Matinya Penerbit Buku Cina Tempatan
Ambil contoh sebuah buku strategi bisnes yang sangat terkenal saat ini, “BLUE OCEAN STRATEGY” klik. Buku impot edisi Inggerisnya laku sekitar 2000 naskhah, manakala edisi impot terjemahan Cinanya laku lebih 5000 naskhah!
Sumber daripada sebuah rangkaian kedai buku elit memberitahu kita bahawa pasaran buku-buku Inggeris sudah sedekad mem-plateau, yakni mendatar. Manakala pasaran buku-buku Cina sedang berkembang dengan amat pesatnya.
Rangkaian POPULAR setiap bulan mengimpot antara 200 - 300 judul buku-buku Cina dari Cina (PR), Taiwan dan Hong Kong. Setiap judul diimpot antara 2 ribu sehingga 5 ribu naskhah.
Kemasukan buku-buku Cina impot telah membunuh penerbit-penerbit buku Cina tempatan. Penerbit besar seperti PELANGI pun telah menutup jabatan buku Cinanya!
Faktor utama yang menyebabkan matinya penerbitan buku Cina tempatan adalah harga buku-buku Cina impot adalah sepertiga harga buku terbitan tempatan.
.
.
1 Komen :
Rupa2nya kalah juga China Malaysia bila berdepan dengan China asing. Dalam perniagaan, siapa lebih cekap akan menguasai pasaran.
Post a Comment
<< Home