Bahasa Inggeris dan Periuk Nasi Automatik
Bangsa-bangsa di India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka sudah 150 tahun menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium pendidikan.
Siapakah yang mencipta periuk nasi elektrik? Juruteknik Jepun yang bodoh bahasa Inggeris!
Dua ilmu sains yang digunakan bagi mencipta periuk nasi ajaib itu sudah diajarkan sejak peringkat sekolah menengah aliran Inggeris di India, yakni (1) sains logam dan (2) sains haba.
Sistem pendidikan aliran Inggeris di India berjaya menghasilkan seorang Bose, ahli sains fizik yang memenangi Hadiah Nobel, yang berjaya membuktikan salah satu model matematik Einstein salah.
India dan Pakistan juga mempunyai pakar-pakar bom nuklear.
Namun otak-otak brilian India yang fasih bahasa Inggeris itu tidak mampu mencipta - meskipun sekadar produk berteknologi rendah - biarpun sebodoh periuk nasi automatik!
Nota: Di sini ada senarai negara-negara yang meminjam bahasa Inggeris sebagai medium pendidikan. Di manakah kaitannya antara BI dan kekayaan bangsa peminjam BI? KLIK.
3 Komen :
Makanya negara-negara kurang maju yang masih "gagah" hendak menggunakan bahasa Inggeris ini terpaksalah bergantung kepada negara-negara maju yang berbahasa Inggeris untuk maju (mungkin tak maju-maju kerana disekat-sekat). Dan negara-negara berbahasa Inggeris yang maju itu (US dan UK terutamanya, yang memang hendak mengawal dunia untuk kepentingan diri) tak payah bersusah payah untuk terus menjajah.
dua ilmu sains ini pun dalam sukatan pelajaran malaysia sebelum s&m diajar dengan bahasa inggeris. tapi kita pun tidak mencipta periuk nasi elektrik sebelum orang jepun.
pokoknya guna bahasa inggeris sebagai medium pendidikan bukan supaya boleh menghasilkan sesuatu bangsa yang sama pandai macam bangsa amerika seoleh-oleh ajaib tapi harap akan menghasilkan generasi yang fasih komunikasi "bilingual" bukan saja dalam situasi biasa tapi dalam bidang sains and teknologi juga. generasi yang lebih maju, pandai, kreatif daripada kita.
terhadap mencapai visi 2020, susah sekarang senang kemudian pun takpe
Bukan persoalan bahasa apa yang perlu digunapakai secara menyeluruh, tetapi lebih kepada daripada bahasa apa ilmu-ilmu yang berkenaan diambil. Sekiranya kita memandang serong kepada suatu bahasa, maka apa bezanya dengan mempelajari bahasa Arab untuk memahami dengan lebih mendalam tentang ilmu yang berkenaan. Adakah kita melaksanakan apa yang dilaksanakan oleh Negara Jepun iaitu membeli 'blueprints', 'pattern' dan menterjemahkan berjuta-juta buku ilmuwan dari negara-negara lain ke dalam bahasa ibundanya? Jika tiada tokoh-tokoh akademik mereka yang mempelari bahasa-bahasa tersebut, apakah mungkin bagi mereka melaksanakannya? Jadi, sebarang usul daripada kita perlulah mempunyai cadangan-cadangan bernas selain daripada melihat hasil tanpa memikirkan caranya. Good post by the way.
Post a Comment
<< Home