Saturday, November 11, 2006

Bahasa Melayu Rendah

Dalam Kongres Bahasa ke-VII lalu, Dato' Hassan Ahmad menyelar sikap media yang mempromosi penggunaan Bahasa Melayu Rendah (BMR) dengan meleluasa.

Menurut beliau, bahasa adalah bahagian daripada sistem kognitif (sistem intelek). Bahasa tinggi (walau apa sekalipun bahasanya) adalah alat bagi pemikiran tinggi.

Justeru bahasa rendah (walau apa sekalipun bahasanya) adalah bahagian daripada budaya mental rendah. Hanya individu-individu yang rendah budaya mentalnya menggunakan bahasa rendah.

Bahasa rendah hanya dapat digunakan bagi membaca, memahami, memikirkan dan menulis perkara-perkara simple, cetek, remeh, dangkal dan dungu.

Bahasa rendah tidak dapat digunakan bagi berfikir dan berkarya dalam bidang-bidang saintifik, teknikal, dan falsafah tinggi yang abstrak, konseptual dan kompleks.

Tanpa menguasai bahasa tinggi, seseorang itu tidak akan suka membaca, dan tidak akan mampu membaca dan memahami, bahan-bahan yang mengandungi ilmu-ilmu tinggi.

Sikap media yang mempromosi supaya BMR dijadikan bahasa yang 'cool', yang 'in-trend', yang 'in-style' bagi golongan muda Melayu adalah suatu sabotaj kepada usaha pembangunan budaya mental tinggi bangsa Melayu.

Ada semacam prancangan sengaja di kalangan pemimpin media hari ini yang tidak mahu orang Melayu menguasai Bahasa Melayu Tinggi.

Begitulah kesimpulan yang dibuat oleh Dato Hassan Ahmad.


.

.

1 Komen :

At 12:18 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

And you used "ditarget", how pathethic..

 

Post a Comment

<< Home