Saturday, November 11, 2006

Keputusan S & M bagi PMR 2005

Berikut adalah peratusan pelajar yang mendapat markah D dan E dalam peperiksaan PMR kertas sains dan matematik 2005.

I. MATEMATIK

Melaka 45.8%

Kelantan 52.6%

Perak 50.3%

Johor 47.9%

P. Pinang 42.2%

Sabah 65.9%

II. SAINS

Melaka 38.3%

Kelantan 39.4%

Perak 44.8%

Johor 45.5%

P. Pinang 41.1%

Sabah 54.3%

Contoh prestasi pada peringkat sekolah luar bandar:

Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Bagin: Jumlah yang mendapat markah D & E bagi Matematik 72%

Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Soi: Jumlah yang mendapat markah D & E bagi Matematik 69%

Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi, Kudat: Jumlah yang mendapat markah D & E bagi Matematik, 107 daripada 111 calon!

Daripada 418 ribu pelajar yang mengambil PMR 2005, lebih 200 ribu mendapat markah D dan E dalam mata pelajaran sains dan matematik.

Kalau ini bukan "academic ethnic cleansing", apa lagi namanya?

Sumber: Daripada isi pembentangan Pengerusi KKGGMMB (Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Melayu Malaysia Barat).

.

.

3 Komen :

At 4:52 PM, Blogger neomesuff Berkata ...

..alamak.. this is frightening... is there any solutions besides changing it back to bm..sorry i sound naive... i only have a daughter who is going to formal school next year..

 
At 8:51 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Ini Fable Fox:

Maaf. jawapannya tak ada. Untuk belajar bahasa inggeris, kita sudah ada subjek Bahasa Inggeris. Oleh itu untuk mata pelajaran lain, mesti guna bahas ibunda.

Jawapannya mudah, seseorang itu mungkin ada masalah bahasa, tetapi tidak semestinya dia bodoh dalam arena lain.

Bon Siew Honda tidak boleh membaca, namun menjadi kaya raya. Kita tidak bleh menghalang seseorang itu mempelajari ilmu matematik dan sains hanya kerana dia lemah bahasa inggeris.

Mungkin dia boleh selesaikan masalah itu suatu hari nanti (bila dewasa, contohnya). Namun kita tidak boleh menyusahkan / menghalang dia mempelajari sains dan matematik kerana masalah bahasa itu sendiri.

 
At 1:33 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Bayangkan dari Tahun 1 ke Tingkatan 5, seorang pelajar mempelajari bahasa Ingeris tetapi masih gagal menguasainya. 12 tahun tu... bukannya sekejap (tak termasuk 2 tahun di Tingkatan 6 dan 1 atau 2 tahun di Tadika).
Sepatutnya, carilah di mana silapnya, bukannya dengan menggunakan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik. Jika ingin memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris para pelajar kita, wajibkan pengajaran-pembelajaran English Literature (selain bahasa Inggeris komunikasi yang dipelajari sekarang), dan jika perlu wajibkan kelulusan dalam bahasa Inggeris untuk peringkat UPSR, PMR, dan SPM. Kalau hendak menguasai Sains dan Matematik (sebab hendak bersaing di peringkat gobal dalam bidang teknologi dsb.), tiada pilihan lain, kecuali mempelajarinya dalam BAHASA MELAYU!
Aduhai, susah sangatkah untuk melihat logiknya?!

 

Post a Comment

<< Home