Monday, October 30, 2006

PTS dan Industri Buku Bersilabus

Adakah saudara penulis buku teks dan buku ulangkaji peperiksaan? Kalau ya, bagaimanakah saudara melihat masa depan industri penerbitan buku bersilabus?

Industri buku sekolah terdiri daripada 2 jenis buku: (a) buku teks, dan (b) buku ulangkaji.

Buat masa sekarang, industri buku bersilabus adalah sektor terbesar, baik daripada sudut jumlah nilai jualannya, mahupun daripada sudut keluasan jaringan saluran pengedarannya.

Empat pemain utama dalam sektor ini adalah DBP-DAWAMA, SASBADI, PELANGI dan FAJAR BAKTI.

Penerbit Pelangi sudah masuk papan ke-2 di Bursa Saham KL. SASBADI dan DAWAMA sudah menandatangi MOU mereka mahu bergabung menjadi sebuah syarikat sebelum ke papan pertama BSKL. (Ada gosip-gosip mengatakan SASBADI mungkin memutuskan ‘pertunangan’ itu disebabkan DAWAMA gagal memenuhi syarat yang dipersetujui bersama dalam MOU tersebut.)

Industri ini akan kekal berkembang sihat selagi Kementerian Pelajaran tidak melakukan perubahan drastik pada sistem pendidikan sekarang yang sangat berorientasikan peperiksaan.

Selagi ada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM, selagi itulah sektor buku ulangkaji peperiksaan akan terus menjadi mesin pencetak duit terbesar dalam industri buku Malaysia.

Namun, trend ke arah pendidikan liberal semakin ketara dalam dunia moden hari ini. Selama manakah Malaysia akan terus mengekalkan amalan-amalan pendidikan lama yang sudah ketinggalan zaman seperti keadaan sekarang?

Di negara-negara maju, hanya 3 atau 4 subjek teras sahaja yang diperiksa. Lain-lain mata pelajaran diajarkan tetapi tidak diperiksa.

Di Malaysia, apabila kita meliberalkan sistem pendidikan kita nanti, hanya 4 mata pelajaran teras akan diperiksa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Semua mata pelajaran lain tidak dinilai dengan cara peperiksaan tradisional seperti sekarang.

Isunya sekarang bukan lagi apakah sistem peperiksaan akan berubah, tetapi bila ia akan berubah.

Tanpa peperiksaan, buku ulangkaji peperiksaan tidak diperlukan lagi. Apabila ini berlaku, apakah yang akan dilakukan oleh penerbit-penerbit seperti DAWAMA, SASBADI, PELANGI dan FAJAR BAKTI?

Kita meramalkan mereka akan masuk ke dalam sektor buku umum, yang disebut juga dengan istilah ‘trade book’. Inilah sektor yang diceburi PTS sekarang.

Pada masa ini 2 pemain utama sektor buku umum adalah PTS dan UTUSAN (UP&D). Kemasukan DAWAMA, SASBADI, PELANGI dan FAJAR BAKTI ke dalam sektor ini akan mengubah sama sekali lanskap industri buku umum negara ini. Kumpulan Karangkraf juga menunjukkan tanda-tanda gergasi itu semakin komited kepada sektor buku umum.

Apabila ini terjadi, PTS akan menjadi pemain kecil yang amat vulnerable kepada hostile take-over daripada budak-budak besar itu.

Apakah pilihan yang ada di depan PTS?

.

.

1 Komen :

At 3:36 PM, Blogger Unknown Berkata ...

Assalamualaikum Puan Sifu,

Bertukar pandangan adalah hikmah yang membuka kesedaran...
Sedar menerajui yakin mengasuh sungguh untuk mendirikan adil yang benar. Akar pendidikan mesti memahat kudus cinta untuk menjabat makruf menghindari mungkar.
Sumber pendidikan masa kini andai tiada penglibatan info dari saluran-saluran media guna untuk mengembangkan daya kekreatifan, tidak akan menyumbang kepada keaktifan untuk melahirkan metode cara juga teknik yang menuruti dasar yang telah digariskan oleh syariah.Tanpanya ia akan melahirkan sikap ketaksuban atau fanatik juga ekstrim kerana tidak upaya memperhitungkan antara salah dan benar, hak dan batil. Menyudutkan hanya pada satu-satu aktiviti sahaja sebagai penentu tindakan yang keterlaluan jelas meneguhkan tiadanya istilah etika dalam norma-norma asas pengurusan.

Kekasih Allah SAW berpesan supaya kita meletakkan manusia di tempatnya yang sesuai dengan kebolehannya. Persoalan yang kerap memohon pertukaran pendapat, benarkah sesungguhnya kita yang membentuk pemimpin kerana tanpa marhaen(kita), apakah akan terpilih peneraju yang memimpin ummah? Setiap diri adalah pemimpin kepada dirinya sendiri, andai tiada
diniatkan untuk beramanah setiap kita akan berpeluang menjadi cela. Lantaran amanah dan adil memberi kesan kedamaian.

PTS perlu bersedia merintis etika yang menyumbangkan perkembangan sihat dalam dunia global selain berfungsi untuk mencipta keuntungan. PTS mesti menyanggah bahawa dalam usaha mengumpulkan kekayaan, melahirkan kebaikan adalah asing dalam ekonomi persaingan.Di dalam syariah setiap usaha adalah mulia kerana tanpa pekerjaan individu akan berhadapan dengan kesukaran untuk menyara kehidupan. Pengangguran adalah ukuran bagi kemiskinan. Usaha-usaha yang kreatif oleh keberkesanan sistem pendidikan mesti berserampang dua mata iaitu di samping meningkatkan taraf hidup yang menyeluruh tebarannya, ia juga mesti berupaya membina peradaban yang bermatlamatkan kemantapan akida. Ini adalah tuntutan Ad Deen yang mencirikan perbezaan implikasi terhadap sesuatu tindakan dan aktiviti. Ia berkait dengan soal akhlak dan nilai mulia yang perlu menjadi sifat yang membentuk sikap untuk berniat baik dan yakin dengan beramal luhur.Justru andai bertemu rintangan ia akan dilihat sebagai peluang untuk membina cara dan kaedah penyelesaian.

Apakah sebenarnya yang akan dihasilkan andai wujud persaingan yang mempunyai persamaan dengan PTS dari jenis buku yang diterbitkan dan harga yang dipasarkan?
PTS telah pun kreatif dalam mengutarakan ide, saranan, dan penyelesaian yangt mengaktifkan minda bangsa agar bijak dan bermoral dengan syaksiah yang mulia.Menyalurkan kebajikan (kursus tanpa bayaran) atas dasar ukhuwwah dan kasih sayang... tanpa memonopoli yang menindas dan memperalatkan mereka yang tidak berpendidikan tinggi.Perlu terlibat secara proaktif seiring dengan kemajuan teknologi bermaklumat yang memperkasakan kekreatifan untuk menjana penghasilan idea-idea yang bernas. Ini akan mengikat remaja agar kasih kepada agama.Pemikiran mereka yang semakin moden sentiasa merumuskan sesuatu menurut cara yang lebih mudah ringkas tetapi bernas.Mungkinkah PTS perlu berusaha mencari rakan kongsi yang sealiran sejiwa sehati juga sekata ?

 

Post a Comment

<< Home