Shrink-wrap: Apa Kelebihannya
Sesetengah buku, macam novel cinta, perlu dishrink-wrap. Pertama buku itu dibeli oleh pengedar, oleh itu tidak boleh dipulangkan kepada penerbit apabila kotor dan tidak laku.
Novel cinta banyak dijual di kedai-kedai buku di pekan-pekan kecil. Kedai buku di pekan kecil tidak terletak dalam mall-mall berhawa dingin, oleh itu panas.
Hawa panas dalam kedai menyebabkan buku kembang. Ultra-violet daripada sinar matahari yang masuk ke dalam kedai pula menyebabkan warna kulit buku cepat ‘makan hari’.
Tanpa air-cond, pintu kedai sentiasa terbuka luas, oleh itu banyak habuk masuk.
Tapak tangan dan jari-jari penduduk pekan kecil tidak sentiasa sebersih tangan orang kaya di bandar-bandar besar. Apabila mereka memegang buku, buku itu cepat kotor.
Cara penduduk pekan kecil memegang-megang buku dalam kedai juga tidak selembut cara orang kaya bandar besar memegang buku. Penduduk pekan kecil memegang buku dengan lebih kasar, oleh sebab itu buku mudah cedera.
Apabila saudara hendak membeli buku yang di-shrink-wrap, bolehkah saudara mengoyakkan balutnya? Boleh, saudara berhak mengetahui apa kandungan buku yang hendak saudara beli itu.
Bagi penerbit, apakah kelebihan dan kelemahan menjual buku dengan cara shrink-wrap?
Buku yang di-shrink-wrap mempunyai beberapa kelebihan. Yang jelas, buku yang dipamerkan tidak rosak dan tidak kotor.
Buku adalah produk mudah cedera, macam buah-buahan. Masalah yang paling besar adalah buku kotor. Sedikit kekotoran, kecederaan ataupun kecacatan pada buku menyebabkan buku itu tidak dapat dijual. Justeru buku-buku yang dishrink-wrap tidak mengalami perkara ini.
Sesetengah buku PTS dishrink-wrap, sebagai contoh buku-buku edisi paperback PTS dishrink-wrap, manakala yang lain tidak. Ini kerana, seperti novel cinta, buku paperback PTS juga ditargetkan kepada penduduk pekan kecil.
Sesetengah buku tidak perlu dishrink-wrap. Kalau kotor ataupun cedera sedikit, penerbit sanggup mengambil balik buku itu dari kedai sebagai ‘buku return’.
Buku return itu masih dapat dijual, terutamanya bagi jenis buku-buku yang yang perpustakaan awam suka beli. Pegawai perpustakaan tidak secerewet pembeli di kedai.
Siapakah yang melakukan kerja-kerja shrink-wrap? Ada masanya penerbit sendiri yang melakukannya.
Mesin shrink-wrap mahal, oleh itu penerbit kecil-kecilan tidak mampu membeli mesin itu dan membayar gaji pekerja shrink-wrapper. Kalau jumlah buku yang diterbitkan tidak banyak, kos shrink-wrap menjadi jauh lebih mahal, tidak ekonomik.
Ada masanya pengedar yang membuat kerja shrink-wrap. Kemudian kos itu ditanggung oleh penerbit dengan memberikan potongan diskaun lebih tinggi kepada pengedar.
Ada masanya pengurusan kedai buku membalut buku-buku impot dengan plastik biasa sahaja, bukan shrink-wrap, sebab harga buku-buku yang diimpot amat mahal dan buku-buku itu tidak boleh dipulangkan jika kotor ataupun rosak.
Buku tempatan yang ditargetkan kepada pembeli berpelajaran tinggi tidak sesuai di-shrink-wrap. Pertama, buku-buku itu dapat dipulangkan kepada penerbit apabila tidak laku.
Kedua, mentaliti pembeli buku-buku itu tidak suka buku di-shrink-wrap. Ketiga, buku-buku itu dijual di kedai-kedai buku elit sahaja.
Pengurusan kedai-kedai buku elit memulangkan buku yang tidak laku selepas 2 bulan dipamerkan. Buku-buku itu belum sempat kotor sudah diturunkan dari rak!
.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home