Ilustrasi Buku
Adakah saudara baru hendak belajar menjadi penulis?
Kalau ya, barangkali saudara menyangka saudara perlu menyediakan manuskrip yang lengkap dengan ilustrasi, rajah, gambarajah, gambar-gambar dan lain-lain komponen dalam buku saudara itu.
Kata pepatah Melayu, "Yang melapah, melapah sahaja, yang merendang, biar orang lain."
Tugas menyediakan ilustrasi adalah tugas penerbit, bukan tugas penulis. Saudara hanya perlu memberikan kerjasama sebagaimana yang diminta oleh editor buku saudara. Editor akan mencari cara bagaimana ilustrasi dalam buku itu dapat memenuhi kualiti yang dikehendaki. Kos penyediaan ilustrasi akan ditolak daripada royalti saudara.
Jadi saudara jangan buang masa membuat ilustrasi bagi buku saudara. Kalau saudara sediakan sekalipun, ilustrasi saudara itu tidak akan digunakan oleh editor kerana spesifikasi teknikal yang saudara gunakan tidak dapat dimanfaatkan oleh editor. Gunakan masa saudara itu untuk menulis buku baru!
0 Komen :
Post a Comment
<< Home