.
Semua orang dilahirkan siap dengan dibekali bakat masing-masing oleh Tuhan. Kenal pasti bakat saudara dan ceburi bidang itu.
SifuPTS hanya mengambil mentee yang memiliki bakat menulis.
Bagaimanakah saudara dapat mengetahui apakah saudara memiliki bakat menulis? Jawab soalan-soalan berikut:
1. Ada ataupun tidak antara anggota keluarga saudara yang memiliki bakat menulis? (ADA) (TIDAK ADA)
2. Jika antara anggota keluarga tidak ada bakat menulis, bagaimana dengan bakat-bakat seni yang lain? (ADA) (TIDAK ADA)
3. Adakah saudara mempunyai blog sendiri? (ADA) (TIDAK ADA)
4. Sewaktu di sekolah, pernahkah saudara mendapat A bagi karangan saudara? (ADA) (TIDAK ADA)
5. Pernahkah saudara masuk peraduan mengarang? (ADA) (TIDAK ADA)
6. Adakah saudara suka membaca apa-apa sahaja? (SUKA) (TIDAK SUKA)
7. Adakah saudara memilki koleksi buku peribai? (ADA) (TIDAK ADA)
Semakin banyak saudara menjawab (ADA) semakin tinggi kemungkinan saudara dilahirkan dengan dibekali bakat menulis. Datanglah ke kursus penulisan PTS.
.
7 Komen :
saya sepatutnya mendapat A dalam karangan.
tapi di beri E.
kerna lari tajuk
hihihi
Sdr Dingin,
Saya baca blog sdr. Ada bakat!
saya fikir tujuh soalan ini harus di beri pada perserta-peserta kursus pts yang akan datang, err tapi kalau mereka baca blog ni tak guna juga! hehehehe...
wah,
sukanya hati.hahaha
terima kasih.
tapi, saya mau tulis buku apa?
hihihi. (rasa kelakar pulak dgn soalan tuh)
Ini Fable Fox :
Saya ada semua kecuali blog. Saya cuma ada web www.fablefox.com.
Kalau ada blog percuma yg support download, tak apa lah.
Kalau tak ada, guna web sahajalah. lagipun saya guna intenet melalui CC, tiada internet ke bilik sewa.
Sdr Fable,
Kalau saya guru, saya sudah rotan sdr! Saya sangat mahukan jibunsyi sdr!!!!!!
oh ...
kalau banyak ada ...
ada bakatlah..
InsyaAllah...
masa sekolah rendah dulu pernah dapat A dalam penulisan.
tapi tak tahulah ada bakat ke tidak ...
Post a Comment
<< Home