Rangkaian RYTHM Mengecut
Ini berita terbaru dari dunia book-trade dalam negeri.
Rangakaian kedai buku RYTHM kini sedang mengecut apabila 7 buah cawangannya di Johor, sebuah di Melaka dan sebuah lagi di Kedah, ditutup.
Pada waktu yang sama rangakaian MPH akan membuka 3 cawangan baru di Sarawak. Rangakaian POPULAR pula adalah rangkaian paling banyak outlet sekarang dan paling agresif membuka cawangan baru.
Mengapakah RYTHM mengecut manakala rangkaian lain berkembang?
Cawangan RYTHM adalah cawangan francais, manakala rangakaian lain seperti MPH, POPULAR dan BORDERS membuka cawangan mereka sendiri.
Jika saudara mempunyai sedikit modal, saudara boleh memohon francais RYTHM yang dikendalikan dengan dukungan PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Bhd, anak syarikat PNB) di mana PUNB akan memberikan pinjaman modal sekitar RM300 ribu kepada usahawan yang dipilih.
Skim PUNB ini menyebabkan banyak pemegang francais RYTHM terdiri daripada individu-individu Melayu yang tidak mempunyai bakat berniaga, setakat pandai menyediakan kertas proposal bisnes, tetapi disebabkan banyak faktor-faktor non-bisnes, mereka tetap diberikan dukungan pinjaman oleh PUNB.
Apabila cawangan RYTHM ditutup, para penerbit sakit, sebab buku-buku penerbit yang ada dalam dalam kedai cawangan itu dipulangkan sebagai buku return.
Apakah kesannya kepada penulis apabila RYTHM tutup cawangan?
Royalti buku-buku dalam cawangan itu sudah dibayar kepada penulis tahun ini. Apabila buku-buku itu di-return, jumlah royalti yang sudah dibayar itu akan di-debit daripada kiraan royalti penulis daripada akaun tahun akan datang.
2 Komen :
Ini pandangan saya sebagai bekas penulis Rhythm.
Tanpa menghadapi situasi di mana kedai francaisnya ditutup sekalipun, Rhythm tetap enggan membayar royalti. Novel saya yang diterbitkan pada tahun 2001 masih belum dibayar sehingga sekarang. Apabila ditelefon, kata akan bayar. Tetapi sudahnya sehingga 2007, saya masih lagi memburu mereka.
Taktik terbaru mereka sekarang ialah membuka sebuah syarikat lain iaitu Ilmu Bacaria Publishing bagi meneruskan aktiviti penerbitan novel.
Bukan hendak mendoakan keburukan untuk orang, tetapi Rhythm sepatutnya tidak dibiarkan terlibat dalam industri penerbitan lagi.
saya sokong pendapat di atas. saya juga teraniaya. mujur hanya 1 novel. pada penulis2 yang sudah ada lebih dari 2 buah di sana, alangkah kesiannya. apabila bersemuka dengan jurucakap RYTHM, alasan diberi :syarikat rugi,novel tak boleh jual. sejak bila rugi? sedangkan ada penulis yang novelnya terbit sebelum tahun 2000 lagi masih tidak menerima sesen pun royalti. novel masih ditemui di pasaran dan ada yanga sudah diulang cetak! oleh itu kepada penulis2 teraniaya ini, jom bangkit! tutut hak sewajarnya, sampai ke lubang cacing.
Post a Comment
<< Home