Surah Yusuf dan Teori Terjemahan Barat
Pelajar subjek terjemahan di negara ini selama ini diindoktrinasi oleh pensyarah mereka supaya menerima dengan tanpa soal setiap satu daripada apa yang ada dalam senarai nilai etika, prinsip dan teknik-teknik teori terjemahan ciptaan mubaligh-mubaligh dan profesor-profesor Barat (baca Eropah-Kristian).
Saya katakan ‘Kristian’ sebab sememangnya latar belakang para pelopor dan pendiri teori-teori terjemahan yang diajarkan di pusat-pusat pengajian tinggi hari ini adalah mubaligh-mubaligh Kristian. Mereka mencipta teori-teori bagi membantu aktiviti penterjemahan Bible ke dalam bahasa-bahasa dunia.
Prinsip yang paling utama dalam semua teori terjemahan konvensional adalah “bentuk lawan isi” yang mengatakan bahawa bentuk boleh diubah tetapi isi tidak boleh diubah sama sekali.
Dengan latar belakang bahawa teori-teori itu dibangunkan sebagai panduan para penterjemah Bible, maka tentu sekali prinsip “bentuk boleh diubah tetapi isi mesti dikekalkan” menjadi prinsip yang betul bagi penterjemahan Bible.
Tetapi prinsip ini sekarang diajarkan kepada pelajar terjemahan sebagai prinsip yang mesti dipegang bagi SEMUA jenis terjemahan!
Bacalah karya-karya terjemahan sastera Barat dalam Bahasa Melayu (dan Indonesia) sebagai contoh, maka dapat dilihat bagaimana para penterjemah kita menganuti prinsip “bentuk lawan isi” itu dengan taat sekali, tanpa ragu, tanpa sangsi, seolah-olah prinsip-prinsip ciptaan para mubaligh Kristian itu adalah prinsip-prinsip kudus yang diturunkan dari langit!
Dengan menganuti prinsip “ISI mesti dikekalkan dalam semua jenis terjemahan”, ini bermakna si penterjemah telah membenarkan budaya bahasa penerima ditakluki oleh budaya bahasa sumber.
Justeru, walau apa sekalipun “ISI” yang terkandung dalam karya asal, yakni apakah ISI itu selaras ataupun tidak dengan nilai-nilai budaya bahasa penerima, apakah isi itu berupa sampah sarap budaya mungkar dalam bahasa sumber, ISI itu tetap dipindahkan ke dalam terjemahan Melayunya.
Jelas sekali, teori terjemahan konvensional itu sentrik budaya sumber! Ia tidak memberi hak membuat pilihan kepada bahasa penerima. Nah! Inilah mazhab teori terjemahan yang diindoktrinasikan ke atas minda pelajar-pelajar kursus terjemahan tanah air saat ini.
Di manakah “independence of mind” dan “freedom of knowledge” kita sehingga pakar-pakar teori terjemahan tanah air tidak melakukan penilaian ke atas validiti ilmu terjemahan yang diasaskan oleh mubaligh-mubaligh Kristian, dalam konteks bahasa dan budaya kita?
Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok: Apakah Islam tidak mempunyai sumber-sumbernya sendiri bagi membangunkan etika dan teori-teori terjemahan yang syariah-compliant?
Jawapannya: Ada. Seluruh dialog dalam surah Yusuf adalah dialog yang diterjemahkan oleh Allah SWT sendiri, daripada bahasa Yahudi dan bahasa Mesir Kuno ke dalam bahasa Arab.
Nabi Yusuf itu adalah bangsa Yahudi yang tinggal di Palestina, justeru dalam kehidupannya yang sebenar, beliau bercakap menggunakan bahasa itu. Manakala Raja Mesir menuturkan bahasa Mesir Kuno. Semua percakapan mereka dalam bahasa Yahudi dan Mesir Kuno itu diterjemahkan oleh Allah ke dalam bahasa Arab dalam surah Yusuf.
Dalam memilih dialog-dialog yang diterjemahkan, dialog-dialog yang dipilih oleh Allah itu mencerminkan prinsip-prinsip berkenaan unsur-unsur yang boleh diterjemahkan dan yang tidak boleh diterjemahkan dalam sesebuah cerit.
1 Komen :
Puan,
Puan seperti dapat membaca apa yang berada dalam minda saya. Menterjemahkan karya sastera klasik dunia menggunakan teori Surah Yusuf telah berlegar-legar dalam fikiran saya sejak saya menghadiri kelas Puan pada 25 Nov. Saya sudah merancang hendak mencubanya. Saya akan maklumkan kepada Puan apabila sudah ada contohnya nanti.
Post a Comment
<< Home