Saturday, September 30, 2006

Strategi dan Teknik Remix Buku

Berapakah jumlah judul backlist saudara bagi buku-buku yang serupa temanya? 2, 3 ataupun berapa? Lebih banyak judul backlist saudara, lebih mudah dan lebih cepat saudara dapat menghasilkan buku baru saudara dengan cara remixing.

Remixing ini dapat dianologikan seperti orang bermain daun terup. Daun terup itu banyak. Dikocok-kocok... dan zas! Lihat, kombinasi baru!

Kang Razzi Armansur mempunyai berbelas-belas backlist dalam bidang bisnes MLM, justeru beliau dapat dengan mudah menghasilkan judul-judul buku baru dengan meremix bahan-bahan dalam buku backlistnya.

Proses menghasilkan buku remix adalah sebagaimana yang diterangkan di bawah. Kita ambil kes Kang Razzi sebagai contoh:

Langkah 1: Cipta judul buku baru. Contoh: "Networking Sebagai Modal Kekayaan". Langkah ini wajib dibuat dulu. Jika saudara tidak ada judul buku baru itu, saudara tidak dapat melakukan langkah 2 dan seterusnya.

Langkah 2: Buka dan baca buku-buku lama saudara. Ambil semua bahagian yang ada kaitan dengan (a) Networking, (b) Modal, dan (c) Kekayaan.

Langkah 3: Kumpulkan dalam 1 folder.

Langkah 4: Susun bahan-bahan itu sebagai deraf alfa buku "Networking Sebagai Modal Kekayaan".

Langkah 5: Kalau bahan belum cukup untuk 1 buku, tengok balik kandungan dalam buku-buku lama saudara itu dan cari apa lagi yang dapat dikaitkan dengan tema buku
"Networking Sebagai Modal Kekayaan".

Langkah 6: Fikirkan maklumat-maklumat tambahan yang perlu saudara tulis sebagai tambahan supaya kandungan buku itu lengkap bagi kegunaan pembaca. Sebagai contoh (a) definisi apa itu networking, (b) jenis-jenis networking, (c) tip-tip menjalin networking, (d) memilih target networking, (e) pantang larang dalam menguruskan jaringan networking
, (f) wanita dan networking, dan banyak lagi.

Langkah 7: Mula lakukan re-editing, tokok dan buang, bahan-bahan lama supaya dapat di-retailor dengan keperluan buku baru.

Cuba saudara beli buku-buku Sifu seperti tajuk di bawah, dan saudara dapat melihat contoh jelas bagaimana remixing dilakukan:

1. Komunikasi Intim
2. Komunikasi Interpersonal untuk Guru
3. Komunikasi untuk Pemimpin
4. Komunikasi di Tempat Kerja
5. Komunikasi untuk Pendakwah
6. Seni Bercakap-cakap dan Berbual-bual
7. Teori dan Teknik Ucapan Berpengaruh
8. Menyelesaikan Masalah dalam Hubungan Peribadi
9. Berunding
10. Teori dan Teknik Motivasi di Tempat Kerja
11. Guru Sebagai Pendorong

Setiap judul buku di atas sudah diulang cetak berkali-kali. Sudah ada judul-judul yang terbit dalam edisi paperback, yang itu pun sudah diulang cetak. Justeru, apa hairannya apabila saya katakan sesetengah ayat saya sudah terjual lebih 150 ribu kali? (sebenarnya lebih!)

Cuba saudara analisis kandungan buku-buku saya di bawah siri "BERFIKIR" dan begitu juga siri kamus-kamus "PERIBAHASA" saya.

Kuat bekerja tidak cukup! Banyak orang kuat bekerja, dari Subuh sampai Maghrib, malah sampai jauh malam, tetapi pendapatan mereka tidak setimpal dengan tenaga yang dicurahkan.

Lebih penting daripada kuat bekerja adalah lakukan kerja itu dengan cara-cara yang betul, supaya kerjanya tidak teruk, dan perolehannya tinggi.


.

3 Komen :

At 2:57 PM, Blogger Unknown Berkata ...

Puan Sifu,

Banyak yang diabaikan dalam masa mencari makna interaksi berkomunikasi saling mengerti memahami julang jati diri insani elak diskriminasi guna cara diplomasi...hingga tumpah berselerakan ada ketika tidak dapat dihimpun kembali bercerai cerakin hingga masa berlalu sepi merugi tanpa untung malahan membukit saksi bukti.Saya berminat untuk berada di bawah asuhan Puan namun jujur saya tidak faham langkah yang tersenarai lantaran umpama berada di bawah bayang-bayang..hadir bayang-bayang kerana wujud cahaya...cahaya kelam pantas menghilang...umpama rahsia tidak akan terbongkar andai selongkar dihalang-halang...stuasi ini amat memberi kesan...malangnya hati kuat berebut fakta elak masa disia-sia kerana perlu cara yang baru mendifinasi positif sebagai daya...
Normal bila masa diukur meningkat usaha kerana usaha membawa laba.
Terjengah-jengah tidak dipasti mana yang ramah sebagai saudara mana yang lelah menanti kata...
Adakah cara untuk saya berbicara dengan Puan Sifu berdua sahaja, tanpa sesiapa?...saya tidak lagi berasa perlu berada di depan komputer...

 
At 3:51 PM, Blogger Zamri Mohamad Berkata ...

saya sukar nak faham....

 
At 5:53 PM, Blogger Unknown Berkata ...

Tidak mengapa, Puan Sifu sudah menjelaskan saya hanya bercakap bersendirian... tidak mengapa tiada yang menjadi isu, boleh di abaikan...

 

Post a Comment

<< Home